#throwback
Assalamualaikum wbt semua!
Cerita bulan Jun 2022 sebenarnya ni. Kalau ada yang ingat, pertengahan 2022, SR ada cerita kisah-kisah SR ke Pulau Pinang, bawa anak-anak berjalan dan holiday. Sewaktu perjalanan balik dari Penang ke Senawang, Zaimi bawa kami semua singgah ke Cameron Highlands.
Haha!
Ya, kalian tak salah baca! Memang gigih panjat jalan Simpang Pulai untuk singgah di Cameron Highlands! Tapi sampainya pun dah lepas asar, tak banyaklah tempat boleh dituju. Sempatlah masuk beli kaktus di Cactus Point.
Zaimi kata, objektif utama dia nak bawa kami ke Cameron Highlands ni sebab nak minum teh sebelah ladang teh aje. Sabar ajelah!
Tak kisahlah yunk, asalkan awak yang bawak kereta ahahaha!
Di Cactus Point ni, memang ralit tengok pelbagai jenis kaktus dan pokok hiasan. Cantik-cantik. Menggoda aje, memanggil-manggil untuk kita beli. Tapi bila sampai rumah, tak pernah jadi. Hahaha! Mungkin tangan SR yang bukan Green Thumb.
Masa dalam perjalanan mendaki jalan Simpang Pulai tu, ayu pening. Memang dah agak sebenarnya, akan berlaku adegan muntah dalam kereta. Sebab setakat record kami ke Cameron Highlands, memang tak pernah bersihlah recordnya. Ada aje anak yang muntah! Jadi, adegan muntah dimulai dengan ayu. Muntah di Brinchang.
Lepas buat payment 4 pasu kaktus, ada juga singgah sekejap dekat S'Corner. Beli strawberry fresh dan juga strawberry kering. Tak ambil gambar dah dekat situ, sibuk memilih strawberry.
Selesai tapau strawberry, terus kami ke Cameron Valley, atau dikenali dengan Bharat Tea Center. Orang punyalah ramai, sampai nak cari parking pun susah. Mujur ada seorang pakcik yang tolong jagakan trafik, dia tolong tunjukkan mana lagi boleh parking.
Dapatlah kami menunaikan hajat zaimi untuk minum teh sebelah ladang teh!
Nak ke Sungai Palas, tak larat!
Order teh seteko. Zaimi pula order teh masala. Ada rasa rempah-rempah sikit. SR tak berapa suka, jadi SR dengan anak-anak minum teh susu biasa.
Selain tu, kami order jugalah makanan. Croissant dan anak-anak pula macam hotdog kot. Semua ambil set. Masing-masing memang dah lapar, memang makan dengan penuh perasaanlah.
Masa tu lah pulak ayu dengan amir nak ke tandas. Zaimi yang bawakan. Aduh agaknya sebab ramai, toilet jadi sedikit horror. Terus SR peram dulu hajat SR! Hahaha!
Dulu, dekat sini, boleh turun ke ladang teh tu dengan percuma kan?
Masa SR pergi, SR nampak semua yang turun ke bawah tu, tangan diorang pakai gelang tiket tu. Ala macam tiket yang dipakaikan dekat pergelangan tangan kita masa kita pergi Zoo dan taman tema tu.
SR nampak juga mereka beratur untuk dapatkan tiket tu. SR tak tanya dan tak tengok betul-betul, tapi SR agak, nak turun ke ladang teh tu, dah dikenakan bayaran...? Wallahualam. Siapa tahu boleh share info di komen ya. SR agak sahaja, sebab tak ramai yang turun dekat ladang tu. Tak macam dulu.
Kami tak turun. Malas pula nak turun ke bawah tu.
Jadi sambung minum teh teko yang kedua pulak.
Amir memang tak ingat dunia tau. Bercawan-cawan dia minum. Makanan dia tadi pun habis licin dia bedal.
Berbalik pada what happens in Cameron Highlands, stay in Cameron Highlands tu adalah...
.
.
.
.
.
.
Makan licin, minum punya banyak.
Elok aje kereta gerak turun tak sampai 10 minit dari Bharat Tea Center ni, terus amir muntah sebanyak-banyaknya. Seperti kes ayu tadi, nasib baik SR dah siap-sediakan plastik. Sebab memang selalu terjadi kes muntah kalau ke Cameron Highlands kan.
Memang amir muntahkan habis semua makanan dia.
Kesian dia. Tak sempat makanan tu nak ikut balik rumah. Dekat Cameron Highlands tu jugak amir tinggalkan 😆
Itulah cerita kami ke Cameron Highlands on our way balik dari Pulau Pinang Jun 2022 hari tu.
😊
Sian nyaaa bdk2 smp termuntah2 ye... Konpom semua melepek je la ye smp seremban?
BalasPadamAlahai sian dia muntah.. Kami pun baru naik Cameron cuti Maulidul Rasul hari tu tapi ride berdua jer sis.. Memang betul sekarang nak turun ke ladang tu kena beli tiket pakai gelang baru boleh turun.. Kami pun naik atas semata2 sebab nak minum tea. Dan kami suami isteri penggemar marsala tea juga. Hihihihi!
BalasPadamLama juga tak ke Cameron Highlands.. Kali terakhir pergi rasanya dalam 6,7 tahun yang lalu. Masa tu arwah abah masih ada. Tapi saya rasakan cuacanya tidak seperti dulu-dulu. Saya boleh buka baju masa tidur kerana panas.. hihi.
BalasPadamrajin nya..nak minum tea tepi ladang tea yer...extra sedap.
BalasPadamalahai..sian dia muntah2...
dulu ke CH konon nak ke Sg. Palas tu tapi jem melekat tak hengat langsung. Sakit jiwa. Tapi ammi biasanya kalau ke CH tak aim mende lain kecuali sayur. Memang level makcik2 sangat dah ni
BalasPadamhappy anak2 dpt jln2 cameron.. kami pun setiap tahun mst staycation CH
BalasPadamdapat jugak minum teh tepi ladang teh ye..
BalasPadamtak pernah lagi bawa aiyan ke CH ni, teringin jugak nak bawak dia ke sini nanti
BalasPadamBegitu je alasan dia. Okaylah kan dapat jalan jalan sekali menyambil. Agaknya selera makan naik masa jalan jalan ni. Lepas tu pening mungkin jalan begitu.
BalasPadamalamak! sy ni x boleh dgr org muntah dlm perjalanan. sy pun jenis cepat mabuk jg. nmpk nya kena try naik cameron kot baru bleh muntah hahaha
BalasPadamha ha ha ha... alahai sian dia ye.
BalasPadamdok la nak reserve tapak camping kat CH ni SR, penuh sesaje!
thn depan le gamaknya dpt camping di CH ni.
antara feveret place to go ni, anak2 aida memang suka.
sejuk nya. stroberi nya. minum2 tepi ladang teh. nice kan.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.