Pages

Search This Blog

Showing posts with label kemalangan. Show all posts
Showing posts with label kemalangan. Show all posts

Monday, August 25, 2014

Mood Ke Laut

Takda mood lah nak blogging.
Hati sedih pasal MH17 kot.

Sangat-sangat sedih bila tengok gambar Abderrahman. Anak co-pilot Ahmad Hakimi tu masa kawan ayah dia dukung dia, masa solat jenazah anak dia.

:(

Nanti-nantilah update..

:(

Tuesday, August 19, 2014

Lori terbalik

Ya Allah..

Aku ni betul-betul memerlukan motivasi.
Aku takde mood seminggu dua ni.

-_-"

Oh by the way, pagi tadi on the way pergi kerja, ada lori terbalik pulak kat Pilah ni..
Terpaksa lah aku dengan zaimi lalu ikut Sawah Lebar nak ke Beting..





Hopefully tak adalah yang maut ke parah ke..

Takziah..


Saturday, November 16, 2013

Bayar Zakat Pendapatan Secara Potongan Gaji



Harini aku nak share cara macam mana nak melunaskan zakat pendapatan melalui potongan gaji.
Ye lah, sama macam aku, 'rajin' lah sangat nak pergi kaunter pusat zakat tu kan?
hahaha..

Tapi ini untuk mereka yang bekerja kat Negeri Sembilan lah..
Sebab ini link untuk Zakat Negeri Sembilan.
Maybe sama kot prosedurnya, tak pasti lak.
Tapi bolehlah korang nak try kan.

Makanya, jom lah kita online sajo..
dari kira berapa banyak zakat nak kena bayar, samada bulanan atau tahunan, dan niat zakat sekali!
Semua boleh buat sambil tidak perlu mengangkat punggung anda yang sayang nak tinggalkan kerusi ofis itu sebab anda adalah seorang yang sangat suka melepap surf internet workaholic!

Yuk kita tengok cara-caranya! yuk!

Mula-mula sekali, apa yang anda perlukan adalah sebuah komputer @ laptop.
Dan pastikan ada capaian internet ye.
Ok, dekat search bar kat atas tu, masukkan http://www.zakatns.com.my/
Tak pun lepas habis baca ni, klik je dekat link yang aku letak tu.

Lepas tu akan keluar macam ni:



Ohoi silalah abaikan tab tab yang ada dekat window aku tu..haha

Lepas tu, mula-mula sekali elok korang kira dulu, adakah perlu bayar zakat atau tidak?
Kalau perlu, berapa?
Kan?
Kenalah tau benda benda tu dulu.
Klik dekat KALKULATOR yang ada dekat kotak belah kiri tu, sebelah SISTEM.
Nanti akan keluar macam ni:


Jadi, seperti kat arrow tu, korang pilih Kaedah B - Pendapatan Bersih.
Nanti akan keluar kotak-kotak macam kat atas tu, then isi.
Eloknya masa isi tu silalah refer kepada slip gaji.
Bukan apa, karang tersalah isi lari pulak jumlah tu, dah macam mana pulak status zakat kita ye dak?
So isi yang kotak purple.

Untuk ruang isteri dan anak IPT @ anak tidak IPT tu, suami saja yang isi ye.
Isteri tak perlu isi bahagian tu.


Ini contoh selepas isi.
Semua data tu adalah rekaan aku sajo ye..
Just nak bagi keluar figure je.
Nak isi data gaji aku, malu lah pulak kan.
Iyelah, golongan makan gaji ni, besar mana je gaji kan.. keh keh keh..

Lepas dah isi semua, nanti klik kat kotak Kira Zakat.
Lepas tu, akan keluarlah makluman macam arrow aku tanda 1 tu.
Dia akan mention berapa perlu dizakat setahun, dan kalau nak buat potongan gaji, macam mana dan berapa nilainya.
So, lepas tu *berapa banyak lepas tu daaa*
Macam kat arrow aku tanda 2 tu, klik kat tab BORANG SPZB.
Nanti akan terbukak tab baru, nampak macam ni..


Isilah kotak-kotak kuning tu.
Masukkan jugak nama dan alamat majikan korang.
Jangan lupa jugak masa isi tu, baca niat membayar zakat tu tau!
Klik setuju, dan klik Hantar Borang Potongan Gaji.

Nanti pihak Pusat Zakat akan contact majikan, dan proceed apa yang patut.
Kita cuma tunggu je, ada apa-apa nanti diorang akan maklumkan kepada kita.
Gitu.


Ok?
Faham semua?

hik hik hik..

p/s: Selamat membayar zakat!

Friday, October 18, 2013

Kemalangan Bukit Putus

Semalam dalam perjalanan pergi campur, nampak ada saga remuk teruk, dan myvi hangus kat tepi jalan..



Serius scary..

Jalan Bukit putus Ulu Bendul ni semua memang bahaya..

Jalan 1 lorong je dari Pekan Pilah, jadi bila dah masuk area depan Ulu Bendul ramai orang akan start pecut. Dari arah Seremban pulak orang memang akan sentiasa laju je bawak kereta dekat jambatan Bukit Putus tu..

Nauzubillah.. mohon dijauhkan dari kami anak beranak..
Kitorang dahlah memang akan lalu jalan tu 5 hari seminggu pergi balik kerja..
Bawak Adam sekali ye..
Sebab adam kitorang letak dekat pengasuh dekat Pilah je..
Alang-alang sebab dua2 kerja pilah kan..

Haishh..

Memang tak suka tengok eksiden-eksiden ni..

Berita penuh meh aku tempekkan..
-Sumber-

KUALA PILAH: Empat orang termasuk pemandu dan penumpang tiga kenderaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat parah selepas terbabit nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu, Mohd Wasan Ismail, 22, dari arah Seremban memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah.
Sumber berkata, akibat pertembungan yang kuat, Perodua Myvi dinaiki Mazira Ishak, 25, dan tunangnya, Izwan Yusof, 27, terbalik beberapa kali lalu terbakar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Myvi berjaya diselamatkan orang ramai," katanya.


Sementara itu, sebuah kereta Naza Citra dipandu, Khairul Izhar Razali, 21, yang mengekori Perodua Myvi turut terbabas ke dalam parit kerana cuba mengelak dari bertembung.

Dalam perkembangan sama, sepasukan dua pegawai dan 12 anggota bomba bersama dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat mangsa.


p/s: berhati-hatilah di jalan raya~

Monday, July 22, 2013

Takziah buat keluarga Nawal Iris Samsudin

Ya Allah.. terkejut sangat bila dengar berita seorang kanak-kanak maut selepas tertinggal dalam kereta selama enam jam.

Serius. Speechless.



Kalau diikutkan, ibu manalah yang tergamak sesaja nak biar anak kepanasan dalam kereta.
Ini adalah takdir Allah.

Kepada yang belum tau mengenai adik Nawal Iris, di sini aku share kan beritanya:

Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini semalam.

Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui oleh ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan kesemua tingkap ditutup dan enjin dimatikan sejak pukul 11 pagi sebelum ibunya kembali ke kereta itu pada pukul 5.30 petang.

Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang guru terlupa mengenai anak bongsunya yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ke sekolah, wanita itu menghantar adiknya ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

“Setelah habis tugasan si ibu pergi ke kereta pada 5.30 petang dan terkejut melihat muka Nawal Iris kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Yahaya berkata menyedari keadaan anaknya yang tidak bergerak, wanita berkenaan segera membawa anaknya ke klinik swasta berdekatan di USJ4, Subang Jaya, di sini dan doktor mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata laporan bedah siasat oleh Hospital Serdang yang diperoleh tengah hari ini mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana ‘heat stroke’. Sementara itu, tinjauan Bernama di Hospital Serdang mendapati suasana pilu menyelubungi bilik mayat apabila lebih 30 ahli keluarga kanak-kanak itu hadir menunggu proses bedah siasat selesai. Ibu kanak-kanak itu yang menangis teresak-esak serta ahli keluarganya enggan ditemu bual wartawan. Polis mengesahkan jenazah kanak-kanak itu dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, di sini, hari ini. – Bernama, 19 Julai, 2013.

Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan Adam Zuhairi kepada aku. Jauhkanlah aku dan keluargaku dari musibah yang tragis dan menyayat hati ni.

p/s: Adam Zuhairi dah banyak akal..asyik nak masukkan tangan dalam mulut je. Bukan satu jari ye, semua jari!!

Adam Zuhairi agugu agugu..

Wednesday, February 6, 2013

Nenek 74 Tahun Terbabas Masuk Longkang

Kesian sungguh nenek ni.
Elok-elok bawak kancil, drive sendiri pulak tu, tup tup sedar-sedar dia ada dalam longkang besar punya!

 


“Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak,” katanya.

Kejadian yang berlaku dekat Perak ni berakhir tanpa sebarang kecederaan dekat nenek tu. Terima kasih jugak dekat orang ramai yang tolong tarik warga emas tu ke atas.

Kalau tengok dari kereta dia pun, macam tak ada kerosakan teruk sangat. Nasib baik.



p/s: Kalau aku mesti dah panik gila sampai menjerit-jerit kot, nak -nak lagi dalam keadaan yang hormon tak berapa nak betul ni. hua hua..



Friday, January 25, 2013

Kemalangan maut sebelum Jambatan Bukit Putus

Pagi tadi terjaga dalam pukul 5.45 pagi macam tu, dengar hujan tengah menderu-deru kat luar.
Tuhan ajelah yang tau betapa beratnya badan nak bangun dari katil kan.. tambah pulak semalam baik punya cuti..pheww..

Ingat hari ni pun nak cuti jugak, tapi bila fikir-fikir balik, ah pergi aje lah kerja.
Walaupun tak ada kelas, gagahkan jugaklah.. At least dapat jimat cuti sehari.

Bersiap apa semua, dalam pukul 7.15am macam tu kitorang pun gerak. Hujan masih berbaki, rintik-rintik je walaupun tak lebat mana. Tapi sementara aku tunggu laki aku undur kereta keluar dari porch, lembab lah jugak baju aku. Oh itu memang kebodohan sendiri. Dah tau hujan, pergi dengan naifnya berdiri kat tepi pagar. Haha. Padahal apalah salahnya aku tunggu je bawah bumbung, dia dah undur semua baru aku keluar kan? Ampunkan aje lah diri sendiri. Memang sejak pregnant ni aku ada syndrom akal tak panjang. Kui3..

Kereta memang banyak dari biasa la. Nak keluar dekat simpang traffic light taman perumahan pun lama dari biasa. Kitorang fikir sebab hujan kot. Jadi yang selalunya naik motor tu, hari ni naik kereta. Takpelah, lampu hijau. Teruskan perjalanan.

Sampai je kat Petronas sebelum Bukit Putus tu, dah perasan dah kereta macam banyak dan a bit slow.
Makin dekat, nampak ada orang ramai ramai berdiri tepi-tepi jalan. Dah terdetik dah dalam hati, ada eksiden ke apa ni?

Gambar hiasan pinjam dari blog orang


Lagi dekat, tiba-tiba nampak ada trak polis, dan ada benda-benda berterabur atas bahu jalan. Ah sudah.

"Selalunya kalau tak ada ambulance, tapi kalau ada trak polis je ni, ada orang mati ni"

Dengan yakin aku cakap kat laki aku, sambil aku jengah-jengah ke tingkap sebelah laki aku.
Sekali amek kau, nampak sekujur tubuh terbaring dah berselimut plastik hitam.

Gulp!

Menyesal jengah. Serius.

Memang aku pandai-pandai keluarkan teori tadi, tapi sebenarnya aku tak pernah pulak nampak mayat terkujur macam tu secara live sebelum ni. -_-"

Dah ketar satu badan. Sendiri tengok, sendiri seram, sendiri takut, sendiri gelisah tak tentu pasal.

"Siapa suruh kau tengok?"

Sekali kena sindir dengan laki aku daa.. aiyak.

Punya cuak, aku cuma sempat nampak motor yang remuk, dengan kereta yang bahagian depan dia teruk hancur. Cap apa motor dengan kereta tu, aku tak perasan dah.

Jalan Bukit Putus tu memang legend dengan kemalangan. Nauzubillah..
Mintak dijauhkan dari kita semua. Aku memang nak tak nak pergi balik kerja lalu situ. Dia jenis jambatan merentas bukit, dua lorong pulak tu.

Kalau dari Pilah, sementara nak sampai Bukit Putus tu, jalan dahla sempit ya amat. Selorong pulak. Belok-belok pulak. Lori lagi -_-".

Jadi selalunya orang akan menghilangkan bengang di dada masing-masing dengan pecut kat Bukit Putus tu. Kitorang pun pernah nyaris kena langgar dari arah depan sebab ada kereta bahlul memotong kat selekoh. Nasib baik tak kena apa-apa.

Jadi berhati-hatilah ye semua..
Nama tempat dia pun dah seram dah..
Take care. Drive safely. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah orang lain pun ada orang yang sayang diorang. Jangan selfish di jalanraya.

p/s: Ketarnya sekejap je, sampai Pilah Perdana baik punya kayuh nasik lemak..hee. Anyway takziah kepada keluarga mangsa.

Monday, May 23, 2011

Bersediakah Untuk Hidup Dalam Tanah?

Sang Pencuri Hati memetik kata-kata indah;


Rumah yang kecil memadai, kerana kita tidur hanya dalam 1 bilik,
Kereta apa pun tidak mengapa, sampai juga ke destinasi jika di pandu.
Bersederhanalah, wang yang banyak hanya boleh dibawa bersama ke kubur dalam bentuk jariah..


Benar wahai Sang Pencuri Hatiku..
Inilah cara kau terus mencuri hati aku, dengan akal kau.
Dengan cara kau.
Kau tak perlu menjadi romantis seperti Jehan Miskin untuk terus ada dalam hati aku kan?

Apekah yang aku repek kan ni?

Hmm..

Berita tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Hulu Langat itu sedikit sebanyak membuatkan akal aku tersentuh, hati aku terusik..

Mungkin juga kerana juruhebah itu Aznil Hj Nawawi, 
aku menangis ketika memandu ke tempat pencarian rezeki pagi tadi.
Aku kasihan, aku takut!

Semalam Buletin Utama, bersusun jenazah di atur dalam liang lahad,
aku tengok, aku fikir, aku sebak, aku takut.

Ya aku takut bila mengenang suatu ketika nanti,
aku juga akan di letak dalam liang lahad.
Macam tu lah, macam tu beb!

Aku akan dipusingkan mengadap kiblat, muka aku akan ditekap dengan tanah.
Aku dah tak boleh bergerak, aku tak mampu tepis tanah tu.
Kemudian, aku akan ditimbus.
Duduklah aku dalam 'rumah' aku tu sorang-sorang, sampai kiamat.
Hanya ada 1 fesyen pakaian.
Tiada henfon, tiada laptop, tiada mak abah, tiada..
Semua tak ada.
Hanya ada aku dan encik-encik pengurai.
Mungkinkah aku akan disiksa dalam kubur?
Mungkin.. Jika masa aku sampai jika aku tak sempat bertaubat?
Astarghfirullah..

:((


Bersediakah aku untuk kaku didalam tanah begitu?

Hidup ini, sempatkah aku nak lihat aku yang berkedut-kedut dalam cermin?
Sempatkah aku rasa penatnya berjalan terbongkok-bongkok sebagai Warga Emas?
Ke masa muda dah Shut Down?

Jika diberi pilihan, haruslah aku nak pergi dalam keadaan sempurna jasad dan amal aku..
Ya Allah.. 

Hmmm..

*Al-Fatihah untuk semua mangsa tragedi tanah runtuh itu..*

Friday, January 21, 2011

Pelajar UiTM Parah Jatuh Bukit Broga

Gulp!
Seriaunya rasa bila baca berita ni dekat Berita Harian Online tadi.


Seorang pelajar UiTM Shah Alam cedera parah apabila tergelincir ketika mendaki Bukit Broga, dia terjatuh dari ketinggian 50 meter dan mengalami kecederaan serius tulang belakang.

Dan lagi, pelajar yang berasal dari Semenyih itu juga dipercayai sedang mendaki seorang diri pada pagi itu. Wah gila berani kau dik! Kau panjat Bukit Broga tu sorang-sorang? Lain kali jangan buat lagi tau.

Huhu..
Berita ni membuatkan lagilah aku tak mau pergi panjat Bukit Broga yang terletak hanya 10 minit je jaraknya dari rumah aku ni.. Oh ya, rumah aku dekat je dengan Bukit Broga ni, hari-hari aku boleh tengok bukit yang dari jauh nampak macam botak ni..hehe..

Tapi sekali pun aku tak pernah panjat bukit ni..
Sekadar tengok ajelah..

Bukan apa, aku takut nak panjat sebab orang kata Bukit Broga tu licin..hehe
Tengoklah kalau dah sampai seru aku untuk panjat nanti aku panjatlah..
heee...


ps: semoga adik  Norhanani Shahim lekas sembuh ya ~

Wednesday, August 25, 2010

Lagi Pelajar Maut Jatuh dari Tingkat 4 Kolej Pendeta Za'ba

OK berita ni sangat mengejutkan..
Bagi aku lah..


Aku copy paste dari Harian Metro, korang baca ye..


KAJANG: Seorang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama Kolej Pendeta Za'ba di kampus itu di Bangi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, San Zhong Jai, 21, ditemui mati di tingkat bawah bangunan terbabit oleh rakannya sebelum dimaklumkan kepada pihak pengurusan universiti dan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian sebenar.


“Siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari tingkat empat bangunan itu tanpa disedari sesiapa. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa bunuh diri atau sebaliknya.


“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut dan kami menunggu laporan bedah siasat,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.


Err..  kenapa terjadi lagi?
AKu pernah menginap dekat asrama tu selama 1 semester..
Memang struktur bangunan dia agak tinggi, kalau naik tangga memang tercungap-cungap..
Dahlah berbukit2..

Tapi bukan bermaksud sesuai untuk bunuh diri kot?
Masalahnya, bunuh diri ke ye?

Ish takut lah pulak.. Sebab perkara ni dah dua kali terjadi..

ps: dimanakah salahnya?

Thursday, June 3, 2010

Murid Maut Makan Gam?

Hello Semua..

Wah, terkejut aku baca Metro harini.. Seorang murid sekolah di Alor Setar maut setelah memakan gam!
Kawan dia nak gurau-gurau dengan dia, kawan dia kata gam tu jeli, lepas kawan dia bagi je, terus dia makan..



Namun, dia dipercayai mati bukan sebab gam tu. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun memberitahu laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalam selaput otak.
“Mangsa turut menghidap asma dan hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam selaput otak. Punca kematian mangsa tiada kena mengena dengan gam gel berkenaan,” katanya. Katanya, penyakit itu mungkin sudah lama dihidapi mangsa dan hanya menunggu masa untuk menyebabkan kematiannya-Harian Metro.

Kiranya, gam tu macam penyebab kematian dia ajelah.. Mesti kawan dia  trauma kan? Walaupun orang tak kata dia yang bunuh kawan dia, tapi seolah-olah dia penyebab..

Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, mak aku selalu pesan, jangan bergurau lebih2, nanti nangis..
Itulah, benda dah nak jadi nak buat macam mana, tapi nasihatkanlah adik-adik/anak-anak supaya jangan buat perkara yang bukan-bukan kat kawan-kawan..

ps: teringat pulak, dulu ada kes budak mulut jadi bengkak sebab kawan dia letak air kencing dalam botol air dia..

Sunday, April 18, 2010

Kemalangan Maut Achik Spin




Sekali lagi aku terkejut hari ini.. 
Achik, vokalis kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 90-an dan awal 2000,
telah pulang mengadap Pencipta pada petang ini [17/4/2010]..

Menurut laporan yang aku tengok di Berita Awani Channel 501 Astro,
Achik dikatakan terlibat dalam nahas ngeri di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)..
Beliau maut di tempat kejadian..

Hmm..muda lagi.. baru berusia 28 tahun..
LEKAS tu pulak memang kawasan yang sangat lengang sebenarnya..
Video insiden kemalangan Achik Spin itu juga telah dirakam oleh seseorang yang kebetulan lalu disitu..
Nampak la kereta terbakar dekat papan tanda..
Gambar2 pula boleh dilihat disini..
Sumber link semua dari rakan2 Twitter..

Semoga Arwah Achik tenang disana..
Al-Fatihah..

ps: berhati-hatilah di jalanraya~

Monday, December 7, 2009

Halo halo halo!

Ermm.. saje nyanyi lagu Beyonce sket..hahahaha!

Sekarang, wat mase ini, aku leh tersenyum!


sebab thesis aku dah leh submit esok..
yea!



tp esok jugak Zaimi akan balik ke KB..

:((

jadi aku mcm takde mood sket nak hapdet..
nasib la dah ade video kol kan..
windu2 leh gak nmpak muka..

neway, cayang aku ni dah brubah url blog beliau..
sila lah kunjunginya disini!
kunjung je, jangan ngorat lak..ahaks!

ps: Al-Fatihah kepada mangsa2 yang dihimpap kereta di KB Mall..
ps+: bangangnye dak2 yang ambil kesempatan mencurik mase insiden KBMall tu..

Saturday, July 11, 2009

Bangla ke??

kejadian ini adalah kejadian kisah benar yang berlaku mase aku isi minyak kereta kat stesyen minyak Petronas Semenyih lebih kurang kul 10.30 pagi tadi..
kejadian yang buat aku asik teringat..
cerita bermula apabila sesampainye aku kat pekan semenyih [aku nak balik umah],
tetibe aku ternotice yang minyak aku dah tahap oren.. bagi sebuah kereta kancil model EX850, bila simbol oren itu menyala, beerti aku harus refill minyak aku..kereta lain aku tak tau ye, maaf..
pastu, aku masuk la stsyen minyak tu.. alamak ai.. penuh lak..
aku pun beraturkan lah Wukepi ku.. [wukepi itu name kancil aku, derive from WKP]..
lebih kurang 2 minit beratur.. aku pun sempat la memandang pada lelaki yang sedang isi minyak kereta kat depan..
kereta dia jenis Pajero kot.. lame aku tunggu, mungkin dia isi minyak penuh kot?
pastu brader tu macam perasan yang aku tengok dia isi minyak, dia pun senyum kat aku.. aku senyum la balik, tak luak pun.. haha..
pastu, pas je nozzle minyak dia letak, pajero tu gerak.. parking kat tepi tempat isi angin..
isi angin la plak kot..
maka aku pun masuk la kat tempat pajero tadi.. brader tadi masih duk tercegat kat tepi pam tu duk sengih2 ala2 bangla tengah tunggu orang suh dia isikan minyak..
pastu aku pun nak la gi bayar duit minyak tu kat kaunter.. brader tu duk tengok2 sengeh2..
lantas aku pun secara refleknye berpikir,
"Oh ni pekerja baru agaknye, bangla ni tak dapat uniform lagik.."
aku pun dah nmpak dia macam sukerela je nak tolong aku, aku pun berbunyik..
"Bayar kat U je leh kan?", sambil menghulur note rm10.. [aku xde duit, rm10 pun jadila kan..]
dia pun menjwab..
"boley", sambil tersenyum menyambut note rm10 tu..
aku pun tengok la dia duk berjalan ke depan tu nak gi bayar.. aku tunggu la kat tepi pam sambil tangan dah sdia nak angkat nozzle..
pas dia bayar, aku tengok dia jalan gi kat pajero tadi..
sempat jugak dia senyum kat aku, dia naik pajero tu dan pajero tu pun bergerak meninggalkan stesyen Petronas tu..
erkk??
aku terkesima..
aku ingatkan bangla baru kerja..haha!
tak pasal2 je..
aku tak tahan gile nak gelak! bleh lak aku jadi boss suh orang bayar kan kat depan..hahahahah!
nasib ko ler brader..
kepada lelaki, jangan mengorat di stesyen minyak,
nnti org ingat anda pekerja baru..
worst, org ingat anda bangla/myanmar..hahahahah!
ps: brader, kalau lou bace blog gua, gua nak mintak maaf ye..
lu nmpak cam hero hindustan..sbb tu gua ingat lu bangla..
sorry!!!!

Sunday, April 12, 2009

Ada Mission!

Maybe aku tak bagitau, aku balik rumah di semenyih sekarang. Sebab? Hujung minggu, nak amek duit poket..haha! Tapi, tetibe mak abah ngan nenek aku kene gi langkawi.. Bercuti? Bukan lah...adik bongsu mak aku, yakni Ucu aku duduk kat sane.. Keje sane.. Tetibe aritu dia eksiden...thantuk dahi kat stereng.. Sekarang ade darah beku, kene operate la untuk buang..


serius aku cakap, aku sangat risau.. Tapi aku tak boleh pergi langkawi.. aku ade banyak sangat keja.. aku doa dari jauh je la..

Jadi, bila dorg dah gi sane, nak tak nak aku kene la menjaga adikku nana dan rumah dan elin dan ikan2 dan burung dirumah...adoi!!

Tapi aku nak wat keje? Jadi terpkse la mngorbankan diri.. Untuk semuanya teraccomplish..haha!

Seawal pagi aku dah tarik kain2 yang sidai bawah bumbung keluar...bagi kene panas.. PAstu basuh lagi seround.. pakai mesin la..bukan tangan..huhu.. pastu gi bagi ikan2 makan.. pastu campak nasik kat burung2...
sekang tgh tunggu kain dalam mesin siap, ngn yang kat luar kering.. Hopefully, dlm pukul 9.30, aku dah dapat bertolak ke UKM membawa NAna sekali..

Pastu, aku akan gi ke library dengan zaimi seketika.. Tepat kul 1.30 kang...kene siap2 untuk hantar nana ke kelas gitar dia lak sampai kul 3.. Balik asrama jap..Sambung wat keje sikit..

lepas magrib balik rumah..esok pagi lepas nana gi sekolah.. gi library lagi...pastu kul 6 gi jemput dia balik sekolah pulak..

Entah sempat siap ke tak la keje aku..
adoi...

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.