Assalamualaikum wbt
Bulan April sentiasa ada tempat istimewa dalam hati kami sekeluarga. Mana tidaknya, bulan ni lah bulan kelahiran anak sulung kami, Adam.
Bila tengok dia sekarang, kadang-kadang rasa macam tak percaya. Officially dah 13 tahun usianya, dah ada MyKad sendiri! Dah bukan kategori kanak-kanak lagi dah. Tapi itulah, bak kata orang, sejauh mana pun anak tu membesar, dekat mata SR ni… dia tetap baby SR. Hehe. 🥰
Bab pilih kek pula ada cerita comelnya. Bila tanya Adam nak kek apa, selamba je dia jawab:
"Mak dengan Ayah pilih je lah kek apa-apa pun..."
Mudah betul urusan! Apa lagi, SR dengan Zaimi pun pilih kek saiz kecil yang available dekat kabinet display masa tu: Kek Onde-Onde! Rasa tempatan yang wangi dengan kelapa dan gula melaka, memang layan habis.
Onde Onde Cake
Coconut cream layered between fluffy pandan sponges and topped with gula melaka cream and coconut flakes.
Product Detail
Ingredients: Pandan Sponge, Gula Melaka, Coconut, White Chocolate Couverture, Cream, Sugar, Soy Bean Oil, Flour, Condensed Milk
Texture: Creamy
Density: Fluffy
Size: ±4.5inch
Base: Non-biscuit
Taste: Fragrant and flavourful mix of Gula Melaka, Coconut & Pandan.
Sementara menunggu makanan sampai dan selepas selesai potong kek, kami ambil kesempatan untuk bergambar buat kenangan. Tapi yang paling bernilai mestilah momen kami duduk bersembang lima beranak.
Sejak Adam dapat tawaran dan masuk ke SBP, masa untuk kami berkumpul cukuplah rare dan priceless. Yelah, bila sorang dah "terbang" ke asrama, suasana tu memang berbeza. Masa April tu pun dikira masih awal lagi untuk dia menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.
Memang bermacam-macam benda yang kami bualkan! Bertubi-tubi soalan keluar nak tahu pasal perjalanan hariannya, kawan-kawan baharu, makanan asrama, dan pelbagai pengalaman baharu yang dia lalui. Seronok sangat mendengar dia bercerita!
Doa & Harapan Seorang Ibu
Melihat dia makin dewasa dan belajar berdikari jauh dari mata, hanya doa yang mampu mengiringi setiap langkahnya:
Harapan SR, semoga Adam terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Moga setiap pengalaman manis mahupun cabaran yang dikurniakan oleh Yang Esa menjadi bekal mendewasakan dirinya. Semoga Adam tumbuh menjadi umat yang soleh, berhati mulia, serta bererti perbuatannya. Moga abang Adam terus menjadi contoh dan ikutan yang baik buat adik-adik (Amir & Ayu), dan moga ikatan silaturrahim antara mereka bertiga kekal utuh dan erat sehingga ke syurga-Nya.
Aamiin YRA... 🤲✨
PS: Setiap detik yang berlalu mungkin takkan ulang kembali, tapi kenangan manis April 2026 ini akan sentiasa terpahat rapi di sini. ❤️
.jpg)
Sanah helwah Adam! Pejam celik dah ada MyKad, tapi tetap baby kat mata ibu kan. Sambung celebration kat Secret Recipe Metropoint Kajang memang mantap! Oishii! Kombinasi Pandan Sponge & Gula Melaka ni memang aroma Malaysian flavor paling juara! Fluffy sangat nampak. Kek saiz 4.5 inci macam ni selalunya sesuai makan berapa orang ya?
BalasPadamTerima kasih, entahlah, tapi kami makan lima beranak, habis terus dekat situ juga tanpa bungkus bawa balik lebihan =)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.