Tuesday, April 12, 2022

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga

Kisah ayu sebenarnya.
Macam yang SR update pada entry lepas, kami sekeluarga pulang ke Kuantan. Nak jadi kisah, kebetulan masa balik ke Kuantan tu, suhu badan dia naik tinggi.

Eh cuaklah SR!
Terus buat covid test semua kan.

Alhamdulillah, negatif. Lepas tu dia menangis, kata sakit gigi masa makan. Menangis yang sungguh-sungguh.

SR dengan emak SR pun tengoklah dalam mulut dia, rupanya, gusi dia tengah pecah, sebab ada gigi geraham belakang nak keluar. Sebab tu lah badan dia panas agaknya. Dedar sebab nak tumbuh gigi baru.

Bagi makan panadol syrup, tampal cool fever, mandikan kerap... Agaknya kesan makan ubat tu, dah asyik terberak pulak. Kejap-kejap pergi toilet.

Dah kerap-kerap pergi toilet, bawah mata kanan kena gigit nyamuk pulak!

Memang kesian sungguh dekat ayu hari Sabtu tu huhu...

Tapi nasib baik, menjelang petang Sabtu tu, badan dia dah tak panas, bengkak bawah mata pun surut, masa makan pun dia dah pandai adjust supaya tak gigit belah kiri yang ada gusi pecah tu.

Hai lah ayu...ayu...

21 comments:

  1. Gigi nak tumbuh rupanya ye... mesti dia tak selesakan...
    Get well soon ye Ayu.

    ReplyDelete
  2. Kesiannya Ayu...memang demam kalau ada gigi nak tumbuh kan...sakit tuh....

    ReplyDelete
  3. gigi nak tumbuh rupanya demam tu.

    ReplyDelete
  4. alahai kesiannya demam nak tumbuh gigi. sakit tuu

    ReplyDelete
  5. adoiiii sian nya laaaa... terbyg dah peritnya menahan sakit gusi or gigi...!! Semoga ayu dah sihat ye..

    ReplyDelete
  6. kesian ayu.

    anak saya semua lelaki. jadi saya tak reti dengan ragam anak perempuan. apapun, saya bersyukur. kalau ada anak perempuan tak tahulah macam mana agaknya nak jaga.

    ReplyDelete
  7. ala siannya..moga cepat sihat yer

    ReplyDelete
  8. Nasib baik sebab tumbuh gigi.
    Hehe ingat tumbuh gigi depan.

    ReplyDelete
  9. syiannya ayu..tapi alhamdulillah dah beransur sihat tu..

    ReplyDelete
  10. Kesian nya dia... Selalu gambar senyum je... Nampak sangat ayu tak sihat

    ReplyDelete
  11. Alahai ayu... bikin neves je kan? skrg ni kalau dmm mmg trs kena self-test... nasib baiklah sbb dmm nk tumbuh gigi je

    ReplyDelete
  12. oooo nak tumbuh gigi ya...syafakillah ayu

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Rupanya sebab nak tumbuh gigir geraham.
    Kesian anak-anak tahan sakit.

    ReplyDelete
  14. Moga terus sihat ye Ayu.. Bertabahlah...

    ReplyDelete
  15. Semoga terus sihat ye Ayu.. Anak acik pun dah banyak gigi goyang nak bersalin gigi. Baru ni dah tercabut dua batang kat depan.

    ReplyDelete
  16. Alahaiii siannya Ayu. Ayu kuat cepat sihat dia.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot