Monday, May 30, 2022

OGAWA Mobile Shiatsu Lite

Assalamualaikum wbt

Fuh jenuh SR seru mood blogging ni agar kembali meresapi SR, tapi dia masuk sipi-sipi aje gais. Walaupun dia masuk sipi-sipi, SR buka draft tadi. Eh terjumpa pula draft yang ini. Lama betul terperam, kalau ragi, dah jadi tapai ahaha

Ini kisahnya masa SR beli alat urut belakang OGAWA ni.

OGAWA Mobile Shiatsu Lite namanya.

SR beli hujung tahun lepas, dalam bulan Disember. Asalnya zaimi belikan 1 untuk SR. Untuk SR guna di rumah. Sebab dia malas nak urut belakang badan SR memandangkan SR selalu suruh dia hahaha! Jadi dia pun beli OGAWA Mobile Shiatsu Lite ni. Bila dah cuba, memang best gilaaa!

Jadi, terbitlah akal untuk beli 1 lagi letak dekat office pulak. 


OGAWA Mobile Shiatsu Lite ni juga sebenarnya boleh letak dalam kereta tau. Dia ada kabel untuk cucuk dekat kereta. Jadi kalau badan lenguh masa memandu, bolehlah guna. Tapi SR tak pernah cuba lagi. Sebab macam lebih memerlukan dekat office.


Macam ni lah rupa OGAWA Mobile Shiatsu Lite tu. Warna biru. Butang on/off dia dekat atas belah kiri kalau kita menghadap dia. Tapi kalau kita tengah guna dia dekat belakang badan, dia akan jadi di sebelah kanan.


Ini rupa dia dari belakang.


Malas pula SR nak rotate gambar ni sebab dah upload. Ini adalah manual untuk OGAWA Mobile Shiatsu Lite ni. Korang pusingkan phone / telengkan kepalalah ya kalau nak tengok hihi!


Ini SR dah tekan punat on. Bebola tu jadi bercahaya. Dia juga ada mengeluarkan haba. Jadi masa berurut tu, rasa suam-suam dekat belakang badan. SR juga selalu guna di tengkuk dan bahu. Paling selalu, SR letakkan di pinggang.

Bolehlah, membantulah juga untuk hilangkan lenguh-lenguh. Harga pun taklah mahal sangat. Masih SR boleh hadap untuk menunaikan kehendak. Hehe... Nak beli kerusi urut tu, mahal sangat! Tak mampu SR! Jadilah ada alat pengurut cinonet ni buat masa ni.

7 comments:

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot