Sepit Rambut

Dah lama sebenarnya aku tak guna sepit rambut, masa zaman belum ada anak dulu, memang selalunya guna sepit rambut je.

Tapi lepas ada anak, memang lebih selesa baring dengan rambut bersiput, aku dah pakai sepit rambut. Memang guna getah ikat rambut jenis fabrik je.

Tapi haritu sajalah beli balik sepit rambut ni.
Entah apa yang merasuk sampai terbeli kan.

Apa lagi, ada budak tu dah perhati je kepala emak dia rupanya. Barang rare kan. Dia tak pernah nampak benda tu kat rumah ni 😂


Seperti biasa, bila dia dah perhati, slow slow dia akan menghimpit mesra.

Akan begemersiklah bisikan-bisikan halus yang dia pun nak jugak.

Macam biasa lah!

Haa maka marilah sepitkan rambut dia pulak.
😂

Nasib baiklah ayu tak berapa suka pakai sepit rambut tu lepas dah cuba pakai. Kalau tak jenuhlah nak beli lagi satu keh keh..

Selamat berhujung minggu semua 🎈

 

Post a Comment

15 Comments

  1. Akak suka ikat rambut guna getah pengikat..pakai sepit dia suka terpatah..terkehel..

    ReplyDelete
  2. Rabia guna sepit rambut juga
    Kadang kadang je ikat rambut

    ReplyDelete
  3. pakai sepit rambut ni tak tahan lama kalau jenis yang ganas..haha..saya punya pun selalu patah la terpijak la last pakai yang jenis fabrik saja senang..

    ReplyDelete
  4. Ammi mmg guna sepit rambut ni pastu masa buka sepit tu fefeeling model iklan Syampoo gitu.

    Guna Getah kalau nak pakai tudung je

    ReplyDelete
  5. guna sepit rmbt ne best juga..mcm terletak sungguh sanggul rambut tu

    ReplyDelete
  6. suka jgk guna sepit rmbut! haa ank2 mmg nk jgk sama ngn maknya.. haha

    ReplyDelete
  7. Nasihat shida..lepas ni syaz nk beli pape semua kena serba dua ya..sbb u ade anak perempuan sorg hehehee ^_^

    ReplyDelete

  8. Ala comelnya dia pakai sepit rambut

    ReplyDelete
  9. kalau dah nama girl kan, mmg suka la dia

    ReplyDelete
  10. suka guna sepit mcm ni..bila kat rumah. pakai tudung je ikat rambut, now ajar Iris plak..but dia x pandai sgt.

    ReplyDelete
  11. hahaha anak perempuan kan, apa yang mak dia pakai mesti dia nak jugak

    ReplyDelete
  12. ccl suka pakai sepit rambut lepas mandi je .

    ReplyDelete
  13. Hehe..mujur Ayu tak ngam dengan sepit rambut. Dapat jadi hak milik persendirian. Comel ayu bersepit.

    ReplyDelete
  14. ade anak perempuan macam tu lah... ape barang maknye, mesti dia nak jugak

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.