Say No To Tudung Bawal

Eh, korang tau tak Sharnaaz dengan Shila Amzah anak ND Lala tu dah putus?


Ok, kalau tak tau pergilah Google. Tadi aku dah baca dah pasal tu.
Saja je tanya.. padahal tak berkaitan dengan entry pun. Hee. Hee.

Sindrom benci bawal.
Ye, itulah 'penyakit' aku sejak mula mengandung haritu.
Bawal kat sini maksudnya tudung bawal. Ikan bawal aku suka ok.
Haritu mak aku masak kari ikan bawal emas.
Fulamak dia punya awesome...perghh!
Barulah namanya makanan yaw! Aku belum tahap expert kari lagi dalam bab-bab memasak ni.
On the way..hahah.. Yang lain ok, kari ni macam dah level tinggi sikit bagi aku.

Bagi aku lah, kalau korang terer baguslah. *tepuk tangan*

Eh, apa cerita pasal kari ikan bawal pulak ni? Ni saja cari nahas nak tambah kelaparan diri ni.
Cis.

Ok, tudung bawal.
Kepada yang kot kot lah tak tau apo bondo lah tudung bawal tu, ha contohnya macam tudung yang aku pakai kat gambar bawah ni.

Motip letak gambar dengan chef celebrity? hahah..

Tudung yang asalnya empat segi, dilipat menjadi 3 segi dan dipakai mengikut citarasa sendiri.

Serius cakap, tudung bawal ni asalnya dulu daya penarik dia batu-batu dan sulam-sulam je.
Sekarang ni hamek kau.. macam-macam fesyen bawal dah ada.

Dan dulu, level of confidence *pui* aku hanya pada tahap normal kalau aku pakai bawal sahaja. SAHAJA ok. Pakai tudung jenis lain aku macam tak berapa nak selesa.


Tapi... sejak adanya budak tecit ni dalam perut aku, aku jadi sangattttttttttttttttttttttt rimas dengan bawal.

Ya Allah.. rimasnya... nak pin, nak selempang, nak adjust, nak gosok...arghh!

Sekali sekala tu ok lah jugak, boleh lah nak pakai.. tapi most of the time, aku akan rasa menyampah sangat-sangat dengan bawal. Maafkan aku bawal-bawalku yang dalam almari... Dah lama korang terbiar.. Dan tudung-tudung instant berawning tu lebih menarik mata aku.

Mungkin ni antara pe'el pelik aku masa mengandung kot.

Macam harini, hari Khamis nan berbatik sana sini. Aku pun match kan lah baju batik aku dengan tudung bawal. Masa kat rumah dah rasa dah serba tak kena. Takpe. Abaikan lagi perasaan tu.

Sampai office sebelum start kerja, dah ubah style pin tudung dah.

Ya Allah rimasnya lah.... Menyesal gila pakai bawal.. :(

Tiba-tiba teringat haritu aku ada beli tudung online *tetiba*.
Try tanya kot-kot dah sampai.

And yes, dah sampai.

Yang sehelai tu ada warna biru-biru.

Thank you Allah! Terus aku cabut itu bawal, pakai tudung awning.
Legaaaaaaaa... biarlah tak berapa match pun. Kah kah kah..


Phew..lega gila.. barulah dapat bernafas dengan tenang.

=))


p/s: nak tengok tudung yang kurang cerdik dan boleh menimbulkan rasa ingin menampar anak orang sedas dua? klik sini.