Dragon Ball Virtual Run Oktober 2020

 Nampak iklan berkenaan Dragon Ball Virtual Run ni beberapa minggu lepas.

Tak pernah-pernah sepanjang hayat masuk marathon ke, fun run ke, tapi bila tengok balik syarat dan cara-cara nak sertai Dragon Ball Virtual Run ni, rasa nak join pulak!


Yang buat rasa nak join tu, sebab dia tak mahal sangat, dan dia boleh kumpul-kumpul larian dari 2 Oktober sampai 31 oktober 2020.

Dan, boleh submit bukti tu dalam bentuk jarak larian, iaitu 7KM sahaja.

Atau, jumlah steps / langkah, iaitu 9200 langkah sahaja.


Jadi aku fikir, why not kan?

Jadi aku ambil pakej yang dapat Tshirt dan e-bib.

Jadi 1 Oktober haritu, organizer dah emel bagitahu dah boleh mula lari dan kumpul larian, sekali dengan e-bib.




Ha ni lah e-bib aku haha!

T-shirt dan medal dia akan post selepas 2 November.

Untuk record jarak atau steps tu, dia benarkan guna apa-apa sahaja apps, atau apa-apa bukti pun boleh.
Ada yang send gambar jarak dia dekat meter di treadmill dia je pun, diterima.


Setakat siang tadi, ramai gila dah submit bukti larian diorang.
Agaknya untuk yang dah biasa lari, 7KM ni memang piece of cake je.

AKu?

Setakat entry ini ditaip, aku baru ada 752 steps hahahahaha!

Itu pun gerak dalam rumah je, dan gerak bila bawak fon. Jadi asik lah kepit fon.

Harap-harap aku berjaya lah selesaikan jumlah kumpul larian yang diperlukan.

😆

Catat Ulasan

34 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pergh...dasyat r lari virtual..dragon ball lak tu..feveret zaman dolu dolu..hehehhe

    BalasPadam
  2. Selamat melarikan diri sepanjang Oktober

    BalasPadam
  3. Dragon Ball , kartun kegemaran budak2 lelaki. hehe. Semoga berjaya kak

    BalasPadam
  4. good luck!! my target everyday 6,000 steps..jarang capai target..hihi..

    BalasPadam
  5. dahsyat gak ek. zaman new norm lah kan.

    BalasPadam
  6. LARI LA SYAZ BADA SIHAT OTAK CERGAS

    BalasPadam
  7. Boleh itu. Selalu berjalan kan?
    Cantik T-shirt, buat koleksi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. asalnya memang tertarik dengan tshirt dia hehe

      Padam
  8. wah..boleh tambah koleksi medal dan t-shirt ni

    BalasPadam
  9. activity sehat mcm ni, patot join! lebih2 sapa yg suka kumpul medal kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3! harap2 dapatlah my first ever medal bagi acara larian hahaha

      Padam
  10. In shaa Allah 9000 langkah untuk sebulan tu boleh capai wak. Make sure kalau suami nak keluar, suruh bawak hanphone awak. Pastu kalau ada member nak pi jog, bawak handphone awak jugak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak kalau tak jujur takut nanti tshirt tu hilang atau cepat koyak pulak nanti haha

      Padam
  11. ammi dah layak sangat ni..daily yang recorded punya adalah dalam 3K ++ steps.. itu tak termasuk jalan2 dalam office, jalan dalam rumah kedapur, kebilik, jemur kain bagai hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas sangat dah tu ammi! lepas ni kalau ada even, boleh masuk. Jom kita masuk virtual run hehehe

      Padam
  12. Goodluck ya..

    Nieyl ada anjurkan giveaway, jemput join :)
    https://www.nieylanadia.com/2020/10/giveaway-makcik-bawang-by.html

    BalasPadam
  13. wah best jugak ni virtual run. aktiviti yang sihat. pastu dapat tshirt dan medal kira okaylah pilih pakej camni.

    BalasPadam
  14. seronoknya kn join aktiviti mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk yang pertama kali try ni, memang rasa seronok hehe

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad