Make Over Tangga

Mood nak deco rumah masih ada, kebetulan masih boleh WFH sebelum kena kerja sepenuhnya di ofis mulai awal Ogos ni.

Jadi, why not kami sambung balik kerja-kerja deco deco yang dah tergendala (sebab malas) tu haha!

Tangga rumah kami ni, jenis batu, atas ada parkir. 

Patutnya memang cantik tangga tu, tapi dekat bahagian batu tu, cat dia dah terkupas-kupas. Makin lama makin horror. Bertambah memilukan (eceyy) bila ayu suka panjat dan tolong kupaskan lagi bagi semakin tercabut-cabut cat nya.



Jadi sebelum operasi, sajalah nak ambil gambar kenangan tangga yang dah terkupas-kupas tu.
Ayu pun macam biasa lagi, mesti nak posing.
Hahaha

Takpe, kita kasi can.


Lepas dah ukur semua, mulalah zaimi dengan operasi deco tangga dia dengan wallpaper yang beli kat Shopee!


Harga semua aku tak tau, sebab dia yang beli dan pilih sendiri wallpaper ni.
Tapi yang pasti, dia beli 3 rolls.

Jadi, aku pulak memang tak berani nak campur tangan bab-bab yang perlukan penelitian ni sebab aku kadang-kadang (bukan selalu ke?) cemerkap.

So, awal-awal dah minta izin untuk taknak join buat, aku cuma bagi sokongan moral je hahaha

Maka zaimi pun dengan adam berdua.
Amir kat tadika.
Ayu? Dia watak pengacau bolehlah 😂


Buat suamiku, jangan tak buat kih kih kih
Mulakan dengan ukur dan try acu di dinding tangga tu.



Try satu dulu.
Macam ok je. Maka teruskan.
Sambil-sambil tu, kami decide untuk cabut je lah pagar baby yang kami pasang kat tangga sebelum ni. Ayu pun dah pandai dah bukak sendiri pagar tu, dah elok dah naik tangga.
Jadi, pagar yang dah terpasang dari umur adam 7 bulan tu, akhirnya ditanggalkan.
Touching la jugak. Huhuk


Tak lama pun masa yang diambil nak siapkan pasang wallpaper dekat tangga ni rupanya.
Ke sebab zaimi buat kerja laju, tapi aku rasa standard je pergerakan dia. Eheh



Inilah hasilnya lepas dah siap 😀
Ye habuk kena mop.
Dan ye, memang peel suka letak barang atas tangga macam tu, habit yang tak dapat aku kikis huhuhu..

Alkisahnya, siap semua anak tangga ni, guna tak sampai 1 roll pun wallpaper tu.
Siap ada extra lagi 2.
Jadi manakah nak ditampal wallpaper tu ya? 
😂




Post a Comment

36 Comments

  1. cantik la wallpaper baru tu. tampal je dinding mana2..pasti puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan dipikirin mana dinding yang sesuai ni hehe

      Delete
  2. cute Ayu..pandai posing..

    ReplyDelete
  3. tampal kat bilik air pun lawa tu.. Tak pun kat dinding tiles yang kat table top tu.

    ReplyDelete
  4. Nampak cantik dan jimat duit jika mengupah orang lain kan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Pandai pilih wallpaper..nampak cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami pilih..hehe.. pandai beliau pilih ek

      Delete
  6. Macam letak batu-bata betul-betul di tangga itu.
    Cantik. Nasib baik jadi.

    ReplyDelete
  7. RAJINNYA MENDECO-DECO CANTIK KEJADIANNYA

    ReplyDelete
  8. Good idea dan hasilnya pun cantik.
    Terbaik!

    ReplyDelete
  9. cantikkkk kalu umah sy ada tangga nk jg tiru😅😅

    ReplyDelete
  10. skarang ada SHopee ada Eco shop memang mudah nak cari barang deco..
    rajin n tak je kan hehe.. tapi overall cantik sngt tu.. simple =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tu la, dah harga pun tak mahal sangat ;)

      Delete
  11. Dah siap pasang nampak cantik pulak. Berbaloi-baloi beli & buat sendiri ni.

    ReplyDelete
  12. cantiklah syaz..mcm kena je sticker design tu dgn tangga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, mula-mula risau juga kot2 tak sesuai :)

      Delete
  13. wah..cantik hasilnya. new look... yeah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi kurang sikit malas nak naik turun tangga hahaha

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.