Ayu jenis suka sangat sauk dan pakai kasut SR. Lebih-lebih lagi kalau kasut baru keluar kotak.
Showing posts with label ayu zafirah. Show all posts
Showing posts with label ayu zafirah. Show all posts
Friday, July 15, 2022
Wednesday, July 13, 2022
Thursday, July 7, 2022
Make Up Untuk Sambutan Birthday | Throwback Thursday
Assalamualaikum wbt...
Hujung Mei hari tu punya cerita. Aliksah, ada sambutan hari lahir dan hari guru + hari raya sekali dibuat dekat tadika ayu. Ayu birthday dia bulan Mei, jadinya memang termasuklah sekali. Selain tu, ada juga sambutan untuk anak-anak yang lahir bulan April. Masa April tak ada sambutan sebab ramadhan kan. Itulah yang membawa kepada majlis yang agak besar di tadika dia.
Besar tu maksudnya banyaklah makanan dan goodie bag plus hadiah hari guru semua. Jadinya, ayu memang dah hint dekat SR, yang masa majlis tu nanti, dia nak pakai make up. Hahaha!
Wednesday, June 29, 2022
Tuesday, June 14, 2022
Temujanji Ayu di Pakar Mata Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
Assalamualaikum...
Hari ni sebenarnya adalah temunjanji ayu yang kedua di Klinik Pakar Mata di HTAN Kuala Pilah ni. Asalnya masa check up umur dia 4 tahun hari tu, dia tak lepas ujian mata.
Adeh...
Maka kena refer ke hospital lah.
Monday, June 6, 2022
Wednesday, June 1, 2022
Monday, May 30, 2022
Set Inai Republic
Ayu lah punya ni. Masa bulan 1 hari tu, dia beria-ia nak pakai cat kuku hasil dia terpengaruh dengan video di youtube. Masa SR cerita-cerita dengan emak SR, dia bagi cadangan untuk belikan ayu inai aje. Bernas juga cadangan orang tua tu! Terus SR beli dengan jiran. SR beli yang set terus. Ada 3 tona warna katanya.
Monday, May 16, 2022
Hasil Kerja Ayu Dihurung Semut
Bulan puasa lepas, ayu ada bawa balik hasil kerja dia buat dekat tadika. Artwork yang kena tampal kacang atas tulisan 'Allah' dalam jawi. Macam biasalah, baru-baru sampai rumah, sibuk masing-masing. SR nak uruskan on mesin kainlah, itulah inilah... Jadi SR suruh ayu letak dulu atas meja komputer sebelum SR tampalkan di dinding.
Monday, April 25, 2022
Marshmallow Tsum Tsum
Assalamualaikum!
Apa khabar semua?
Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya.
Semoga minggu ini lebih baik dari minggu lepas.
Scroll draft di blog ni, rupanya ada banyak yang SR belum update dan publish. Selain tak ada masa, SR juga memang tak berapa larat nak hadap blog beberapa minggu kebelakangan ni... Mungkin faktor usia. Huhuk...
Okey berbalik pada tajuk dan gambar, ada suatu hari ni, SR singgah di Gedung Minang dekat Gentam, Kuala Pilah. Singgah waktu tengahari, nak beli barang sikit. Masa nak bayar, SR pun ternampaklah marshmallow yang comel-comel.
Thursday, April 14, 2022
Uniform Tadika Ayu Dah Lengkap!
Ingat tak SR pernah cerita tentang ayu ke tadika pakai tudung bunga-bunga?
Sebab masa tu, tudung yang sepatutnya dapat sekali dengan baju dan seluar, tak sampai. Cikgu tadika ayu bagi baju, seluar dan baju sukan aje dulu.
Dalam dua minggu lepas, tudung ayu dah sampai!
Yeay!
Tuesday, April 12, 2022
Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga
Kisah ayu sebenarnya.
Macam yang SR update pada entry lepas, kami sekeluarga pulang ke Kuantan. Nak jadi kisah, kebetulan masa balik ke Kuantan tu, suhu badan dia naik tinggi.
Eh cuaklah SR!
Terus buat covid test semua kan.
Thursday, April 7, 2022
Kelas Online Sandwich Telur dan Roti Sapu Kaya | Throwback Thursday
Ini cerita pertengahan Mac 2022 hari tu sebenarnya. Ayu kena kuarantin sebab hampir kesemua cikgu di tadika dia positive covid. Dengan SR sekali kena mohon untuk Bekerja Dari Rumah masa tu. Sebabnya, walaupun kuarantin, cikgu-cikgu tadika ayu tetap komited buat kelas online untuk pelajar-pelajar.
Tuesday, April 5, 2022
Tak Puasa Tapi Solat Terawih?
Beberapa hari lepas, dalam post SR yang bertajuk "Bolehkah Kanak-Kanak Berpuasa Penuh?" , SR letak gambar ayu sebagai gambar hiasan dalam post tu. Dan mungkin disebabkan itu, beberapa orang rakan blogger ada bertanya tentang okey ke tidak ayu berpuasa.
Hihi.
Jujurnya, ayu tak puasa.
Hahaha!
Monday, March 28, 2022
Tudung Bunga-Bunga
Assalamualaikum wbt!
Mana pergi weekend dua hari?
Mana?
Mana???
Hahaha tiba-tiba dah pagi isnin semula.
Selamat kembali bekerja, selamat kembali menguruskan anak sekolah.
Thursday, March 17, 2022
Tampal Gigi Anak 4 Tahun di Klinik Pergigian Medissa Senawang
Khamis malam Jumaat minggu lepas, ayu tak boleh tidur. Menangis-nangis kata gigi dia sakit. SR dah pandang zaimi, zaimi dah pandang SR. Kami memang dah tau yang gigi geraham ayu belakang sekali macam dah kehitaman sikit. Cuma tak bawa dia ke klinik gigi lagi. Tak sempat pun ya. Tapi bila dia dah menangis-nangis macam tu, mulalah rasa bersalah.
Jadi Jumaat tu, SR terus mohon cuti dan bawa dia ke Kinik Pergigian Medissa dekat Senawang ni.
Friday, March 11, 2022
Order Strawberry Dari Cameron Highland
Assalamualaikum readers...
Hari ni kan, SR serabut dari pagi subuh sampailah sebelum maghrib. Too much betul 11 Mac 2022 ni untuk SR. Blergh..
Moga-moga esok lebih baik.
Oh ya, SR ada terlalu banyak benda nak share untuk hari ni, tapi mood yang tak ada. Kih kih.. Jadi SR cuma nak share yang SR dah dua kali order Strawberry direct dari Cameron Highlands tau. Sebab ayu selalu minta nak makan strawberry.
Kebetulan pulak ada yang ambil order. Alhamdulillah strawberry dia sangat fresh dan sedap. Dia delivery sampai depan pintu. Boleh bayar secara transfer juga. Boleh aje kalau nak cashless, nanti dia sangkut aje dekat pagar macam SR selalu buat.
Wednesday, March 2, 2022
Wednesday, February 23, 2022
Wednesday, February 16, 2022
Bengkak Tonsil
Hai semua uncle dan aunty!
Ya, semalam suhu ayu tinggi sampai cecah 39 darjah Celcius. Memang risau. Sebab sejak PKP, ayu jarang demam. Lepas tu, erus shoot pergi klinik. Sebab dah check guna kit Covid19, alhamdulillah negatif.
Rupanya, bila doktor suluh tekak dia, merah dan bengkak. Ayu demam sebab bengkak tonsil.
Subscribe to:
Posts (Atom)