Atau emel SR di syaznirahim[at]gmail.com
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Monday, September 5, 2022

Mencari Pasembur Gani di Esplanade Pulau Pinang | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Ini kisah sambungan dari kami pergi ke The Habitat Penang Hill. Turun dari Bukit Bendera pun hari dah petang sangat waktu tu. Kalau ikut plan asal, turun dari The Habitat, nak terus ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak tak jauh dari situ.


Tapi rupanya Rumah P. Ramlee ni hanya dibuka mengikut waktu pejabat. Sebab dia terletak dalam kawasan pejabat kerajaan, dan memang diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia. Sampai pun dah pukul 6 petang, memang tak bolehlah pergi dah. Adamlah yang kecewa sangat, sebab dia yang teringin nak pergi.


Bergambar dari seberang jalan sajalah dulu, ada rezeki nanti mana tahu boleh masuk ke dalam kan?

Tapi SR nak gelak dengan ayat Amir, "Fuh nasib baik dah tak boleh masuk. Amir dah risau tadi. Amir malu nak jumpa P. Ramlee sebenarnya. Nanti nak cakap apa dengan dia."

Punyalah gelak kami semua! Dah kena explain pula sekali lagi yang Rumah P. Ramlee tu, rumah dia aje. P. Ramlee dah meninggal 😅

Jadi kami meneruskan misi kami seterusnya untuk mencari pasembur di Padang Kota. Memang antara wish list juga datang ke Pulau Pinang.

Perjalanan yang tak jauh mana pun jaraknya, tapi sesak. Banyak betul kereta. Hampir kami berputus asa aje. Memang tak ada parkir yang dekat dengan medan selera tu. Tapi akhirnya kami jumpa juga 1 parkir kosong betul-betul depan rumah api. Memang jauuuuuuh nak menapak ke medan selera. Tapi dah sampai kan, teruskan!

Wednesday, August 24, 2022

Sepetang di The Habitat Penang Hill Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Pada yang masih ingat, SR pernah cerita yang kami sekeluarga ada pergi ke Pulau Pinang, dan menaiki funikular di Bukit Bendera. Sebenarnya, ada satu tarikan di Bukit Bendera itu yang SR dan zaimi teringin sangat pergi ke sana.

The Habitat Penang Hill!

Thursday, July 21, 2022

Mendaki Bukit Bendera Dengan Pantas! | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Assalamualaikum wbt...

Hai! Hari ni SR nak sambung cerita tentang cuti-cuti kami sekeluarga ke Pulau Pinang. Entry ni adalah sambungan dari entry Sepagi di Pantai Batu Feringgi | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback hari tu 😀.

Ada yang teka dengan tepat! Tahniah! Tapi tak ada hadiah haha! Ya, selepas berpagian di Batu Feringgi, sesudah sahaja mandi laut, kami balik hotel dulu untuk bilas anak-anak. Lepas dah ready, kami terus berangkat ke Bukit Bendera atau turut dikenali sebagai Penang Hill!

Sunday, July 17, 2022

Sepagi di Pantai Batu Feringgi | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Assalamualaikum wbt...

Hari tu SR dah kongsikan cerita SR ke Kampung Agong yang terletak di Penaga, Pulau Pinang. Cantik sangat Kampung Agong tau! Hari ni, SR nak kongsikan cerita ringkas SR dan keluarga ke Batu Feringgi pula keesokan harinya.


Kenapa keesokan hari? Petang yang balik dari Kampung Agong tu, tak ronda-ronda dekat Pulau Pinang ke?

Tuesday, July 12, 2022

Cantiknya Kampung Agong! | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Pertengahan Jun 2022 yang lepas, SR dan zaimi bawa anak-anak berjalan hujung minggu ke Pulau Pinang! Memang SR dah lama sangat teringin nak berjalan dekat sana. Asyik-asyik Port Dickson dan Melaka, sekali-sekala, nak juga berjalan jauh sikit dan ambil angin kawasan yang jauh sikit dari rumah kan. 

Plan laju-laju!

Kami bertolak malam, hotel pula booked di Batu Feringgi. Jadi, dalam waktu subuh, kami sampai di Butterworth dah. Singgah masjid untuk solat dan mandi, kami pun sarapan semua dulu, dan terus ke Kampung Agong.



Saturday, July 2, 2022

Buaian Kampung Agong

Salam hujung minggu semua!

Quick update, SR baru sembuh dari food poisoning gais. Terjangkit dengan ayu. Ayu pula terjangkit dari tadika dia kot. Wallahualam.

Kepala rasa berputar aje.
Ayu pula memang muntah dasyat juga.

Thursday, June 23, 2022

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot