Saturday, October 9, 2021

Ke Taekwondo Hari Sukan Negara 2021

Selalunya kelas taekwondo adam dan amir adalah pada sebelah malam, tapi minggu ni kelas tu diawalkan ke pukul 11 pagi. Sir taekwondo dia kata, sempena Hari Sukan Negara 2021 yang berlangsung pada 9 Oktober 2021. Kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan latihan taekwondo adam dan amir, iaitu pada setiap hari Sabtu.


Jadi Sabtu kali ni memang kena makan breakfast on time lah.
Sebab nak adjust masa untuk bersiap, dan tepat pukul 10 macam tu sepatutnya dah kena gerak ke tempat latihan. Rumah kami jauh juga jaraknya dengan tempat latihan tu. Bukan tak ada yang dekat, tapi sebab adam dah biasa dengan kawan-kawan dekat sana. Amir pulak memang join dekat sana sebab adam lah kan.


Masing-masing excited nak pergi kelas taekwondo. Tambahan pulak, masing-masing kan baru naik tali pinggang warna baru. Masa hari dapat tali pinggang tu, tak sempat ambil gambar. Haa maka pagi ni marilah ambil gambar dengan tali pinggang baru. Amir disebabkan dia naik dari kuning satu ke kuning dua, dia masih guna tali pinggang sama, tapi ada dilekatkan pelekat warna hijau.


Ayu pun nak join bergambar jugak. Sibuk buat aksi yang sama.
Nampaklah dia teringin nak masuk kelas taekwondo tu.
Insyaallah ada rezeki tahun depan ayu boleh masuk kelas taekwondo ye!


Bergambar jugak dengan ayah 1 round.
Dengan omak tak sempat, sebab takut lewat pulak sampai nanti.


Dah masuk kereta, kunci pintu semua, ha jom lah kita!
Sementara nak sampai tu pun berapa kali bergaduh dah diorang tiga ketul ni dekat seat belakang tu hahaha! Jenuh hijaulah omak.


Masa kami sampai tu, sir diorang semua tak sampai lagi.
Lewat sikit katanya.
Sempatlah adam dan amir bersembang-sembang dulu dengan kawan-kawan.


Lepas sir dia sampai je, semua kena beratur. Kena bersiap sedia untuk mulakan latihan.
Lepas tu ada sorang budak perempuan datang suruh scan QR code kehadiran ke Hari Sukan Negara 2021 punya event. Nanti dapat sijil dia kata. Tapi tak ada pun sijilnya aku check sampai ke saat aku menaip entry ni. Haha!



Kata budak perempuan tu, dari pagi tadi dah ada banyak event sukan.
Ada berbasikal dan e-sport.
Kalau nampak dalam gambar kat atas ni, ada orang duduk dekat hujung sana tu, tengah main game bola lah tu. Agaknya tak habis lagi berlawan masa tu.
Adam amir sibuk nak pergi tengok, tapi disebabkan kelas dah start, tak dapatlah nak pergi menyendeng dekat sana. Terus dengan latihan je lah.

Itu sajalah pengalaman join Hari Sukan Negara untuk tahun ini 😁

10 comments:

  1. eh hari ni hari sukan negara ke? tak perasan pulak haha. selamat hari sukan!

    ReplyDelete
  2. Alaaa...aunty SA je yang x bersukan lagi ni....hahahahah...

    ReplyDelete
  3. Semangat masing masing. Ayu pun nak tumpang sekaki. Pasni boleh join Abang Adam dan Abang Amir ye Ayu.
    Majulah Sukan untuk negara :)

    ReplyDelete
  4. waa... sukanya tengok anak anak belajat taekwando

    ReplyDelete
  5. Wah wah wah! Bukan main lagi aksi masing-masing :)

    ReplyDelete
  6. syaz! byk plak perubahan si zaimi ^_^..kesitu plak shida fokus hahaaaa..okay ayu cute juga!

    ReplyDelete
  7. ayu tu boleh berguru dengan abang2 nye jer

    ReplyDelete
  8. bestnya dah dapat tali pinggang warna baru. Tak sempat nak join Hari Sukan Negara haritu. sukan dalam mimpi je lah hehehe

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot