Petang semalam, anak lelakis dua dua tokwan dia dah bawak mandi kat Pantai Batu Hitam tu, jadi zaimi kata kesian pulak kat ayu sebab duduk rumah saja kan.
Jadi, kami pun bawaklah dia jalan-jalan ke sana jugak lepas abang abang dah balik.
Angin punyalah kuat, tudung asyik terangkat 😂
Mak pun posing la sedas dua.
Cuaca pun gelap dan redup je, best layan angin menderu.
Mata sembab sebab banyak hari tak boleh tidur haritu kan.
Plus tak tenyeh pulak bedak sebelum pergi hahaha
Mendapat la gambar yang berwajah pucat!
Aku memang suka capture moment anak anak dengan ayah diorang, terutama ayu.
Rasa perasaan yang sangat menenangkan bila tengok ayu dengan zaimi jalan pegang tangan macam tu 😁
Suka betul ayu, berlari je kerjanya 😁
Main air sampai terhanyut selioar, nasib baik zaimi sempat kejar.
Hihi
Nice kan batu batu hitam tu?
Tapi bila balik rumah, cerita dengan mak, kitorang majn atas batu tu, ambik gambar semua..
Mak pun cerita, ada pakcik yang berniaga dekat tepi pantai tu bagitau, kawasan batu hitam tu selalu orang jumpa mayat tersangkut.
Hanyut dari laut, sangkut kat situ.
Hahaha
Aku macam.. whatt???
Seriau pulak!
Sebab masa tu tak tau cerita kan, zaimi dengan ayu duk korek korek pasir carik siput bagai.
Hai lah dua beranak ni.. ❤️
Ayu, ketahuilah, ayahlah lelaki pertama dan selamanya yang akan mencintai dan mengasihimu ❤️❤️
Stay safe peeps!❤️
Tak pernah pergi pantai ni, dengar pasal mayat sangkut teruslah rasa tanak pergi terus, hahahha
BalasPadamalamak hahaha
PadamSeram jugak bila baca mayat selalu sangkut tu.. alahai manjanya cik ayu kita dgn ayahnya
BalasPadamseram kan kak mim..huhu.. betul, terpaling manja
PadamCuma pernah ke pantai teluk chempedak je 9 thn dulu. Lama dah x pi kuantan.
BalasPadamhehe nanti ada masa pergi ye :D
PadamNasib baik tak jumpa apa apa yang tak diingini...
BalasPadamitulah, nasib baik..fuh
Padamcantik pantai ni kan dulu2 pernah bermalam kat sini
BalasPadamhehe kat sini ada banyak hotel dan homestay :)
PadamAlamak.. Mujurlah dah pergi dan dah balik baru tahu paasal kes mayat tersangkut tu..
BalasPadamsha pun pernah ke sini..
itulah, berderau darah masa mak cerita hahaha
Padambyk ke dpt siput2 yg dikorek tu ? hmm seram bab mayat tu kan..ishh... takleh bayarkan klu atie nmpk depan mata :(
BalasPadamkan, mentally traumatized la kalau terjumpa, nasib baik petang tu hari indah je hehehe
Padamaaaa cantik sangat gambar last sekali!
BalasPadamHihihi 😘
PadamRindunya Kuantan.
BalasPadamJom ke kuantan Ai!
PadamMenarik memang menarik pantai batu hitam ni. Tapi mendengarkan cerita mayat sangkut situ, jadi macam..ermmm takpelah.
BalasPadamTapi nak jugalah pergi sekali, asyik pasir putih je..nak juga tengok pasir hitam dan banyak batu hitam macam pantai batu hitam ni.
itulah uniknya pantai ni, dia ada batu hitam tu hehe..nanti ada masa boleh pergi, menginap pun boleh, banyak hotel area sini :D
Padamarea mane pantai ni? bole mandi manda tak?
BalasPadamboleh je, anak2 saya mandi je..hehee, pantai ni area beserah, kuantan
Padamalamak, selalu jumpa mayat sangkut.. oh no.. apapun pantai mmg cantik kan.. antara pantai yg selamat mandi tapi still mama takut tgk ombak kat situ
BalasPadamtu lah, terkezut saya hehehe.. ombak dia besar jugak kan
Padamcantikla pantai dia tapi ada juga cite seram kat tempat macam ni.
BalasPadamselain cerita mayat sangkut, pakcik tu juga bagitau malam-malam kat situ ada mak dan anak kecik selalu main air huhuhu
PadamMayat sangkut??? Aiyaa serammmm..
BalasPadamHuhu.. harap2 pakcik tu sekadar berseloroh
PadamLama tak ke pantai sis. bertapa dalam rumah je. lama jugak ni bertapa nak kena tengok sightseeing ni haih. by the way suka tengok anak akak. comel hee
BalasPadamSelamat mengambil angin hehe...
PadamBiasa, budak2 semua comel 😉
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.