Dari Tingkat 13 Flat Sri Pahang | Throwback Thursday

Kalau tak silap, masa ni ada orang datang rumah nenek.
Lepas tu dia bagi aku duit.

Lepas tu siapa yang tangkap gambar ni pun aku tak ingat.
Haha

Ya, dulu memang aku kebanyakan masa, tinggal di rumah nenek dan atok di Flat Sri Pahang, Bangsar.
Sebab memang neneklah yang mengasuh masa mak abah kerja.

Memang tinggi rumah nenek, tingkat 13 tau.
Tipulah kalau aku tak pernah curi-curi jengket nak intai ikut beranda tu untuk tengok bawah.

Akan nampak orang kecikkkkkk je kat bawah.
Kadang ada masa jahat, baling daunlah, sepit neneklah, airlah..
Kadang nampak orang bawah tu jerit marah-marah.

Aduh apalah teruk perangai dulu.
Moga-moga orang tu semua tak simpan dalam hati.

Kalau tengok dekat gambar kiri tu, bertentang dengan beranda rumah nenek, ada pembinaan Flat KTM.
Masa flat tu tengah dibina, aku selalu rasa tak puas hati.

1 sebab bising.
1 lagi sebab aku punya pandangan yang sebelum tu boleh nampak jauuuhhhh, terus terhalang.
Cis betul.

Gambar kanan pulak, belakang tu ada sarang burung.
Ada burung apa entah, yang warna biru dan hijau tu.
Aku selalu jolok-jolok lidi penyapu, cucuk-cucuk burung tu.
Hahaha

Nakalnya masa kecik.
Padanlah nenek selalu hijau.

Terutama bab panjat nak tengok bawah.
Kadang kena libas kikiki..

Semua tinggal kenangan manis belaka 💓

Pernah pergi Flat Sri Pahang?

Catat Ulasan

13 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pernah gi kawasan tu, Flat Sri Pahang tk pernah masuk..

    flat tinggi2 ni, mesti nak tengok bawah..lepas tu sendiri yg seriau..hihi..

    BalasPadam
  2. tak pernah perasan flat tu...
    ni yang dekat ngan abdullah hukum tu ke?

    BalasPadam
  3. Dulu pakcik saya tinggal di rumah Flat Seri Melaka di Cheras.. Terasa juga pergi ke rumah flat.

    BalasPadam
  4. Pernah ke bawah baling roket kertas tak ?

    Belakang flat KTM tu la opis uncle dulu...

    BalasPadam
  5. Pernah dulu berkunjung ke Flat Sri Pahang. Tapi tak ingat tahun bila. Sempat pergi ke Angkasapuri masuk audotarium tengok Razis Ismail dan Flora Santos berduet untuk program tv... tak ingat pula rancangan tv tu! Dulu seminggu sekali jew rancangan tu disiarkan.

    BalasPadam
  6. Ini baru betul2 throwback ni :D

    BalasPadam
  7. tinggi betul rumah flat kan cara hidup org bandar kan

    BalasPadam
  8. abe kie belajar di UM awal 90an dulu jadi selalu la shopping di Bangsar tu. Rasa mcm org have-have je bila pi shopping di township kat situ.

    BalasPadam
  9. Zaman kanak-kanak, apa je yang tak cuba buat. Hehe..semua tu kenangan. Tak pernah lansung kesana. Tapi familiar juga namanya bila dah besar ni.

    BalasPadam
  10. Flat Sri Pahang ni belah mane ye?

    BalasPadam
  11. Seram tengok ketinggian flat tu..
    Kenangan zaman kanak-kanak ye Syaz..

    BalasPadam
  12. Saya kecik2 dulu pon stay sana antara tahun 76-83 rasanya mcm tu lah.. lepas tu arwah ayah pencen dan balik ke kampung di Melaka.. baru2 ini ada lah juga melawat flat sri pahang ni.. terasa nostalgia sgt

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad