Program Imunisasi Murid Tahun 1 di Klinik Kesihatan

Semua maklum yang murid tahun 1 akan dapat suntikan vaksin untuk Program Imunisasi. 
Jadi, semalam adalah tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah Adam untuk kelas dia.

Makluman awal yang disampaikan oleh guru kelas adam, murid akan dapat 2  suntikan dos tambahan iaitu
MR (Measles Rubella) dan DT (difteria,tetanus).

Seawal pagi adam dah bangun da bersiap untuk ke klinik kesihatan dengan zaimi. Giliran dia patut yang slot 10.30 sampai 11.30 pagi.
Saja pakaikan dia baju sukan sekolah, dah lama dia tak pakai.
Jadi bagi dia feeling-feeling jadi budak sekolah balik 😉

Sampai je kat Klinik Kesihatan tu, zaimi kata adalah terserempak dengan kawan adam, tapi diorang tak berani nak bersembang, segan pun iya jugak mungkin sebab dah lama tak jumpa kan.


Bersiap sedia untuk menerima suntikan imunisasi 😀



Sebab dua dos, maka kena cucuk dekat dua dua lengan.
Tak sakit dia kata, asyiklah ulang kata kena gigit serangga kat rumah tokma lagi sakit 😂


Besar dah anak sulung mak ni.
Entry dalam blog ni pun banyak cerita masa dia baby dulu.
Lepas tu bila dah bersalinkan amir, sampailah bersalinkan ayu, tak sempat nak buat entry pasal adik-adik dia sangat.

Tersedar je, adam dah besar.

Anak sulung, sesunguhnya terpaling istimewa 😊

PS: Jangan lupa vaksinkan anak-anak ya 😉


Post a Comment

12 Comments

  1. Anak Sha belum buat lagi.. Tak ada makluman pun dari pihak sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? Insyaallah nanti guru kelas akan hubungi rasanya :)

      Delete
  2. wah..strong boy la..pandai la dia.
    Done follow ur blog!

    ReplyDelete
  3. Biasa anak sulung yang banyak direkodkan kisah.
    Mesti tak sedar masa cepat berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, yang adik2 dah tak sempat nak abadikan kisah lagi buat masa ni

      Delete
  4. wahh bagus siap dah tetapkan tarikh untuk suntikan murid tahun 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Klinik Kesihatan dah tetapkan tarikh untuk setiap kelas setiap sekolah :D

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    Wah, hero handsome memang awesome! baru laah macho kena inject tak sakit... tahniah ibu ayah mereka yang telah mendidik sebaiknya. Doakan saya juga dapat cahayamata =D

    jemput ke blog saya : www.semut-senyum.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semoga beroleh rezeki milik cahaya mata, aminn..

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.