Jodoh Kami Sampai Disini Saja

Hallu morning, selamat pagi isnin!
Apa khabar semuanya?
Harap sihat-sihat hendaknya.

Aku ni jenis setiap pagi, mesti kena minum kopi yang ada ais.
Tak kisah la nescafe ke, kopi check hup ke..asalkan ada ais.


Dan kadang-kadang tu tak cukup 1 gelas, siap beli pulak 1 tin atau tapau sebungkus lagi dari kedai makan breakfast tu kan.

Teringat minggu lepas, aku ternampak lah kopi seperti di atas tu dalam peti ais petronas pelangai ni ha.

Terus beli.

Sebabnya, tin dia lawo!

Tu je sebabnya untuk menarik aku membeli.

Sampai ofis dalam sejam dua, aku pun bukalah tin untuk minum.

Sekali, terus terngiang-ngiang pepatah orang putih 'don't judge a book by it's cover tu'..

Sebab rasa dia langsung tak kena dengan tekak aku. Seksa nak menghabiskan. jaranglah aku rasa seksa nak habiskan minuman berkafein, pergh..

Rasa dia macam hangit pun ada, mungkin aku yang tak biasa agaknya.
Maaf wonda, kali ni produk you I tak suka..huhuk
Tak wonderful di tekak ku..

Jadi jodoh kita sampai disini saja, kita clash!





Ha, ini antara yang sedap dan asikkkkk!



Catat Ulasan

54 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Salam isnin..ingatkan apa tadi kopi rupanya hehe..moga dipermudahkan urusan hari ini.

    BalasPadam
  2. sama kak syaz!
    wonda coffee buat atie sleepy, minum dua kali then result sama..sejak tu tak sentuh dah... hahah nescafe juga the best :)

    BalasPadam
  3. aihhh sedapnya nescafe... rasa nk p beli lak... hehe

    BalasPadam
  4. design cantik..klo rasa tengik tu sebab die smoky biasanya la..heheh tak pernah lagi try

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. tak perasan dia memang tulis smoky bitterness kat tin ahaha

      Padam
  5. Baru pagi tadi minum Wonda kopi tapi Wonda Johor tu tak pernah try lagi. Memang packaging cantik tu, sayang kalau rasa hangit..macam boleh bayang je caner rasanya..

    BalasPadam
  6. Belum lagi terserempak dengan tin wonda yang special edition tu nampak menarik jadi tarikan. Isi ikut tekak masing2 hehehe

    BalasPadam
  7. Tengok memang menarik la.Tekak suruh setia tu.

    BalasPadam
  8. suspen je baca tajuk entry syazni hehehe

    BalasPadam
  9. sm mcm perangai sy je ni? hehehe... td sy beli Nescafe Mocha Orange dah kuar balik... hehehe

    BalasPadam
  10. Anak akk no 2 tu lelaki umur 21 cukup suka nescafe. Smp si bongsu lelaki umur 11 tahun tu pun terikut dah..haizxz..
    Pagi2x dah minum nescafe sejuk syaz, power sungguh perutnya, tak kembung ke..akk kalah dgn nescafe ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eheh saya boleh geng dengan anak2 akak.
      saya kalau tak dapat nescafe ais, boleh meracau sepanjang hari ahahaha

      Padam
  11. Huhuuu... Ayat tak menahan tau 🤣👆👆🌹

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah dia punya tak kena dengan tekak, rasa nak putus cinta terus dengan dia :P

      Padam
  12. nampak jugak di Petronas, sib baik tak beli..smoky sbb tu rasa hangit kot..

    di 7-E, nmpk yg Sarawak edition..gambo burung kenyalang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya terjumpa yang edition negeri lain, confirm saya beli jugak ahaha, memang hantu kopi

      Padam
  13. shida jrg minum brand wonda coffe ^_^
    salu layan nescafe hehehee..sedappp :p

    BalasPadam
  14. saya suka minum kopi susu tepung je. dah jrg minum susu pekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. try minum kopi susu segar pulak, macam farmfresh punya latte, sedap!

      Padam
  15. betul kadang kalau nak try product baru mesti sebab tok packaging cantik baru nak rasa beli

    BalasPadam
  16. oh nescafe pon ade machiato? sedap?

    BalasPadam
  17. Nasib k.fiezz bukan peminat kopi. Tengok member2 ramai suka dengan Wonda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan k.fiezz, antara brand kopi yang menjadi pilihan jugak :)

      Padam
  18. Pernah try juga sekali dua wonda coffee.. Tapi nescafe juga tetap di hati kan..

    BalasPadam
  19. Amvoiii!!! tajuk mengundang hahahaaa...

    Mrs. A pun kureng.... dengan W tu oppps!

    BalasPadam
  20. hahahahhah yeee, beberapa edisi negeri ni tak kene dengan tekak kita, paling teruk perisa negeri Sarawak oi! negeri kita sendiri..adehhhh

    BalasPadam
  21. tapi ammi kena try juga sebab setakat ni kopi wonda je kena dengan tekak. nescafe pun dah tak kawww. kuat betul dose caffeine ammi sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ammi try minum latte farm fresh, saya minum 1 malam tak boleh lelap haha!

      Padam
  22. Tak jumpa lagi Johor Edition. Nak beli juga nak rasa sebab Johorean kan. Pernah cuba yang Sarawak Edition tu, kaw giler pahit dia. Tak boleh terima. So far kalau wonda ni kopi tarik dia je sedap. Yang dalam tin lah. Kalau sachet kopi tarik dia rasa berbeza dengan dalam tin. Tak sedap lansung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai juga kata wonda ni tak sedap, maksudnya dia memang tak sedap la kan AMN kikiki

      Padam
  23. comeykan packaging dia..boleh simpan buat collection tu

    BalasPadam
  24. tajuk bukan main lagi ye ...

    btw memamg nmenarik

    BalasPadam
  25. Nescafe Caramel Macchiato...hmm...sedap yang tu..takleh bawak bincang..hihi

    Hi...i'm ur new follower..Jemput ke segmen saya
    https://madamcaramel.blogspot.com/2020/10/segmen-subscribe-youtuber-follow.html

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad