Bantal peluk hijau ni, beli sekali dengan set tilam baby di Pengkalan Kubur masa aku tengah pregnant kan adam dulu.
Set tilam baby tu aa sekeping tilam kekabu nipis, ada 1 bantal dan 1 bantal peluk.
Adam Zuhairi masa umur setahun |
Tapi kisahnya, bantal peluk dia ni memang berhantu.
Hantu sebab apa?
Berhantu sebab bila adam dah guna, dah melekat bau masam baby adam dekat bantal tu.
Bila amir lahir, dia pulak duk menggentel bantal peluk hijau ni.
Sampailah ayu lahir, ayu pulak sambung legasi bantal peluk favourite diorang tiga beradik ni.
Tapi itulah, kain hijau dia tu, semakin hari, dia semakin menipis.
Bila menipis, dia mula berlubang.
Habis keluar kekabu dia.
Aku dah beberapa kali jahit dan tampal lubang-lubang tu, sampailah dah tak boleh ditampal lagi sebab kain hijau dia tu dah reput.
Bila masukkan dalam sarung bantal yang lain, diorang tak nak.
Diorang nak bantal peluk hijau tu togel-togel macam tu je masalahnya.
Inilah rupanya bantal peluk hijau pebret diorang tu sekarang.
Memang aku tak bagi sesiapa pun guna.
Biar je atas katil dalam bilik ayu.
Kadang kalau kemaruk nak cium baunya, diorang pergilah cium dalam bilik ayu tu.
Hahaha!
PS: Harini abah aku akan menjalani pembedahan batu karang. Mohon doakan kelancaran dan kesembuhan abah ye semua 💓
Comeynya pakat gomol bantal peluk turun temurun..moga ayandanda cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya, inshaAllah.
BalasPadamHeheee bantal busyuk ye... Tp kemain tiga2 guna bantal yg sama ye hehe...
BalasPadamSemoga pembedahan bapa syaz berjln lancar
sama la ngan Mummy Ayu...sampai nak masuk IPT, ada 1 bantal busuk..color dah coklat gelap. nak masuk UiTM...terpaksa lepas kan jugak bantal tu... he he he...
BalasPadamBersambung legasi bantal peluk ni. Turun temurun sampai giliran ayu. Panjang juga hayat batal ni. Yang macam ni lagi lah disukai. Pernah saya dengki anak buah sorokkan, melalak macam apa.haha...tak ada ni tak boleh tidur.
BalasPadamSemoga urusan pembedahan berjalan dengan lancar. Semoga ayah akak kuat dan segera sembuh. Aaminnn...
tapi nampak bersih je bantal peluk tu... tak la hitam macam bantal bucuk biasa...
BalasPadammoga dipermudahkan urusan pembedahan abah syaz
Mak aih..sampai tiga beradik guna. Simpan sampai diorang besar, kalau gaduh-gaduh bagi cium bantal ni. hehe
BalasPadamLegend sgt bantal peluk tu..hahaha.. moga dipermudahkan operation ayah syaz hari ni
BalasPadamIni bantal ucuuukkk!
BalasPadamhehehe
kalau hlg ni abis laa menggagau 1 umah������
BalasPadambantal busuk turun temurun ni...lagend..
BalasPadamHaha..dah 3 org anak dok gomol bantal tu..maunya tak lusuh..tak kepam..
BalasPadamBantal peluk 3 beradih mengeratkah ukhuwah mereka.
BalasPadamSemoga urusan pembedahan dan perawatan Pak Rahim dipermudahkan-Nya
kembali sihat seperti sediakala
Comel Nyaaa bantal peluk diaa
BalasPadamMacam kakak dania la..ada bantal busuk...ntah pape ntah..x bagi letak sarung...bantal keturunan tu ye Syaz...smoga dipermudahkan buat ayah Syaz
BalasPadamLegend ni bantal busuk hahaha
BalasPadamSemoga bapa kak syaz cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Semoga abh sis sehat seperti biasa ya, timm dulu pernh ada bntal busuk, pastu mk sorok lpastu dah xtaw mk letak mna....hilang gitu jerr..
BalasPadamMemang lagend sangat la bantal peluk tu . Sampai 3 legasi da yg guna .
BalasPadamhahahahaa bantal peluk saya masa kecik dulu atok campak atas bumbung. Terus hilang kemaruknya
BalasPadammudah mudahan berjalan dgn lancar OP utk ayah syaz!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.