Sunday, December 27, 2020
Sunday, November 29, 2020
Saturday, September 26, 2020
Tunggu Sekejap Wahai Kawan
Wednesday, September 2, 2020
Nasi Kandar, Tasik dan Taman Terbiar MAEPS
Ini entry sambungan dari kami ke Taman Wetland Putrajaya haritu.
Plan asal, lepas setel meronda di Taman Wetland tu, nak pergi ke Goat2Go yang ada dalam MAEPS.
Sunday, August 30, 2020
Ke Taman Wetland Putrajaya
Hari kedua kami bercuti-cutian ke Putrajaya minggu lepas tu, sama jugak seperti konsep kenapa kami pilih untuk bawak anak-anak naik cruise, kami plan untuk bawak anak-anak ke taman yang tak pernah pergi lagi di Putrajaya ni.
Sepertimana diketahui semua orang, Putrajaya ni ada banyak taman.
Tak semua kami pernah pergi lagi dengan budak-budak ni, jadi fikir punya fikir, kami decide untuk ke Taman Wetland Putrajaya 😁
Let's!
Thursday, August 27, 2020
Cruise Tasik Putrajaya
Rentetan dari entry kami menginap di Shaftsbury Stellar Hotel Putrajaya haritu, kiranya ini entry sambungan dari staycation kami la ni.
Let's cekidot! 😁
Monday, August 24, 2020
Menginap di Shaftbury Stellar Putrajaya Hotel
Mungkin sebab adik ayu selalu meratib cakap nak tidur 'rumah otel' lepas balik dari Kuantan masa adik aku kahwin haritu, Allah makbulkan doa dia.
Kami terjumpa deal untuk Stellar Hotel Putrajaya ni, boleh kata taklah berapa awal. Hanya seminggu sebelum. Itu pun plan untuk cuti sekolah 5 hari sebab awal Muharram tu. Dan tak adalah macam terlalu bersungguh cari hotel, tapi terlalu pulak deal tu masa kami suami isteri tengah search hotel yang bersesuaian.
Harga memang drop gila-gila sebab offer, untuk bilik jenis Executive 2 Bedrooms.
Hah apa lagi mau ditunggu, booked secepat mungkin!
Itulah yang hari Jumaat lepas ni, kami pun checked in.
Monday, August 10, 2020
Ke Japanese Village Bukit Tinggi
Thursday, February 26, 2015
Sakit sendi
Adam pun aku suruh zaimi bawak letak kat rumah pengasuh.
Tak larat sangat rasanya..
Memang kena berehat agaknya..
Hehe..
Mak rindu nak peluk cium ni..
:)
Tuesday, July 8, 2014
Adam demam menjelang masuk umur 1 tahun 3 bulan
Semalam tak pasal-pasal je budak adam ni badan dedar..
Actually hidung dah berair dari hari jumaat, lepas balik bazaar ramadhan.
Menyesal pun ada bawak adam pergi bazaar tu.
Selalu aku dengan zaimi beli dulu baru ambil adam, tapi jumaat tu rasa nak try pergi yang senawang punya, so ambil la adam dulu..
Balik tu hidung berair..
Haih..
Balik semenyih weekend tu ok lagi, setakat hidung je la berair..
Bagi ubat sikit, dengan letak kunyit kat hidung dia nak bagi kurang hingus..
![]() |
Dah kuning hidung.. |
Lepas tu sehari dua ni dia asyik menangis..
Bila menangis mulalah berair balik hidung tu..
Mana tak menangis, banyak gusi dah mengeras, gigi nak keluar..
Gigi depan dah keluar suku, yang atas, sebelah yang gigi kapak dua batang tu..
Gigi bawah pun sama..
Geraham pun dia asyik garu je..
Memang merengek je..
Kesian..
Aku bagi lah jugak gripe water tu..
Lepas tu pagi semalam cek suhu dia dah 37.1..
So aku pun EL dan bawak dia pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak yang dekat Taipan Senawang tu..
Klinik tu ok, setakat ni adam memang nampak serasi dengan ubat-ubat dia..
Dr Liu tu pun ok je, cuma suara je perlahan sikit..hihi
Zaimi tak cuti, aku pun rasa adam dah besar, boleh kot pergi berdua je..
Alhamdulillah dia behave, cuma agak payah tang nak keluar masuk kereta lah kan.. sebab aku tak biasa lagi keluar berdua dengan adam..
![]() |
Adam yang behave dalam klinik.. |
Macam biasa aku memang suka letak adam dalam trolley, suruh dia berdiri, sebab dia tak nak duduk kat tempat duduk budak yang ada kat trolley tu.. *eh pening giler ayat*
Lepas tu keluar lah lagu apa tah, adam pun naik sheikh goyang-goyang kepala..
Punyalah syok kot lagu tu bagi dia..
Tak sedar diri tengah demam, hayun punya hayun sekali tangan pun nak angkat joget jugak..
Gedebam!
Tak pasal2 tergolek dalam trolley..
Serius perasaan campur baur..
Kelakar pun ada, sedih of course lah kan sebab tengok adam nangis.. dan malu pun ada macam bebal benor tak reti jaga anak kan..huuuu
Beli apa yang patut, belikan mainan baru kat adam satu..
Kami pun gerak balik..
Sampai rumah sementara suap dia makan, dia main lah mainan baru dia tu ikut imaginasi dia sendiri..haha
Ubat Klinik Dr Liu ni sedap rasa dia..
So takda masalah adam nak makan..
Lepas makan ubat, tak nak gak duk rehat ke apa, stil duk berjalan lagi ke hulu ke hilir..
Last sekali dah pening.. kaki pun dah lembik, jatuh lagi..
Melalak lagi..
Baru nak peluk emak dia..
Gosok-gosok mata..
Kasi susu, masuk buai, tak sampai berapa kali enjut terus lelap..
So aku pun angkat letak atas toto..
Boleh tidur berjemaah dengan aku.. :P
Petang tu ayah balik, pergi beli juadah..
Takde dah la aku dengan zaimi nak bawak adam ke bazaar dah.. serik kot
Syukur adam tak demam melepek tu..
Still boleh jalan-jalan kejar kucing lagi tu..
:)
Friday, May 9, 2014
Adam dan Neneknya
Sebab apa?
Sebab.. nak tukar akaun kanak-kanak tabung haji aku jadi akaun dewasa..
Hahah!
Dulu masa kecik, mak yang bukakkan aku akaun tu, sekali tu, boleh pulak sampai umur aku dah tua bangka ni, lupa pulak nak tukar..
So haritu ada sedikit sosak, nak korek tabung haji lah, tup tup pergi kaunter, dia kata mak aku je yang boleh keluarkan duit tu, sebab belum tukar, so akaun ni milik mak. funnyyyyyy!!
So rabu tu pergilah tukar. Bawak adam sekali.
Mak oii beramah mesra budak tu dengan polis bantuan apa semua.
Kitorang pergi yang kat Terminal 1 Seremban je, dekat dengan rumah aku.
Pagi tu abah datang hantar mak.
Syok je rasa bila dapat keluar jalan-jalan pada tengah2 minggu, orang tak ramai, tenang je.
Mak belanja lah adam naik mainan ni, 50 sen sekali naik.
Tapi si adam dah letih beramah mesra tadi, muka masam je la sebab ketakutan benda tu gerak gerak.. haha
Tengoklah, mak aku elok je slim. Jeles.
huuu..
Lepas urusan tabung haji tu, terus ke TESCO Seremban Jaya tu jap..
Beli-beli barang rumah sikit, ajak mak makan semua..
Nikmat gila kot perasaan masa tu.
Indahnya.. orang kerja tapi kau cuti.. hahah..
Lepas tu balik lah, sampai rumah dalam pukul 2.45 camtu, ingat nak pergi servis kereta, tapi macam tak sempat lak. So, call klinik Sukhilmi, doktor ada.
Mak suruh pergi, bagi puas hati.
Baiklah.
Aku pun risau jugak..
Mak duduk rumah jap dengan adam, adam tidur keletihan..
Lepas check semua, aku balik, mak masak pulak untuk menantu kesayangan dia..huhu..
Dah kata emak kan, masak ikan goreng cili ngan kobis air pun sedap gilersss...
Malam tu zaimi ada futsal, abah pulak macam letih lagi sebab lepas hantar mak dia pergi teluk intan, makanya, aku bawaklah adam pergi semenyih malam tu hantar mak..
Sebelum pergi tu, terkekek-kekek kitorang gelak..
Mak ada bawak wagon baby yang baby guna untuk practise jalan tu, pinjam dari angah aku,
pagi tadi masa zaimi gi kerja, adam baru belek-belek je benda tu, bila ayah dia balik, baru dia nak try.
Keakar ok tengok adam terkengkang-kengkang tolak benda tu.. hahahah!
Hai lah adam..
Macam-macam..
Ni yang rasa rindu ni..
Cepatlah masa, aku pun sejak penyakit pelik ni ada, rasa taknak je duduk kat ofis ni..
Asik nak balik je..
Semoga aku pulih seperti dulu..
huuu...