Teknik Basah Atas Kering

Minggu bila punya kerja entah, aku pun dah lupa.
Tapi masa ni adam ada kerja seni yang dia kena melukis.
Teknik basah atas kering namanya.

Adam memang tak berapa minat mewarna ni.
Lebih-lebih lagi kena guna cat air pulak.
Lagilah dia berat je nak buat.

Maka terpaksalah aku teman dia duduk dan buat sekali sama-sama dengan dia.
Barulah dia nak buat.

Tema lukisan yang dia kena buat adalah Pergi Melawat Taman Rama-Rama kot.
Jadi cikgu dia adalah bagi video contoh apa dia kena lukis dan macam mana dia kena warna tu.

Ha marilah..

Untuk teknik cat basah atas kering, KLIK post ini.


Yang omak ni pun, tangan tidak berseni mana bab-bab melukis ni.
Boleh tahan kayu jugak la tangan hahaha

Hentam je lah labu!

Mula-mula suruh adam warnakan background dulu.
Lepas dah kering, baru warnakan dia punya rama-rama dengan bunga.


Setelah sejam lebih, akhirnya siaplah lukisan dengan teknik basah atas keringnya.
Kira bolehlah tu kan?
Asal nampak rupa rama-rama, bunga, matahari dengan rumput tu.


Muka letih melukis dan mewarna dalam keterpaksaan.
Bila tanya dia, "adam gembira tak buat kerja seni?"

"Tak".

Jujur ha jawapan... adesss


Yang bawah ni pulak lukisan aku.
Lagi horror dari adam punya kan?
Kah kah kah


Jangan gelak tau.
Kalau gelak pun sorok-sorok ye ahahah

+++

Untuk teknik cat basah atas kering, KLIK post ini. 

Catat Ulasan

17 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wow....rama- rama tu ada kaki ye...hehehe...bagus abg...pandaiii...cantik je tu...

    BalasPadam
  2. Betul betul jujur jawapan Adam tu. Mujurlah dia nak juga buat omak ada teman.
    hihi gelak kena sorok² eh

    BalasPadam
  3. Okay lah. Kira berseni jugak lah tu. Syu suka teknik basah atas basah😁.Rindunya nak main warna-warna macam ni.

    BalasPadam
  4. mungkin sbb kena lukis bunga kot. kalau kereta mungkin adam happy kot��

    BalasPadam
  5. sambil ajar anak kita pun belajar sekali kan.. dan kadang2 jd tarzan sekali.. okay je dua2 lukisan comel

    BalasPadam
  6. Muka dia memang letih! hahaha

    Hasil yang memukau!

    BalasPadam
  7. Jujur ni Shaz, lukisan Adam lagi lawa hahaha... :P
    But honestly, skrg anak2 belajar macam-macam teknik dlm subjek seni kan. Pening kepala jugalah nak bantu kengkadang tu :(

    BalasPadam
  8. ok la tuuu..ada identiti sendiri..hihihihi

    BalasPadam
  9. Lama tak main seni seni ni.. best tuuu.. rindu nak main warna macam ni

    BalasPadam
  10. Kalau akak suka mewarna. Tapi dah lama tinggal.dulu pantang nampak dinding kosong je mula la macam2 nak dilukis.

    Ada orang lahir2 je dah ada minat tu dalam diri.a ada yang memang awal2 tak minat,. Jangan la dipaksa. tak jadi punya..hahahh

    BalasPadam
  11. hehehe
    adam minat bersukan kut
    macam Hans memang tak minat lukis mewarna
    tak pernah dapat A subjek nih dari sekolah rendah..hahahaha

    BalasPadam
  12. tak gelak syaz! tepuk dahi jer hahahaaa ^_^

    BalasPadam
  13. Oklah tu.. Dah besar-besar nanti cantiklah lukisannya tu.

    BalasPadam
  14. ok la tu.. cantik je.. mama pun bukan pandai juga melukis tapi minat tu ada la

    BalasPadam
  15. haha, jujur betul adam. nmpk sgt dia x minat seni. hehe.
    sama la kita.

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad