Kemalangan Bukit Putus

Semalam dalam perjalanan pergi campur, nampak ada saga remuk teruk, dan myvi hangus kat tepi jalan..



Serius scary..

Jalan Bukit putus Ulu Bendul ni semua memang bahaya..

Jalan 1 lorong je dari Pekan Pilah, jadi bila dah masuk area depan Ulu Bendul ramai orang akan start pecut. Dari arah Seremban pulak orang memang akan sentiasa laju je bawak kereta dekat jambatan Bukit Putus tu..

Nauzubillah.. mohon dijauhkan dari kami anak beranak..
Kitorang dahlah memang akan lalu jalan tu 5 hari seminggu pergi balik kerja..
Bawak Adam sekali ye..
Sebab adam kitorang letak dekat pengasuh dekat Pilah je..
Alang-alang sebab dua2 kerja pilah kan..

Haishh..

Memang tak suka tengok eksiden-eksiden ni..

Berita penuh meh aku tempekkan..
-Sumber-

KUALA PILAH: Empat orang termasuk pemandu dan penumpang tiga kenderaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat parah selepas terbabit nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu, Mohd Wasan Ismail, 22, dari arah Seremban memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah.
Sumber berkata, akibat pertembungan yang kuat, Perodua Myvi dinaiki Mazira Ishak, 25, dan tunangnya, Izwan Yusof, 27, terbalik beberapa kali lalu terbakar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Myvi berjaya diselamatkan orang ramai," katanya.


Sementara itu, sebuah kereta Naza Citra dipandu, Khairul Izhar Razali, 21, yang mengekori Perodua Myvi turut terbabas ke dalam parit kerana cuba mengelak dari bertembung.

Dalam perkembangan sama, sepasukan dua pegawai dan 12 anggota bomba bersama dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat mangsa.


p/s: berhati-hatilah di jalan raya~