Hari tu, tiba-tiba Ayu mengadu sakit kat hujung kulit ibu jari kaki dia. Bila SR tengok, eh... rupanya ada luka! Masa tu, panik juga SR dengan Zaimi. Yalah, ingatkan kaki dia tertikam benda tajam ke apa kan?
Tapi bila fikir-fikir balik, kawasan yang luka tu memang pernah bermasalah sebelum ni. Asalnya cuma kulit kering dan merekah. Awal tahun hari tu SR ada bawa dia pergi klinik dan dapat ubat, tapi rupa-rupanya masalah tu datang balik.
Masa tengah pening fikir nak bawa Ayu pergi mana, SR teringat satu perkongsian kat Facebook Group Bandar Baru Bangi. Ada sorang warga Bangi ni cerita pasal pengalaman dia pergi ke Klinik Lita Alis dekat Seksyen 8. Dia kata, sebelum ni masalah kulit dia tak selesai-selesai walaupun dah kerap pergi klinik panel lain. Bila dia nekad bawa diri ke Klinik Lita Alis dan jumpa doktor pakar dermatologi kat situ, alhamdulillah terus serasi walau kena keluar duit sendiri!
Jadi SR pun cakap dekat Zaimi, kali ni SR nak try bawa Ayu ke klinik tu juga.
Pagi-pagi Sabtu tu dalam 10.15 pagi, SR dan Ayu dah terpacak kat sana. Ingat nak pergi petang sikit tapi dah tak ada apa nak buat, baik selesaikan dulu bab kaki Ayu tu terus kan. Alhamdulillah, rezeki kami sebab masa sampai tu tak ada orang ramai sangat. Tunggu sekejap je, nama Ayu dah dipanggil untuk masuk jumpa doktor bertugas.
| Ambil gambar depan klinik sebelum gerak balik |
Masa dalam bilik rawatan, SR terus luahkan rasa risau kat doktor. Risau juga kalau-kalau ada penyakit bahaya ke sebab benda ni asyik berulang kan? Doktor perempuan yang ramah tu pun periksa dan pegang kaki Ayu dengan teliti.
Katanya, "Tak ada apa yang bahaya puan, ni cuma kematu dan kulit kering. Bila dibiarkan lama-lama, tu yang jadi merekah sampai luka."
Lega sangat rasa dada SR masa tu! Mak-mak biasa lah kan, mesti fikir bukan-bukan. Ayu ni walaupun badan dah tinggi macam remaja, tapi pada mata SR dia tetap budak kecil lagi.\
Untuk rawatan kali ni, doktor kata tak perlu ubat makan pun. Ayu cuma diberi:
Krim urea (sapu 2 kali sehari)
Minyak moisturizer (sapu 5 kali sehari)
Doktor pesan juga supaya Ayu rajin kikis secara lembut kat bahagian kematu tu setiap kali lepas mandi. Yang penting, kena buat perlahan-lahan supaya tak melecetkan lagi luka yang ada.
Sekarang dah hampir seminggu Ayu amalkan tips dan ubat dari doktor. Alhamdulillah, kondisi kulit kaki dia makin halus dan elok! Dah tak ada rasa pedih atau sakit bila dia berjalan. Ubat tu pun jimat sangat sebab doktor pesan sapu tipis-tipis je. Kira rawatan kali ni memang betul-betul menjadi untuk Ayu.
Korang nak tahu tak berapa total bil kami hari tu? Sekali dengan caj konsultasi dan ubat-ubatan, semuanya RM103 sahaja. Bagi SR, harganya sangat berbaloi dan masih 'under budget' untuk tabung kesihatan anak-anak. Moga-moga lepas ni kulit kaki Ayu terus sembuh sepenuhnya dan tak berulang lagi.
Gambar kaki tak bolehlah SR nak tunjuk kat sini ya, nanti ada yang merajuk pulak... haha!
Sedikit Info Tentang Klinik Lita Alis (Oleh Gemini!)
Klinik Perubatan Lita Alis di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi sememangnya popular dan kerap menjadi pilihan utama komuniti setempat untuk khidmat konsultasi serta rawatan masalah kulit. Doktor dan pasukan perubatan di klinik ini mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani pelbagai isu kulit am dan estetik, seperti jerawat, ekzema, alahan kulit, serta pelbagai penyakit dermatologi lain. Ramai pesakit sering memberi ulasan positif terhadap keberkesanan ubat serta konsultasi mesra yang diberikan di sini.
Walau bagaimanapun, dari sudut status perubatan, Klinik Perubatan Lita Alis beroperasi sebagai klinik perubatan am (GP) yang menawarkan khidmat tumpuan khas (special interest) dalam rawatan kulit. Ini bermakna ia sesuai untuk masalah kulit biasa hingga sederhana. Namun, jika anda mempunyai masalah kulit kronik atau sangat kompleks yang memerlukan kepakaran tahap lanjut, rawatan mungkin perlu dirujuk kepada Pakar Dermatologi berdaftar (Dermatologist) di hospital pakar.
Ini pula adalah link ke Instagram Klinik Lita Alis Bangi. Okeylah, itu sahaja cerita pengalaman SR bawa Ayu dapatkan rawatan kat Klinik Lita Alis Bangi. Korang yang ada masalah kulit tak selesai-selesai tu, bolehlah cuba ikhtiar kat sini juga tau!
Penafian (Disclaimer): Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis dan anak sahaja dan bukan bersifat nasihat perubatan profesional. Keadaan kulit dan tindak balas terhadap rawatan mungkin berbeza bagi setiap individu. Sila berkonsultasi dengan doktor atau pakar dermatologi bertauliah untuk sebarang masalah kesihatan diri dan keluarga.
.jpg)
Syukur Alhamdulillah,lega Ayu dah makin sembuh! Rawatan klinik kulit bajet berbaloi RM103 ni memang lifesaver.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.