Giveaway SR! Saya Nak TNG eWallet!




Assalamualaikum! 


Haaa, kali ini SR nak buat sesuatu yang meriah sikit di blog! Dah lama rasanya tak buat aktiviti yang melibatkan rakan-rakan blogger. Jadi, apa kata kita meriahkan dunia blogging dengan satu giveaway kecil-kecilan?


Nama giveaway kali ini ialah SR! Saya Nak TNG eWallet! Hadiah mungkin taklah sampai boleh beli kereta EV, tetapi bolehlah belanja kopi, makan-makan atau beli barang kecil yang berkenan di hati. Hehehe! Paling penting, SR nak bagi peluang kepada rakan-rakan blogger di Malaysia khususnya. Mana tahu, ada rezeki terselit di sini!


Hadiah untuk 3 Blogger Bertuah!

SR menyediakan hadiah kredit Touch 'n Go eWallet berjumlah RM100 yang akan dibahagikan kepada tiga pemenang.

🥇 Pemenang Pertama: RM50

🥈 Pemenang Kedua: RM30

🥉 Pemenang Ketiga: RM20


Ketiga-tiga pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan Wheel of Names. Jadi, semuanya bergantung pada nasib masing-masing. Tak kisahlah blogger lama atau baharu, semua mempunyai peluang yang sama!


Macam Mana Nak Sertai?

Senang sangat! Tak perlu jawab soalan matematik tambahan atau tulis karangan panjang berjela-jela. Hahaha!


  • Terbuka kepada blogger Malaysia sahaja yang mempunyai blog aktif.

  • Salin atau muat turun banner rasmi giveaway yang disediakan dalam entri ini.

  • Terbitkan satu entri di blog masing-masing dengan tajuk "SR! Saya Nak TNG eWallet!"

  • Masukkan banner tersebut bersama pautan ke entry ini. 

  • Tinggalkan pautan entri penyertaan anda di ruangan komen!


Setiap blogger hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Pastikan juga entri tersebut boleh diakses oleh umum supaya SR boleh semak sebelum cabutan dibuat.


Bila Tarikh Tutup?

📅 25 November 2026, jam 11.59 malam.


Selepas tarikh tersebut, SR akan menyemak semua penyertaan yang layak sebelum memasukkan nama peserta ke dalam Wheel of Names. Pemenang akan diumumkan melalui blog SR. Pemenang perlu menuntut hadiah dalam tempoh tujuh hari selepas pengumuman. Jika tidak, hadiah burn. Hehe...


Syarat Hadiah dan Penafian

Hadiah diberikan dalam bentuk kredit Touch 'n Go eWallet sahaja. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, barangan fizikal, baucar atau hadiah lain. Pemenang mestilah mempunyai akaun TNG eWallet yang aktif dan layak menerima pemindahan kredit.


Penafian: Giveaway ini merupakan inisiatif peribadi pemilik syaznirahim.com dan tidak ditaja, dianjurkan, disokong atau mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Touch 'n Go eWallet.


Jadi, tunggu apa lagi? Jom sertai! Sambil mencuba nasib, bolehlah kita berkenalan dengan lebih ramai blogger.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad