Lama aku tunggu parcel ni sampai.
Agaknya sebab cuti Krismas, New Year lagi, jadi yang patutnya sampai tiga hingga lima hari bekerja, jadi lewat pulak.
Tak apalah, asalkan kau sampai babe!
Sebenarnya aku beli White Musk Fragrance Mist ni memang sebagai hadiah birthday aku kepada diri sendiri.
Kikiki..
Rasa dah jemu pulak dengan bau-bau minyak wangi aku dalam almari make up tu.
Plus rindu gila dengan minyak wangi aku yang tertinggal dekat ofis tu haa.
Jadi setelah mengusha website Body Shop sekian lama, tanpa berfikir panjang dan terburu-buru aku pun fikir why not beli si White Musk® Fragrance Mist ni ha..
Tengok review pun ramai cakap bau dia awesome.
Tu yang berani nak beli tu.
Lagipun jaranglah bau minyak wangi dari Body Shop ni aku tak suka.
Pertama kali aku try minyak wangi Body Shop ni, yang mak aku punya.
Bau Vanilla.
Sejak itu aku memang cinta padamu!
Love it!
Aku memang pemakai minyak wangi tegar.
Memang sangat-sangat suka, nak tidur pun pakai ahahah
Ye la manalah tau dalam mimpi tu nak jumpa Awie ke, Thor ke..
(Ok gurau)
Bau dia?
Kalau ikut aku, bau dia bau yang sofistikated.
Ha tak pandailah nak terjemah bau dalam bentuk ayat weh.
Ampun!
Oh ada satu lagi minyak wangi Body Shop aku kat ofis, yang Green Tea, itu pun sangatlah pleasant bau dia..aahhh rindunya korang semua! (tuju pada berbotol minyak wangi den kat ofis tu sob sob)
Harap-harap takdalah makhluk lain curi-curi pakai ahahaha
Pernah guna vanilla Body Shop.
BalasPadamHehe seram pula ayat akhir itu, terfikir makhluk halus pakai.
Hehehe 😜
PadamSedap baunya kn..i love it so much!
BalasPadamSy pun pakai set white musk ni, pernah try tukar lain tapi yang ni jgk melekat d hati, sampai hantaran kawin pun beli beli set white musk hehhe 😍😍
Hehe best! Wah sampai jadi hantaran kahwin, memang suka betul tu 😊
Padamnanti kalau dah tua2 macam wak ni, pakai minyak angin aje.
BalasPadamhaha! minyak cap kapak dengan minyak yuyi cap limau pun sedap baunya hehe
Padamsaya tak boleh pakai minyak wangi..hehehe
BalasPadamyeke tiara? kenapa ek?
Padamuncle ada kawan peminat Body Shop... semua tapau!
BalasPadamfuh mesti dia orang kayangan! hiihi
Padamaku paling tak reti la nak pakai minyak wangi ni. ibu_suri selalu bising supaya aku pakai bedak sebelum pergi kerja. rimaslah pulak rasanya bila dia membebel setiap pagi macam tu.
BalasPadamhehe dia suka bau wangi2 dekat orang dia sayang la tu ;)
Padamwhite musk Bodyshop...best!! cium haruman wangi masa tidur,org cakap boleh awet muda..
BalasPadamyeke? lagilah sakan saya sembur minyak wangi lepas ni ahaha
Padamrasa pernah bau white musk ni. wangi.
BalasPadambest bau dia, menggoda betul!
PadamWhite musk body mist tak pernah try lagi sebab masih setia dengan bau vanilla. tak move on..hihi
BalasPadamtapi pernah beli White Musk Smoky Rose Perfume Oil The Body Shop..biasa beli jenis oil. spray spray cepat habis.
Hehehe vanilla tu best kan! Ooo... Akak pulak tak suka yang calit calit tu, suka spray2 hihihi
PadamCantik botolnya.. Kalau boleh beli online memang mudahlah.. Boleh juga nak cuba nie nanti..
BalasPadamBoleh sis, packaging dia pun ok, memang sampai insyaallah tak pecah
PadamKakYa pon suka bau dia . Pernah guna gak dulu ..
BalasPadamBest kan kakya
Padamatie sejak tahun lepas baru suka minyak wangi.. before this mmg tak suka langsung haah
BalasPadamHihi peningkatan usia agaknya, akak pun sejak masuk U baru suka, masa sekolah2 kalau bau minyak wangi, jadi pening
Padamwohh body shop. memang wangi cuma mama tak berapa gemar bau musk. pada mama bau dia lemak sgt macam nasi lemak gitu haha.. takdelah sebenarnya bergantung pada citarasa kan
BalasPadamHahahaha tergelak Saya! Ye gak kan, adalah bau lemak2 tu hihihi
Padamwak pon sukak minum air green tea panass., hehehe
BalasPadamSedap tu, belanja 1!😂
Padamsy trs tingat member zmn study dulu. seorg penggila white musk...dia kalau spray dah mcm lori myk wangi eksiden������
BalasPadamHahahah macam saya la tu nampkanya 😜
PadamWhoaaa.. x pernah beli brg kt body shop.. nak gak hadiah tuk diri sendiriii. keh kehhhh
BalasPadamApa lagi non, order sekarang! Haha
PadamBetul bau perfium dari body shop sedap..shida pn ada pkai juga syaz :)
BalasPadamBest kan 😘
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.