AXEL vs JULIA: Eh, Syaz Eym Ada E-Buku Baharu Pula!



Haritu SR ada cakap yang SR nak berehat sekejap daripada dunia penulisan fiksyen. Kononnya nak ambil masa untuk fokus pada perkara lain dahulu. Maklumlah, menulis novel ni bukan setakat menaip. Nak kena fikir jalan cerita, watak, konflik dan macam-macam lagi.


Tapi baru-baru ni, SR terperasan rupanya ada satu manuskrip yang dah siap dan sedia untuk diterbitkan! Daripada dibiarkan tersimpan begitu sahaja, SR fikir, jual sajalah. Hehehe. Jadi, SR nak memperkenalkan e-buku terbaharu SR yang menggunakan nama pena Syaz Eym, iaitu:


AXEL vs JULIA: Cintaku Semulus Mukamu!


Sinopsis AXEL vs JULIA

Julia, 29 tahun, merupakan seorang wanita lasak yang mengusahakan perniagaan aksesori motosikal. Hidupnya cukup selesa dengan dunia permotoran dan kebebasan sendiri. Axel pula seorang jurutera data yang baru pulang dari Jerman. Lelaki ini sangat menjaga kebersihan, penampilan dan rutin penjagaan kulit. Pendek kata, Axel memang berbeza daripada Julia! 


Disebabkan kehendak keluarga dan kepentingan masing-masing, mereka bersetuju untuk berkahwin tanpa cinta. Julia mahu papanya tenang meneruskan kerjaya di Nigeria, manakala Axel pula mahu hidup berdikari tanpa terlalu dikawal keluarga. Namun, apabila dua personaliti yang bertentangan tinggal sebumbung, mampukah mereka mempertahankan perjanjian perkahwinan tersebut? Atau hubungan yang bermula tanpa perasaan itu bakal membawa sesuatu yang tidak pernah mereka rancangkan?


Promosi E-Buku AXEL vs JULIA

E-buku romantik komedi ini mempunyai 196 muka surat dengan kira-kira 25,000 perkataan. Harga asal RM18, tetapi SR buat promosi pengenalan pada harga RM13 sahaja sehingga 30 November 2026.


Untuk mendapatkan e-buku ini, bolehlah berhubung dengan wakil jualan SR melalui WhatsApp:






Terima kasih kepada semua yang masih menyokong karya fiksyen SR. Semoga Axel dan Julia dapat menghiburkan pembaca!

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad