Antara Perkara Yang Leceh: Mesin Basuh Rosak

... adalah ketika mesin basuh di rumah telah rosak dan nak bersara setelah 12 tahun berkhidmat dan berpindah-randah ke beberapa lokasi sepanjang hayatnya.

Dah lari habis jadual, masa, tenaga dan duit sebab kena angkut baju-baju yang setiap hari menggunung tinggi ke dobi layan diri.

Dah cuba dah untuk cari orang baiki, tapi tak berjaya.

Mahal.
Spare part tak ada.

Bila dihitung balik, macam sama nilai dengan mesin basuh baru yang ada inverted technology.


Leceh, memang leceh bila barang yang banyak memudahkan urusan kerja SR seharian dah tiba-tiba tak nak spin, dan berbau hangit yang dasyat bila kita on.

Seriau pun ada.

Makanya marilah mengorek tabung contigensy keluarga kecil kami untuk jadi orang ketiga dalam proses tong-tong duit untuk beli mesin basuh baru.

Bahagi bertiga antara SR, zaimi, dan akaun tabung kami.

Ya, SR dan zaimi memang wujudkan 1 akaun asing dari akaun peribadi kami masing-masing sebagai tempat menabung untuk urusan keluarga jika berlaku sesuatu yang memerlukan nilai duit yang besar dari biasa.

Masa-masa macam ni lah kena guna khidmat si tabung. Huhu...

Tak pasal-pasal kena cari, riki dan beli mesin basuh baru pula 😔

 

Post a Comment

9 Comments

  1. Beli yang baharu sekali dengan dryer sekali....

    ReplyDelete
  2. Lama dah ia berkhidmat tu SR :)
    Akk pun serabut kalau mesin basuh buat hal sbb baju anak3 tahulah... Sehari pun kurang-kurang 2 pasang seorang. Mmg tak boleh skip basuh bj hari-hari.

    ReplyDelete
  3. Betul2.. Kita pun dh pernh rs bila nesin rosak ni... Hazab hari2 kena g dobi layan diri

    ReplyDelete
  4. Semoga dapat beli mesin basuh yang diingini..

    ReplyDelete
  5. satu cabaran jika mesin basuh rosak...nak ke dobi selalu pun bukan murah...

    ReplyDelete
  6. kat rumah saya tengah rosak peti ais, daripada repair baik beli baru sebab dah lama, japgi repair satu, rosak yang lain pulak

    ReplyDelete
  7. Lama dia berkhidmat tu, memang dah mintak baru tu..harap lepas ni dapat yang lebih ok...

    ReplyDelete
  8. Salah satu keperluan jgk mesin basuh ni. Kalau xda @ rosak memang bertambah bebanan kerja rumah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.