Pages

Search This Blog

Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Majlis Pertunangan Syazni

Bertunang?
Bukan dah ada anak pulak dah ke?
Adakah ada pulak lelaki yang bertunang dengan isteri orang ni?

Hahaha..

Tak adalah..

Ini memang Majlis Pertunangan aku dengan Zaimi, memang 17 Julai.. Cuma bukan 2013, tapi 2011 dulu.

Majlis pertunangan aku tu simple dan ringkas, tanpa pelamin, tanpa sewa baju, dan tanpa make-up artis. Memang abah aku nak yang simple je, katanya, kalau ada pelamin baju sewa semua tu, baik terus panggil tok kadi nikah terus aje..haha.. Eh tu pendapat abah aku, lain orang lain caranya kan? ;)

Pakai jubah emak aku pergi haji  je..hehe

Memang ringkas je. Baju jubah putih mak aku buat haji, tudung bawal, tempel shawl kot belah luar. Lepas tu, sepupu mak aku je yang make-up kan sikit. Siap. Then tunggu rombongan sampai je.


Makanan pun tak ambil katerer mana-mana, mak je masak sendiri.. kenduri kecik untuk 50 orang, tak ramai pun. Jimat kos. Hantaran pun mak gubah sendiri. Hehe..

Mak memang talented lah bab-bab gubah hantaran ni, memang aku tak payah upah sesiapa pun.
Nak tempah dengan mak aku? Tanya sendiri. 0192566818. Nama dia Siti. Tapi dia nak terima ke tak, dengan harga upah, tanya sendiri lah ye. Kot-kot lah mak aku sudi menerima tempahan gubahan hantaran sekitar Semenyih kan.. kekeke..

Syazni dan Tunangnya.. ahaks

Now, anak dah sorang.. Alhamdulillah :)

p/s: Puasa ke tidak?

Tuesday, January 29, 2013

Facebook Fanpage Cari Jodoh Muslim Online

Iya betol.

Dekat Facebook sekarang ada page untuk cari jodoh.
Sounds funny kan? Tapi betul. Tak tipu. Hehe..



Semalam asalnya zaimi duk online, dia nampak ada kawan dia like 1 gambar kat facebook.
Rupanya gambar perempuan yang diiklankan dekat page tu.

Then kitorang pun skodeng lah page tu.



 Serius ada ramai jugak yang like dan mengiklankan diri, tapi aku tak sure samada diorang ni betul-betul iklankan diri sendiri, atau diiklankan tanpa disedari. Wallahualam..

Ada lelaki, ada perempuan, ada macam-macam umur jugaklah..


Admin dah siap pesan ok, kepada yang single sahaja. SAHAJA.
Jadi pada yang single and still available tu, mungkin boleh jengah-jengah page tu? kekeke..



Muka aku blurkan sebab aku tak kenal pun diorang ni, cuma nak tunjuk contoh macam ni lah pengiklanan tu dibuat.

Hai macam-macam.. Kira macam page ni ruangan berkenalan lah kot. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah try add kat facebook, dan kalau betul ada jodoh, boleh kahwin? Itu ke tujuan admin ni ye? Huhu..

Link? Ah tak payah.. siapa nak try search sendiri..

Tapi memang tak sangka ada page ni.
heee...


p/s: Today will be a looooong Tuesday.. Jadual sampai pukul 6..uhuk..

Friday, August 12, 2011

Perubahan fasa kehidupan

Hello~!

Baru teringat aku ada blog..heheh..

Emm dalam masa terdekat ni, ada beberapa perkara yang terjadi kat aku..
Antaranya, bulan lepas aku telah pun selamat ditunangkan dengan Zaimi :)
Alhamdulillah..

Sekarang ni, aku sama tempat kerja dengan dia, tapi dia masuk setahun awal..
Jadi, officially aku masuk kerja kat sini dalam bulan 2 aritu..

Makanya, apabila aku bertunang dengan Zaimi ni,
ada jugak suara2 sumbang seperti suara himar (ooops),
yang berkata ala-ala macam ni:

"Wah.. baru kenal 5 bulan dah bertunang!"



Malas nak cakap apa, senyum je lah..
Nak tergelak pun ada,
susah jugak bila ada species manusia yang suka menerjah tanpa usul periksa ni..haha!

Padahal dorang tak tau, kami ni dari kurus dah obese pulak dah bersama-sama..
Dari 2006 kot kitorang berkawan?
Biarlah..malas nak kecohs..


Majlis pun buat kecik-kecik je..
Takde pelamin2, takde canopy2..
Buat kalangan family2 je..

Duit kasi simpan untuk hari kawen..
Karang kalau aku ngan zaimi dah pakai sedondon,
ada pelamin, ada parents dua2 belah pihak, baik panggil tok kadi nikahkan terus je ye dak?

Oooppss..
Itu pendapat aku lah..
sebab kami ni jenis simple..
jangan marah haa.. pendapat masing2 lah kan.. :)


Weekend ni Insyaallah kami akan pergi menghadiri Kursus Perkahwinan pulak..

Kahwinnya bila?
haa..tungguu..

Eh, sapa2 tau kad mana boleh dapatkan Kad Undangan Perkahwinan yang lawa + berpatutan?
Ada cadangan?

=)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.