Pengalaman Mandi-Manda di Pantai Pengkalan Balak, Melaka

Assalamualaikum wbt

Kiranya ini post sambungan dari entry yang bertajuk Pengalaman Menginap di Chalet Kampong Pinang Sebatang tu lah. Cerita tentang bermandi-manda dan duduk lepak di Pantai Pengkalan Balak, Melaka pada hujung minggu yang lepas.

Petang lepas kami check in tu, memang terus bawa anak-anak ke pantai. Dari Chalet Kampong Pinang Sebatang tu, kami perlu lintas jalan kecil (tapi muat kereta lalu) depan chalet tu, dan tadaa, terus pantai. Turun aje tebing tu, dah sampai ke gigi air.

Pose lah sekali dengan buah hati semua ni
Dengan pakwe mesti kena ada ada gambar selfie

Mungkin sebab hujung minggu, dan baru lepas gaji, jadi memang meriahlah Pantai Pengkalan Balak ni ketika kami di sana. Ramai manusia dengan keluarga masing-masing. Ramai yang bermandi-mandalah, sama macam SR dan keluarga juga. 

Ada juga khemah yang menyediakan perkhidmatan sewa pelampung. Selain tu, perkhidmatan aktiviti air pun ada. Ada boat ride dan banana boat juga. SR tengok ramai yang main dengan keluarga masing-masing.

Ada yang menjerit dan terpelanting hahaha! Kami tengok ajelah, lagipun anak-anak kecil lagi, aktiviti banana boat tu dikira belum sesuai untuk diorang bertiga. Sekilas SR ternampak, harga naik banana boat di Pantai Pengkalan Balak ni adalah RM80 dan dalam kurungan tertulis RM10 seorang.

Ada juga kedai-kedai yang menjual baju-baju dan pelampung-pelampung. Meriah sangat kedai-kedainya. Kedai makan pun banyak. Yang uniknya, ada 1 kedai tu sediakan ruang mandi. RM1 sekali mandi. Sesuailah untuk mereka yang hanya datang bermandi-manda tapi tidak menginap.

Keadaan pantai di Pantai Pengkalan Balak ni, berbeza dengan Pantai Saujana Port Dickson yang selalu kami kunjungi tu walaupun jarak kedua-dua pantai ini tidaklah jauh sangat. Di Pengkalan Balak ni, pantainya sedikit curam ke dalam, dan keadaan pasirnya longgar. Pasirnya kasar-kasar.

Bila kita pijak, kaki akan mudah tenggelam-tenggelam. Nak berjalan agak susahlah bagi yang berat badan melampau macam SR ni hahaha. Jadi, anak-anak tak dapat pergi jauh ke tengah. Sebab dalam untuk ketinggian diorang.

 

Tapi jangan kata anak-anak, SR dan zaimi yang dewasa ni pun tak berani sangat nak ke tengah. Sebab ombak dia agak besar dan tinggi, memang syok dipukul ombak tapi ada masa tercampak-campak jugak hahaha! Dan boat dia lalu dekat sangat dengan gigi air. Risau (risau sendiri) terkena bot-bot tu. 

Tak pelik bot boleh datang dekat dengan gigi air, sebab air dia dalam. Teringat masa beajar sejarah dulu, kapal boleh berlabuh di Melaka sebab lautnya dalam. Hahaha! Terkenang zaman sekolah!



Bukan selalu boleh tengok matahari terbenam, jadi masa tu kami tunggulah di pantai tunggu matahari terbenam. Anak-anak pun teruja lah tengok sunset. Sebab jarang kan nak dapat tengok.





Malamnya lepas siap solat maghrib, masing-masing dah kelaparan. Terus kami jalan kaki aje dari Chalet Kampong Pinang Sebatang tu ke Restoran Selera Bayu. Tak jauh pun, dalam 5 minit aje berjalan.

Makan makanan berasaskan seafood di Restoran Selera Bayu

Orang agak ramai, makanan pun tak cepat sangat siapnya. Kalau kedai ni bertanding dari segi rasa dengan Wak Lan Bayu Malam di Bagan Lalang, kalahlah sikit. Tapi overall makanan lain macam nasi goreng dia sedap dan mengenyangkan. Harga pun tak mahal, itu yang best.

Pilih seafood


Kami ambil pun tak banyak. Sotong tu tak ada yang kecil. Ada yang besar aje. Bila dah siap, alamak ai punyalah liat. Adam siap tercekik. Alhamdulillah tak jadi apa-apa insiden sebab zaimi berjaya suruh adam keluarkan sotong dalam mulut dia. Rasanya sedaplah. Udang butter dia pula sangat-sangat sedap! Sampai tak cukup kami berlima makan tau!

Ikan bakar kami tak ambil kali ni. Sebab anak-anak nak makan nasi goreng. Kami pun join sekali makan nasi goreng. Next time bolehlah cuba ikan. Insyaallah. Sebab tengok hampir semua meja order ikan.


Amir memang suka pose pelik-pelik kalau bergambar, rasa nak debik.




Gambar makanan?

Tak ambil. Hahaha. Sebab lapar dan lupa dan malas. 

Esoknya sambung lagi mandi laut di sebelah pagi pula. Kali ini SR tak join. Hanya duduk sahaja healing di tepi pantai. Best bila muka ditiup bayu laut ni kan. Tenang dan damai. Lupa sekejap dekat kerja yang berlambak di pejabat.


Dekat kan bot di belakang tu?


Itu sajalah cerita kami di Pengkalan Balak, Melaka. Selepas check out, kami pergi makan tengahari di Kedai Makan Pak Akob. Makan asam pedas. Perghhh syahdu dan menusuk kalbu betul dia punya sedap!


Sedap ya amat!
SR lupalah dia depan pantai apa, tapi pantai yang ramaaaaaaaaaai sangat-sangat orang memancing sambil berdiri beramai-ramai dekat pantai dengan joran panjang-panjang tu. Lokasi kedai sebelah kedai makan Vietnam Halal. Kedai kecil aje, orang ramailah juga, tapi sedap!

Yums! SR masih terkenang-kenang kesedapannya!

Seterusnya kami meneruskan perjalanan selepas perut dah kenyang. Cuba teka kami ke mana. Klu ada di gambar bawah hehehe...


Post a Comment

14 Comments

  1. Wak pun suka berkhelah kat pengkalan balak ni.
    Lautnya tenang dan landai.
    Cuma makanannya mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan wak, walau macam terbalik sikit pengalaman kita 😆

      Delete
  2. Lama tak merasa pergi pantai...dah bertahun tak pi

    ReplyDelete
  3. SR punya cerita ni buat akk terpengaruh hikhik... Rasa nak juga mandi pantai di PB ni. Belum pernah sampai sini...

    ReplyDelete
  4. wahh seronoknya berpicnic...

    ReplyDelete
  5. Dekat Pengkalan Balak tu ada Port yang tak ramai orang. Saya dan keluarga biasa ke sana cari remis.. Banyak remis di sana..

    ReplyDelete
  6. Cuma satu je kat sini..kena banyakkan tempat mandi dan tandas awam..ada yang uzur tandasnya pun ye...SAa suka katt sini sebab pemandangan dia..x banyak khemah macam kat teluk kemang kan...nanti nak bawak la abg si Batman tu pi sini...

    ReplyDelete
  7. wah... SR punye cerita membuatkan kita terjebak..kne pegi jugak, utk habiskan sisa2 di Melaka...lepas nie x taw nk dtg bila lagi...tp semenjak anak2 dah taw ad pantai cetek...kat Tg Biru, PD.. mmg depe request itu je..hahaha...sebab boleh smpai ke tengah..ibu pun x risau sgt..

    ReplyDelete
  8. Wahhh, lain kali nak la menginap sama chalet ngan SR stay ni. Selalu stay kat bandaraya jer sbb tak brp confident nak stay area laut, ingatkan lautnya tak boleh mandi. Nanti kita cari asam pedas Pak Akob tu sekali.

    ReplyDelete
  9. bestnya boleh mandi manda kt pantai, tak ramai orang lak ye SR.

    ReplyDelete
  10. Mesti sampai kecut jari budak2 tu!

    ReplyDelete
  11. Meriahnya pengkalan balak. Pantai dia bersih nampaknya. Risau juga tu kalau curam dan ombak besar. Kena berhati hati juga tu kan. Cantik gambar-gambar yang ditangkap. Pengalaman yang menarik dan best. Kita pulak macam teringin juga nak ke sini.

    ReplyDelete
  12. Wah.. enjoy.. Lama tak mandi laut.. Aritu nak mandi sungai tapi risau ujan kan..
    Lama tak terjah Melaka.. Syok juga sesekali gi..

    ReplyDelete
  13. wah sesekali healing tepi pantai,mandi laut mmg layan...akak kalau pi pantai, tak mandi duk lepak je kat tepi main di gigi-gigi air..hehe...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.