Kedai Makan Western di Kota Bharu | Red D Station Pasir Pekan

Malam tadi, zaimi ajak pergi beli barang yang mak dia dah list kan.
Oh ya, kami dah ada di Kota Bharu untuk raya haji ni, bertolak ikut Kuala Pilah pada petang rabu, sampai KB dalam 4 pagi.

Jem tapi tak seteruk kalau lalu Gua Musang.

Berbalik pada Red D Station, lepas settle beli barang yang diperlukan kat Tesco Kota Bharu, ambil kesempatan untuk makan berdua. Lama sangat rasa tak makan berdua macam ni..hehe


Tak seperti kenangan makan di Mama Chop Papa Grill tahun 2008 tu, zaman sekarang, 
masa makan mesti nak ambil gambar dengan makanan 😂

Jadi, letaklah kat sini juga sebagai kenang-kenangan,




Kami order menu yang sama, Grilled Chicken Chop.
Untuk RM14.90, aku rasa apa yang ada atas pinggan tu dah cukup meriah.
Tak pasti sebab memang lapar, atau terlalu excited dapat makan berdua, tapi aku rasa Grilled Chicken Chop Red D Station ni sedap gila!

Dan ini bukan iklan berbayar ya, ini komen ikhlas 😉

Kedai dia pun patuh SOP, ada penjarakan sosial jugak.

Jadi, di kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang singgah dan baca blog tak seberapa ku ini.

Semoga semua berbahagia bersama keluarga tercinta, stay safe 💓

Catat Ulasan

23 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Setuju.makanan kat pic atas mmg nampak lazat kak. penuh satu plate. mmg berbaloi dengan harganya. :)

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidil Adha..

    Nmpk sedap grilled chicken tu..berbaloi dgn harga...

    BalasPadam
  3. Sedapnya..terus rasa nak makan western..

    BalasPadam
  4. Salam aidil adha 1441 H
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  5. Salam aidil adha juga syaz. Akk beraya kat rembau ni. Nak balik teganu tak lepas sbb cuti kejap je, lagipun ensomi malas nak menempuh jem katanya..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe asalkan bersama keluarga dah memadai kan kak ;)

      Padam
  6. Berpatutan harga chicken chop itu siap ada sosej.
    Wah sempat berdua.

    BalasPadam
  7. haha..sesekali dapat dating ni, mmg layan. fefeling zaman bercinta dulu. wah..portion byk tu dgn harga dia affordable. Kenyang sangat tu.

    BalasPadam
  8. Salam Aidiladha. Nampak sangat menyelerakan tu

    BalasPadam
  9. Lazatnye nampak makanan dalam pinggan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap awak! NAnti boleh cuba kalau ke KB ya ;)

      Padam
  10. Selamat Hari Raya Syaz dan Family :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya untuk shida sekeluarga jugak ya

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad