Pihu : Based on a True Story

 Filem Pihu yang aku maksudkan dalam post sebelum ni tu adalah filem hindi ni.


Filem ni hanya ada seorang pelakon je yang berlakon hidup.
Adik Myra yang bawa watak Pihu ni.

Kisah dia tragis dan memang boleh dikatakan apa yang watak Pihu ni alami adalah nightmare bagi semua ibubapa yang ada anak kecik.


AKu tonton di Netflix semalam.
Cerita ni dah lama, dalam 3 tahun macam tu.
Tapi baru tengok semalam.

Kisah dia mula dengan majlis harijadi Pihu ni, yang mana waktu party tu, boleh nampaklah ramai yang datang dari sepah-sepah yang jadi dekat rumah dia pagi tu.

Cuma, masa party tu, papa dia tak ada.

Jadi, pengarah buat plot tu secara kena fikir sendiri.

Papa dia tak balik tu, ada berkait dengan kawan mak dia sebab mak dia tetiba save nama kawan dia 'bit*h dalam fon. Dan, mungkin sebab berlakunya gigantic fight antara mama dengan papa dia, menyebabkan mama dia bunuh diri, samada sengaja atau pun tak, tak pasti. 

Pada aku, aku rasa sengaja. Sebab mak dia ada tinggalkan mesej yang bermaksud macam tu.

Jadi, disebabkan dah bergaduh besar tu, pagi tu kebetulan bapak dia nak cepat, dan masih hangin dengan mak dia, bapak dia pergi tergesa-gesa sampai tak pandang pun mak dia agaknya.

Mungkin dia ingat Pihu dengan mak dia tu masih tidur lah kot.

Jadi, sebaik je Pihu ni bangun dari tidur, bermulalah kisah sedih seorang budak umur 2 tahun terpinga-pinga dan kelaparan sorang-sorang bertemankan mayat mak dia, yang dia tak tau pun mak dia mati dah.

Sobs..





Sedih cerita ni..
Sepanjang tengok, aku asik salahkan mak dia.

Ya kau ada masalah, kau sedih dan bengang dengan laki kau.
Tapi akibat dia, anak kau tanggung.

Kejadian 12 jam anak dia kelaparan ni pun dah terlalu payah nak hadam, bayangkan anak kau nak membesar tanpa mak?

Adehh..emo den!

Siapa nak tengok, bolehlah tengok.
Hehe..


Sedih tengok dia tertidur atas mayat mak dia..huwaa!

Catat Ulasan

12 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. aduh, baca review Shaz pun rasa nak pecah dada, nanti nak buka la kat netflix

    BalasPadam
  2. pernah tgk movie ni, tp agak bosan gak lah

    BalasPadam
  3. Ok, nanti uncle cari! Macam best je!

    BalasPadam
  4. Tak berkesempatan lagi tengok Pihu ni. Tapi ramai yang kata jalan ceritanya best. Nantila nak Cari.

    Nice sharing. 🙂

    BalasPadam
  5. Dulu dah bookmark tapi lupa terus nak tengok. Tahu ceritanya sedih. Lagi satu cerita sedih based on true story Filem Sunk Into The Womb. Cerita tu pun sedih juga T_T

    BalasPadam
  6. ikut hati mati, ikut rasa binasa...kesian Pihu..

    BalasPadam
  7. Baca sinopsis filem ni dah dapat merasai kesedihannya. 😔

    BalasPadam
  8. Boleh bawak bergaduh ni kalau tengok cerita ni, kesian anak jadi mangsa keadaan :(

    BalasPadam
  9. sayu hati klu tgk cita2 mcm ni, takmampu nak tahan sedih huhuhu

    BalasPadam
  10. dah tengok dulu..ya Allah stress gilaaaaa nak habiskan! geram tau dengan apa yang berlaku..

    BalasPadam
  11. Tak boleh tengok cerita macam ini.. Stress nanti..

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad