Pengalaman Menginap di Chalet Kampong Pinang Sebatang, Melaka

 Assalamualaikum wbt


Ceritanya minggu lepas, hujung minggu penghujung Julai 2023, SR dan zaimi tiba-tiba buat impromptu trip ke Melaka bersama anak-anak. Memang tak plan apa langsung pun. Dia macam tiba-tiba sangat. Ke Melaka itu pun, tak berapa pasti nak kemana sebenarnya, memang ikut naluri aje.

Dan selepas sejam lebih perjalanan, kami pun sampai di Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Mendung cuaca masa tu. Sebab baru sudah hujan. Perjalanan kami ke sini pun hujan sepanjang jalan. Asalnya ingat nak bagi anak-anak mandi laut dan balik hari. Tapi ombak agak besar pula sebab lepas hujan tu kan. Maka tengok-tengok ajelah suasana pantai.

 




Tapi kesian pula dekat anak-anak. Dah berharap sangat nak mandi laut. Nak tunggu sampai ke petang, pukul berapa pula nak balik nanti. 

Maka, secara spontan kami dapat idea untuk sewa aje mana-mana chalet yang ada. Bermalam 1 malam pun apa salahnya kan? Haha!

Pada yang tak pernah sampai ke pantai Pengkalan Balak ni, sepanjang pantai ni ada banyakkkk sangat chalet tau! Jadi lepas kami jalan-jalan sekitar tu, kami tertarik untuk menginap di Chalet Kampong Pinang Sebatang, chalet yang berkonsepkan P. Ramlee.

Ya, P. Ramlee! Klasik sangat konsep chalet Kampong Pinang Sebatang ni, dan sejujurnya SR dan zaimi tak pernah tahu pun kewujudan chalet ni. Hihi...

Terus kami ke sana, dan secara walk in nya kami tanya ada bilik kosong lagi ke tak. Staf situ kata ada sebuah, iaitu bilik Aziz. Bilik-bilik di chalet Kampong Pinang Sebatang ni semua bernama artis-artis zaman P. Ramlee. Unik kan?

Walaupun bilik Aziz tu tingkat atas sekali (tingkat 3), kami setuju ajelah sebab nak gembirakan anak-anak. Chalet Kampong Pinang Sebatang ni tak ada lif. Kena naik tangga uolls... Wuwu...

Tak apalah, terus booked bilik dengan payment. Dan terus pecut balik rumah untuk ambil baju. Sempat pulak tengok Pa'e dulu, baru bertolak semula ke Pengkalan Balak. Gigih tak? Haha...


Kami sampai semula ke Pengkalan Balak dalam 5.45 petang. Terus check in ajelah, sebab dah bayar full payment. Ambil kunci, dan terus panjat naik ke bilik.


Chalet Kampong Pinang Sebatang antara yang tertinggi di Pantai Pengkalan Balak


Pintu masuk Chalet Kampong Pengkalan Balak


Chalet yang penuh dengan hiasan tema P. Ramlee

Kawasan parkir kereta dia agak luas juga. Cuma yang sedikit menggerunkan SR adalah tangganya tinggi, dan agak licin, Memang kena awasi anak-anak dan diri sendiri.



Bilik Aziz yang kami dapat ni tidaklah luas sangat, tapi bolehlah untuk tidur 1 malam. Hiasan dalamannya memang berkonsepkan klasik. Ada balkoni untuk melihat laut, dan untuk sidai pakai basah.



Bilik Aziz ni ada kipas siling, ada pendingin hawa, ada juga pemanas air mandi. Cerek elektrik, sejadah, TV, seterika, semua juga ada tanpa perlu minta dari receptionist.



Amir meninjau laut di luar tingkap

Pemandangan dari balkoni bilik Aziz


Bilik air dia memang SR puji. Sangat bersih. Memang tak berkerak langsung. Taraf hotel mahal. Kepala paip pun zaman P. Ramlee punya tau dia pasang. Best. Air laju walau di tingkat tiga.

Lepas check in, tukar baju, jalan kaki tak sampai seminit, terus terjun masuk air. Hahaha! Itu nanti SR kongsikan di lain entry insyaallah. Malamnya kami makan di restoren seafood berdekatan, juga dalam jarak berjalan kaki sahaja. Mudah sangat. Sudahlah selesa. Alhamdulillah rezeki anak-anak.





Walaupun petang dah bermandi-manda, bangun pagi-pagi, tetap nak mandi laut lagi. Ye lah dah duduk depan laut, tak mandi laut rugilah kan. Jadi sebelum terjun ke laut, kami pose lah dulu depan pintu masuk ke Chalet Kampong Pinang Sebatang tu. 

Depan bilik Aziz, sebelahnya bilik Sudin

Kunci pakai kunci pulas ya, bukan kad. Tapi masih ada kad, untuk aktifkan elektrik dalam bilik




Nampaklah ada Kedai Runchit Bujang Lapok dan sebelahnya ada Kedai Makan Pak Maon, tapi dah tak beroperasi. Sayang jugalah sebab tempat dah lawa, tak berfungsi pula. Tapi owner chalet mesti ada sebab tersendiri kenapa dah tutup kedai runcit dan kedai makannya.


Overall, SR suka aje menginap di sini. SR cuma gerun dengan tangga dia aje. Hahaha... maklumlah SR kan sakit lutut juga. Jadi sesiapa yang mencari tempat bermalam yang unik di Pantai Pengkalan Balak di Melaka, bolehlah cuba menginap di Chalet Kampong Pinang Sebatang ni. 

Bangun tidur terus berlari ke laut!

Chalet Kampong Pinang Sebatang ni ada hantu ke tidak? Soalan klise yang selalu orang search kan bila nak menginap di mana-mana, mesti search tempat tu berhantu ke tidak kan?

Entahlah, masa kami bermalam tu, tak ada pula unsur mistik atau seram, meremang-remang pun tak ada. Apa-apa bunyi, kami anggap dari penghuni bilik-bilik lain aje. Oh ya bilik sebelah kalau bersembang kuat-kuat, boleh dengar. Hehe...

Nanti SR cerita kisah mandi di pantai tu pula. Panjang sangat dah entry ni kan. Okeylah, stay safe gais!

Post a Comment

15 Comments

  1. Selamat datang ke negeri Melaka.. Hihi. Rasanya baru 3 minggu lepas saya ke Pengkalan Balak bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih orang Melaka! Hehe... Asam pedas sangat sedap ye kat sini

      Delete
  2. Ini kampung Pendekar Mustar ni hehe...
    Unik la chalet ni. Yg pntg selesa dan dekat dengan pantai 👍

    ReplyDelete
  3. wah...rezeki tu ad bilik kosong...selalu nya penuh je...kita sendri belum pernh menginap kt situ..BTW, bukn org melaka..tp menetap di melaka..chalet pinang sebatang nie masuk wishlist jugak lah...hihihi

    ReplyDelete
  4. comeinya chalet nya pun..klasik sgt ..

    ReplyDelete
  5. Aaa.. menariks tempatnya ni SR. Cantik sangat tangga tu tapi kalai Sk pun seramlah tangga tinggi dan licin pulak. Bahaya bukan sahaja utk orang sakit lutut, budak² pun. Syukurlah smeuanya baik² sahaja.

    ReplyDelete
  6. Ye bethollll....pengkalan balak memang banyak chalet tapi ekna pandai pilih sebab ada jugak chalet yang x well maintain...boleh la masuk wishlist ni chalet yang ni...menarik dan klasik nampak tu...banyak sudut menarik untuk bergambar juga

    ReplyDelete
  7. nama pinang sebatang pun dah rasa legend...apalagi tgk tempat penginapan...dengan pantai yg dekat

    ReplyDelete
  8. Unik dan menarik chalet ni. Paling best lokasi tepi pantai tu. Pernah lah beberapa kali survey dan cuba nak menginap di sini. Tapi baca review orang lain macam tak menyenangkan.selepas baca review ni, eh macam selesa je nak menginap disini. Biasa macam tu lah kan. Plan tak disangka sangka. Tahu tahu sampai je.

    ReplyDelete
  9. terbau bau air laut deruan angin bestt kan. cantik chaletnya klasik. Rumah bertangga.
    cik nur pengkaln Balak biasa chalet yg tepi laut tu chalet cikgu Dollah. next blh try sini pula

    ReplyDelete
  10. cantik nya sebab di perbuat dengan kayu semua, dia punya hiasan pun cantik la

    ReplyDelete
  11. Ini gred A punya chelet ni....

    ReplyDelete
  12. Oh...rupanya Kampung Pinang Sebatang ni wujud..igtkan P.Ramlee sesaja boh nama

    ReplyDelete
  13. Wah.. Chalet dia mengimbau kenangan.. Ohsem..

    ReplyDelete
  14. Kita bookmark, manalah tahu terjalan ke sini, boleh cuba menginap disini.. cuma tu lah.. seram pula nengok tangganya..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.