Mencari Pasembur Gani di Esplanade Pulau Pinang | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Ini kisah sambungan dari kami pergi ke The Habitat Penang Hill. Turun dari Bukit Bendera pun hari dah petang sangat waktu tu. Kalau ikut plan asal, turun dari The Habitat, nak terus ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak tak jauh dari situ.


Tapi rupanya Rumah P. Ramlee ni hanya dibuka mengikut waktu pejabat. Sebab dia terletak dalam kawasan pejabat kerajaan, dan memang diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia. Sampai pun dah pukul 6 petang, memang tak bolehlah pergi dah. Adamlah yang kecewa sangat, sebab dia yang teringin nak pergi.


Bergambar dari seberang jalan sajalah dulu, ada rezeki nanti mana tahu boleh masuk ke dalam kan?

Tapi SR nak gelak dengan ayat Amir, "Fuh nasib baik dah tak boleh masuk. Amir dah risau tadi. Amir malu nak jumpa P. Ramlee sebenarnya. Nanti nak cakap apa dengan dia."

Punyalah gelak kami semua! Dah kena explain pula sekali lagi yang Rumah P. Ramlee tu, rumah dia aje. P. Ramlee dah meninggal 😅

Jadi kami meneruskan misi kami seterusnya untuk mencari pasembur di Padang Kota. Memang antara wish list juga datang ke Pulau Pinang.

Perjalanan yang tak jauh mana pun jaraknya, tapi sesak. Banyak betul kereta. Hampir kami berputus asa aje. Memang tak ada parkir yang dekat dengan medan selera tu. Tapi akhirnya kami jumpa juga 1 parkir kosong betul-betul depan rumah api. Memang jauuuuuuh nak menapak ke medan selera. Tapi dah sampai kan, teruskan!

Masa dalam kereta memang terasa jauh betul jarak nak berjalan kaki ke tempat nak beli pasembur tu. Tapi, sepanjang berjalan kaki ke sana, tak adalah rasa sangat jauhnya. Agaknya sebab orang pun ramai aje lepak-lepak dekat tembok tepi laut tu. Angin laut pun bertiup lembut-lembut. Lampu oren yang mendamaikan. Pemandangan lampu-lampu hotel di seberang laut tu pun cantik.

Enjoy aje lah berjalan.


Kami memang tak risau nak mencari surau masa ni sebab bermusafir. Itu yang tak rushing berjalan. Slow-slow bawa anak-anak yang dah keletihan dari pagi. Agak hari yang panjang bagi anak-anak masa ni. Dari bermandi laut di Batu Feringgi, beratur naik funikular Bukit Bendera, dan menjelajah pula The Habitat, SR dan zaimi memang dah tak paksa anak-anak berjalan laju dah.



Bila dah sampai dekat medn selera tu, memang orang punyalah ramai. Tersangat ramai! Meja pun tak ada. Ingatkan kami datang waktu maghrib, kot lah tak ramai. Tapi sangkaan kami meleset. Ternyata bukan kami aje yang melancong ke Pulau Pinang masa ni!


Hari pula hujan pula gerimis. Zaimi kata, dah jalan jauh-jauh, beli ajelah tapau. Balik makan di hotel. 

Okey set.

SR terus cari mana satu Pasembur Gani. Sebab memang nak beli pasembur dari Pasembur Gani. Bila dah nampak, terus beratur.


Beli pasembur ni samalah macam beli Yong Tau Fu. Beli dalam keseraman. Tak tau berapa harga yang akan tuan kedai sebut hahaha! Tapi tak apa, SR memang dah nekad nak beli sepuas hati. Jadi SR ambil pun sesuka hati. Kah kah kah.




Okey, dah kira dan bayar, terus pergi dekat zaimi dan anak-anak yang tercongok menunggu SR dari tadi. Memang nak balik hotel sangat-sangat dah masing-masing. Penat tak terucap. Tapi hati masing-masing puas sebab macam-macam kami buat hari tu sebagai 1 keluarga.


Gembira dapat menapau Gani Famous Pasembur! Yeehaa!

 



Ada rezeki nanti nak datang lagi, waktu siang, dan nak makan dine in!
Moga ada rezei ke sini lagi!

Post a Comment

7 Comments

  1. kalau pi tempat femes memang ramai orang kak.

    ReplyDelete
  2. Aduhai, rupanya dia tataw eh, P Ramlee dah tak ada. Kita dulu pernah cari/ makan pasembur Ghani ni sebab terpengaruh dengan drama Love U Mr Arrogant, hihi.

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi penang memang wajib laa makan pasembor

    ReplyDelete
  4. Dapat jugak beli, tapau pun OK lah kan. tu dia ramainya orang.

    ReplyDelete
  5. betul syaz..beli pasembur kat sini seremmm..haha..husband akak dtg sini, dia order terus pasembur berapa ringgit yang nak..so nanti staff kedai tu akan ambik ikut harga yang dimintak...senang...tak ada lah jantung dup dap dup dap nak tunggu diaorang kira..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.