Lepas join Dragon Ball Virtual Run haritu, rasa seronok pulak.
Khamis lepas, ada lah lalu lalang iklan Virtual Run Wakanda Forever ni pulak dekat Ig.
Apa lagi, terus register 😉
Yang menarik dengan Virtual Run ni, dia boleh kumpul steps / larian tu.
Tak perlu dapatkan 8KM / 10,000 langkah tu sekaligus.
Tapi kalau dapat settlekan terus, lagi bagus sebenarnya!
Maklumat 8KM Wakanda Forever Virtual Run 2020:
Tarikh Pendaftaran : 5 Oct 2020 - 30 Oct 2020 |
Mula Larian : 1 Nov 2020 - 30 Nov 2020 |
Tarikh Penghantaran Kit : 1 Dec 2020 - 12 Dec 2020 |
Jarak Larian : 8 KM atau 10,000 steps ( boleh digabungkan jarak larian dan steps) |
Lokasi Larian : Dimana-mana lokasi anda ( Treadmill pun boleh) |
Sumbangan : Setiap RM1 dari penyertaan anda akan disumbangkan kepada Tabung Mercy Frontliner Negara. |
Untuk maklumat lanjut, korang yang berminat bolehlah ke SINI.
Jangan tanya lebih-lebih kat aku tau, sebab aku pun dapat maklumat semua dari website dia tu je hehe.
Ya ini bukan paid advertisement 😆
Meh lah share sikit kit kit yang ada kalau register larian ni.
T-shirt dia antara yang buat aku tertarik nak join.
Da bomb lawaaa!
Walaupun tshirt lengan pendek aku pakai di rumah je, tapi takpalah. Kasi can lah aku kelihatan da bomb kat rumah sambil memasak dan lipat baju.
Ahahaha
E-bib dan sijil digital.
Bestnya ada sijil tu!
Boleh guna untuk isi laporan prestasi tahunan tak eh?
Ada lucky draw, siapa bertuah dapat figurin seperti di atas.
Aku tak begitu berkehendak pun dekat figurin ni.
Eheh..
Ini rupa medal untuk Wakanda Forever Virtual Run ni.
Yay or Nay?
Ini pakej-pakej untuk register.
Kalau tak silap, jika taknak lari, nak beli tshirt saja pun boleh.
Nanti pergi website tu ya.
Jom Virtual Run jom!
🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃
30 Comments
belum sekalipun join..hihih... dah install lama apps dalam hp, tapi dah lama tak run. kawasan ni banyak anjing..huhuhu
ReplyDeletelari dalam rumah je, saya kumpul steps berjalan2 je hihihih
DeleteWarna ungu dan rekabentuk T-shirt menawan.
ReplyDeleteHehe boleh beli T-shirt sahaja menarik itu.
Memang santai betul larian ini.
betul, santai. menarik kan? jom lah join NA ;)
Deletestill sedih dgn kehilangan dia :(
ReplyDeletehuhu..tak sangka dia ada kanser kan
DeleteT-shirt tu lawa. Medal pun lawa. Hadiah cabutan bertuah pun lawa. Eh! Semua lawalah 😅😅
ReplyDeletekan, semua cun hahaha
DeleteWah caiyok2..berlari mmg fun.rindu event lari beramai2 rasa tercabar bila ada org memintas haha
ReplyDeletehehe saya tak pernah merasa yang macamtu, harap ada rezeki la lepas2 covid haha
DeleteSaya belum cuba larian secara virtual lagi. Sejak PKP dah 3 larian kena tunda yang booking awal tahun.
ReplyDeleteHappy Running!
aduh! harap2 boleh dapat lari juga nanti :)
DeleteCantiknya shirt dengan medal dia! Good luck sis :D
ReplyDeletehehe thanks farhana!
DeleteBuat kerja kat dalam rumah pun boleh dapat 6k, so dua hari dah cukup syarat 10k nih..hehe
ReplyDeletebolehlah join! jom jom! hehe
Deleteuiiii untung arr kalau dpt figurin tu
ReplyDeletekan! hihi
DeleteCantiklah Tshirt dan Medal tu. Baca perkataan Wakanda tu terus rasa terkenang Chadwick Boseman. No one can replace King of T'challa.
ReplyDeletetrue!
Deletemeriahnya siap ada lucky draw tu
ReplyDeletekan, siapalah yang bertuah :)
DeleteMedal dibuat dari alloy zinc atau plastik?
ReplyDeletemaaf tak pasti, boleh tanya pada penganjur
Deletehaaa terjawab sudah..nnt shida pi tgk website tu..tq syaz :)
ReplyDeletesilakan ;)
DeletePergh gigihnya akak masuk benda2 gini..kalau saya jangan harap la..XD
ReplyDeleteala jomlah cuba cuya ;)
DeleteConfuse dgn size chart T-Shirt... What will be the t-shirt size for 38" inch(chest) and 26" inch(body length)..
ReplyDeleteitu saya tak pasti tuan, boleh rujuk pada penganjur ya :D
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.