Top 100 Resepi Makanan Bayi 6 - 12 bulan

Hemoih hemoih...


Lama sungguh aku tak blog.
Sibuk la..
Last few weeks student final exam.
Kelam kabut lah buat carry mark, jaga exam, tanda kertas exam semua.. bla bla bla..

Balik rumah memang tak lah kan nak bukak laptop ke apa..
Tak larat kot.. dengan nak mengurus si kecik tu lagi.. urus rumah.. basuh sidai lipat baju..
Sapu rumah serba sikit.. layan bapak si kecik lagi..hahah..

Eh.. layan sembang pun kira layan apa.. hiks..

Zaimi memang lagi kesian lah..
kod dia tarikh exam memang dah hujung2..
nak balik Kota Bharu untuk raya haji memang tak sempat lah kan..
Jadi untuk pertama kalinya zaimi tak raya haji dengan family dia..
rezeki aku kot nak raya haji dengan mak abah dekat semenyih.. yea!

Harini rabu pergi kampus.. mak oi punyalah lengang.
Lengang yang gila2 punya, sampai kau nak parking kat petak mana pun kau boleh pilih.. hahah..
memang mood kerja pun tak berapa mari.. sebab nak update file ni memang memerlukan iltizam yang tinggi.. cewah bahasa :P


Cek nuffnang, tengok2 ada 6 CPUV.. alhamdulillah..
rezeki anak..haha..

Eh apa yang aku dah kelaut dah ni, tajuk yo yo aw je top 100 baby food recipes..

Actually hari jumaat haritu aku ada order buku dari MPHOnline..
Sejak Adam dah masuk 6 bulan ni, seronok pulak tengok dia makan cerelac tu..
Lepas tu nak try lah bagi puree..
sajalah beli buku recipe ni.. penulis dia Christine Bailey..
Aku beli online je suruh pos kat kampus.. nak pergi ke MPH tu tah bila..

Jadi harini buku tu dah sampai.. weeeee!

Best weh!
AKu teruja kot!
Tak sabar nak try bagi adam makan recipe2 ni..
Dia memang buku resepi untuk budak 6 hingga 12 bulan..
Easy purees & first food for 6-12 months gitu..

Menariknya sebab, selain bahan-bahan dan gambar-gambar, dia ada letak jugak waktu preparation dengan waktu cook.. dan ada info2 mengenai makanan mana harus bagi, makanan mana patut avoid.. which is for me very good sebab aku kan ibu baru.. hahah..

Harapnya aku rajin lah nak steam bagai tu.. :D



Buku yang ada gambar cili tu?
Bukan.. buku seratus resepi makanan bayi tu yang kuning tu.. yang besar ada gambar cili tu buku masakan orang dewasa.. hahaha..

Konsep dia sama je dua buku ni.. ada jugak waktu prepare dengan waktu masak tu..

Dan sekali lagi harapnya aku rajin lah nak masak hahahaha

AT least esok Adam dah besar, dah pergi kolej ke apa.. ada jugak masakan mak dia ni yang dia rindu..ewah!

Dan kalau tetiba jadi semakin terer di dapur.. bolehlah masuk masterchef..

Ok itu over.


Em sunyi gila kampus.. rasa rindu kat adam menyucuk2 jiwa..huhuuuu


p/s: Actually rasa semangat nak masak sebab nak masuk rumah baru.. harap dapat masuk sebelum tahun depan :D

p/s/s: Updated Mei 2014. Aku baru perasan, entry aku ni dapat hit sampai 8000++.

Aku rasa bersalah pulak dekat mereka-mereka yang masuk blog aku, sekali takde pun aku letak resepi, sebab actually aku nak cerita pasal aku beli buku T_T

Jadi, marilah aku senaraikan link ke blog/wesite lain, yang ada berkongsi resepi, in a proper way.
Macam aku ni, aku masak untuk adam, tapi aku tak cerita detail buat masa ni. So, korang boleh try link bawah ni, untuk resepi-resepi makanan bayi untuk anak korang yang super comel tu!


1) Keluarga Baru.com (Resepi Bayi 6-8 Bulan Yang Terbaik)
2) Facebook Page Resepi Makanan Bayi (Ada Fritata semua..wuhooo!)
3) Mama Mujahidah (Yang ni memang awesome!)
4) Azizul Athiah Amna (yang ni ada tips sekali kalau anak susak makan)
5) Ustazah Pilihan Fairuz (ada resepi spageti lagi uolls)
6) Cooking Light (yang ni dalam english, tapi menarik!)

Post a Comment

0 Comments