Pokok Monstera Menghias Rak TV

Kisahnya tiba-tiba rasa nak beli pokok-pokok buat hiasan sikit dalam rumah.
Asalnya tengok dalam HGTV la ni, tu dapat idea.




Kebetulan atas rak tv tu memang kosong tak ada apa-apa lagi setakat ni.
Yang ada cuma diffuser Gintel tu aje.

Jadi disebabkan tak boleh keluar ni, shopee la tempat melampiaskan nafsu shopping haha

Scroll punya scroll, tertarik dengan pokok monstera dalam bakul ala mengkuang macam tu.

Tinggi pokok tu sekali pasu adalah 60cm.
Ukur ukur sikit, kira ngam. Terus order.

Bila sampai, dia ada free pokok kecik warna pink tu sekali.
Nama dia tak tau la pulak apa.
Masih noob bab pokok ni kikiki

Jadi berseri lah sikit kononnya rak tv aku tu hahaha!
 

Tapi lepas beberapa hari, ternampak pulak satu post dalam group Kelab Deco Rumah dekat FB, ada yang letak lampu pulak.

Maka terbeli pulak lampu 😂


Gitew..
Anak-anak pun fefeeling macam hotel la konon sebab lampu oren kan.


Jadilah, beli yang biasa-biasa je.
Yang geram, lampu tu siap kemek pulak tu.

Bila letak atas rak tu, terpaksa lah pusing kan sikit.
Tapi masih tak puas hati sebab kemek tu yang tak boleh dibetulkan. Hmmm..


Jadi inilah rupanya pokok monstera dan lampu hiasan ku di atas rak tv di malam hari.

Jadilah, nak menghibur diri sendiri di kala PKP haha

Oh ya pokok tu bukan pokok hidup.
Eheh.

Catat Ulasan

29 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ooh pokok plastic camni xleh kuarkan oksigen kann., hehehe

    BalasPadam
  2. Cantik pulak ye ada hijau2 deko nih, teringin juga tapi tak tau nak letak mana hehe

    BalasPadam
  3. Berseri-seri pulak kita menengoknya, mesti terus rasa segar sebab ada benda baru dalam rumah. Yang kemik tu pusingkan jer ke belakang 😜

    BalasPadam
  4. ha bagus customer mcm syaz ni...
    cepat terpengaruh hahaha...
    mmg customer yg dicari2 ni
    ;p

    BalasPadam
  5. Huntung beli pokok plastik
    tak payah jaga,siram, baja dsb

    BalasPadam
  6. Cantik deko rumah.. kena sangat pokok tu dan lampu. Cantik.

    BalasPadam
  7. Kadang sedikit penambahan dan perubahan tapi kesannya tu besar dan berserinya pun lain macam.

    BalasPadam
  8. si model kecik tu mmg tak lepas peluang nak bergambar...

    BalasPadam
  9. Aura lampu penambah seri kat situ. Feeling romantik cahaya samar samar.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad