Kisah Sabtu lepas, semua turun ke bawah rumah Tok Ma, tengok zaimi dengan kak ipar aku perasap daging.
Asalnya kakak ipar aku tu nak buat daging masak lemak cili api, tapi dia teringin nak masak yang daging salai.
Masalahnya nak cari daging salai kat KB ni memang bukan sesuatu yang mudah lerr..
Jadi, dia kata, nak dapatkan jugak sensasi rasa asap itu, perasap je lah dengan arang 😂
Rumah mertua aku memang jenis di tingkat atas.
Bawah tu untuk park kereta, motor, stor.. kalau buat kenduri pun bawah rumah ni lah, konsep rumah yang kena naik ke atas.
Jadi, salah satu benda yang boleh dibuat bawah rumah ni adalah bbq.. disebabkan tak boleh nak salai daging tu, maka perasaplah daging tu dengan method bbq 😂
Bolehlah, asalkan ada rasa smokey.
Aku jadi pemerhati je, sebab kak ipar yang nak beraksi.
Dan sebenarnya aku malu nak beraksi di dapur mertua sangat. Kekekek😂
Bila dah siap, aku lupa nak ambil gambarnya.
Yang penting rasanya sedap gilaaaa!
Terima kasih CT!❤️
Alamak, teringinlah pulakkk. adoimakkk.... Kak. sy ada buat entri penghargaan for youuu. hehe
BalasPadamHihi yeehaa terima kasih nona buat entry untuk saya
PadamSukanya tengok rumah lama warna putih bawah dia ada ruang macam ni. Buat tempat lepak santai sambil minum kopi sembang menyembang. kalau dah sedap tu, pasni mesti repeat punya. makan yang salai baru feel rasa salai dengan aroma smoke tu :)
BalasPadamHehe rumah jenis tinggi. Betul tu, nanti nak bawak lah kak ipar pergi makan kat Zaini Salai tu 🤭
Padamsampai skrg atie tak tau daging salai tu daging apa ya
BalasPadamHehe daging yang dikeringkan dengan cara mengasapkan dia
Padamooo ok baru tau hahah
PadamSuami kak kalau dia malas nak Salai atas arang, dia guna oven hehehe...
BalasPadamKan? Suruh dah dia buat macam tu,tapi dia gigih nak guna arang 😂
PadamBesarnya daging 😳
BalasPadamHahaha 2 kilo rasanya tu
PadamOoo boleh je buat macam tu rupanya ekkk...
BalasPadammesti sedap sangat sampai lupa ambil gambar kan?
Sedap ! Bertambah kami makan anak beranak hehe
Padamshida pun tak pernah lagi cuba daging salai masak lemak cili api..
BalasPadambila syaz kata sedap..teringin nk cuba juga ^_^
Hehe nanti cuba tau 😉
Padamwahhhh buat sendiri.. kite beli je kat kawan duduk kat kuala pilah hehe
BalasPadamHehe betul tu, pilah memang syurga salai kan, tapi tak sempat nak order dah masa ni
Padamsedapnyaaa!! kakmim pun suka daging salai masak lemak cili api.. tapi selalunya beli jerlah daging yg dh salai.... x penah lg perasap sendiri.. hihihi
BalasPadamSama 😂
Padamsama la kita, malu nak beraksi kat dapur mertua..dulu2 pernah gak cuba beraksi, tapi bila ada yang pertikaikan cara kita masak, dan jenis tak boleh terima cara baru...jadi malas da nak lebih2...okbai
BalasPadamTak ada apa yang saya nak komen melainkan sep dan gimifai dan aifilyu heheheh
Padamdaging salai masak lomak cili api sedap tuh
BalasPadamTepat sekali 👏
Padamabru td aida blogwalking, komen tentang daging salai juga.
BalasPadamtapi salai guna air fryer :)
aida jarang masak daging kat rumah, Syaz.
anak2 tak brape makan. tapi aida dan asben sgt suka!
masak lemak daging salai cili padi, ya Allah, lazatnya...
Kan! Sedap kan! Tapi saya pun selalu makan kat kedai je masa lunch waktu kerja, sama kes.. anak2 kecik lagi, masak tak baloi hehe
PadamWah daging salai eh. em sedap. Hehe by the way suka la dengan konsep rumah yang mcmni. Seronok.
BalasPadamSeronok tapi penat dan sakit lutut juga asik kena naik turun 😂
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.