Pages

Search This Blog

Showing posts with label Seremban. Show all posts
Showing posts with label Seremban. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Contengan Pertama Adam | 4 Jun 2014

Alang-alang teringat ni saja lah nak abadikan memori yang satu ni..
Semalam pergi TESCO Seremban Jaya tu..
Belikan adam mainan yang macam papan conteng tu..

Actually pen papan tu takde dakwat pun, dia guna sistem magnet..
Hujung pen tu besi, so besi tu akan tarik serbuk magnet..

Ajarlah adam cara pegang pen, dan macam mana nak guna pen tu..
Mula-mula adam biasalah, semua dia nak masuk dalam mulut..

Lepas tu bila dah tau, asyiklah duk gesek kan pen tu kat papan putih tu..
hahaha

Excited pulak dia!


Ha tu lah hasil gese gesel pen kat papan putih tu..
Ok lah tu kan untuk budak setahun 2 bulan? hehe..


 Ha yang ni pulak muka bengang sebab pampers dah penuh..
Pistol tu kasi leka dia sementara kat atas trolley je..

:P


Friday, May 9, 2014

Adam dan Neneknya

Rabu haritu aku cuti, bawak mak pergi Tabung Haji.
Sebab apa?
Sebab.. nak tukar akaun kanak-kanak tabung haji aku jadi akaun dewasa..


Hahah!

Dulu masa kecik, mak yang bukakkan aku akaun tu, sekali tu, boleh pulak sampai umur aku dah tua bangka ni, lupa pulak nak tukar..

So haritu ada sedikit sosak, nak korek tabung haji lah, tup tup pergi kaunter, dia kata mak aku je yang boleh keluarkan duit tu, sebab belum tukar, so akaun ni milik mak. funnyyyyyy!!

So rabu tu pergilah tukar. Bawak adam sekali.
Mak oii beramah mesra budak tu dengan polis bantuan apa semua.
Kitorang pergi yang kat Terminal 1 Seremban je, dekat dengan rumah aku.
Pagi tu abah datang hantar mak.

Syok je rasa bila dapat keluar jalan-jalan pada tengah2 minggu, orang tak ramai, tenang je.
Mak belanja lah adam naik mainan ni, 50 sen sekali naik.
Tapi si adam dah letih beramah mesra tadi, muka masam je la sebab ketakutan benda tu gerak gerak.. haha




Tengoklah, mak aku elok je slim. Jeles.
huuu..

Lepas urusan tabung haji tu, terus ke TESCO Seremban Jaya tu jap..
Beli-beli barang rumah sikit, ajak mak makan semua..
Nikmat gila kot perasaan masa tu.
Indahnya.. orang kerja tapi kau cuti.. hahah..

Lepas tu balik lah, sampai rumah dalam pukul 2.45 camtu, ingat nak pergi servis kereta, tapi macam tak sempat lak. So, call klinik Sukhilmi, doktor ada.
Mak suruh pergi, bagi puas hati.
Baiklah.
Aku pun risau jugak..
Mak duduk rumah jap dengan adam, adam tidur keletihan..

Lepas check semua, aku balik, mak masak pulak untuk menantu kesayangan dia..huhu..
Dah kata emak kan, masak ikan goreng cili ngan kobis air pun sedap gilersss...

Malam tu zaimi ada futsal, abah pulak macam letih lagi sebab lepas hantar mak dia pergi teluk intan, makanya, aku bawaklah adam pergi semenyih malam tu hantar mak..

Sebelum pergi tu, terkekek-kekek kitorang gelak..
Mak ada bawak wagon baby yang baby guna untuk practise jalan tu, pinjam dari angah aku,
pagi tadi masa zaimi gi kerja, adam baru belek-belek je benda tu, bila ayah dia balik, baru dia nak try.
Keakar ok tengok adam terkengkang-kengkang tolak benda tu.. hahahah!


Hai lah adam..
Macam-macam..
Ni yang rasa rindu ni..

Cepatlah masa, aku pun sejak penyakit pelik ni ada, rasa taknak je duduk kat ofis ni..
Asik nak balik je..

Semoga aku pulih seperti dulu..

huuu...

Friday, October 18, 2013

Kemalangan Bukit Putus

Semalam dalam perjalanan pergi campur, nampak ada saga remuk teruk, dan myvi hangus kat tepi jalan..



Serius scary..

Jalan Bukit putus Ulu Bendul ni semua memang bahaya..

Jalan 1 lorong je dari Pekan Pilah, jadi bila dah masuk area depan Ulu Bendul ramai orang akan start pecut. Dari arah Seremban pulak orang memang akan sentiasa laju je bawak kereta dekat jambatan Bukit Putus tu..

Nauzubillah.. mohon dijauhkan dari kami anak beranak..
Kitorang dahlah memang akan lalu jalan tu 5 hari seminggu pergi balik kerja..
Bawak Adam sekali ye..
Sebab adam kitorang letak dekat pengasuh dekat Pilah je..
Alang-alang sebab dua2 kerja pilah kan..

Haishh..

Memang tak suka tengok eksiden-eksiden ni..

Berita penuh meh aku tempekkan..
-Sumber-

KUALA PILAH: Empat orang termasuk pemandu dan penumpang tiga kenderaan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat parah selepas terbabit nahas di Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat Bukit Putus, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan dipercayai berpunca apabila sebuah kereta Proton Saga BLM dipandu, Mohd Wasan Ismail, 22, dari arah Seremban memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dari arah Kuala Pilah.
Sumber berkata, akibat pertembungan yang kuat, Perodua Myvi dinaiki Mazira Ishak, 25, dan tunangnya, Izwan Yusof, 27, terbalik beberapa kali lalu terbakar.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Myvi berjaya diselamatkan orang ramai," katanya.


Sementara itu, sebuah kereta Naza Citra dipandu, Khairul Izhar Razali, 21, yang mengekori Perodua Myvi turut terbabas ke dalam parit kerana cuba mengelak dari bertembung.

Dalam perkembangan sama, sepasukan dua pegawai dan 12 anggota bomba bersama dua jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat mangsa.


p/s: berhati-hatilah di jalan raya~

Wednesday, August 28, 2013

IKLAN PENGAMBILAN PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN AKHIR SEPTEMBER 2013



Ada kekosongan kerja sementara dekat UiTM Negeri Sembilan ni.
Siapa yang tinggal area berdekatan Kuala Pilah, daripada duduk saja-saja kat rumah dan tak buat apa-apa tu bolehlah memohon kot?

Meh aku paste iklan yang aku dapat dari emel:

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Iklan pengambilan Pembantu Pengawas bagi Peperiksaan Akhir September 2013 (pra diploma & diploma) telah dibuka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ada dikalangan adik beradik / saudara / rakan kenalan tuan/puan berminat untuk memohon jawatan ini, boleh mendapatkan borang di  Pejabat Am HEA, UiTM Caw. Negeri Sembilan mulai 28 Ogos 2013 (Rabu).

Berikut merupakan antara syarat-syarat perlantikan  :

1. Warganegara Malaysia (Bumiputera) berumut 17 tahun keatas dan tidak melebihi 30 tahun.
2. Sihat tubuh badan dan komited dengan tugas diberikan.
3. Kelayakan minimum SPM atau tamat tingkatan 5
4. Pelajar UiTM/ bekas pelajar UiTM/ Staf UiTM tidak dibenarkan memohon
5. Kadar elaun RM 4.00 sejam
6. Taraf jawatan adalah sementara. (mengikut tempoh peperiksaan dari 25/09/2013 - 13/10/2013 )


Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 September 2013  (Khamis).

Terima kasih  
Nor Zakiahanim Zakaria              
Penolong Pendaftar
Unit Peperiksaan
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Negeri Sembilan
Tel:: (06) 4832113 / 2259 | Fax :: (06) 4842521/2273
Email ::
zakiahanim@ns.uitm.edu.my

Ok, bolehlah try kepada yang berminat..

p/s: meriah sungguh UiTM ni tadi sebab Pak Nil datang..hew hew hew..

Tuesday, March 26, 2013

Kenduri Di Kampung Jiboi

Eh lama pulak tak update blog.

Sebabnya:
1) malas. Haha
2) sibuk sikit menolong suami.
3) banyak agenda.

Agenda banyak start dari hari Jumaat, ada check up kat Hospital Putrajaya, maklumlah due untuk warded dah dekat kan..huhu

Lepas tu malam tu kitorang decide untuk tidur Semenyih. Hari Sabtu pulak masuk kampus jap, buat spring cleaning kat ofis encik zaimi..haha

Then esoknya, pergi kenduri officemate zaimi kahwin kat Kampung Jiboi, Seremban.
Semoga berbahagia kepada Fahrul dan Syida, selamat pengantin baru :)

Dahla, sampai sini dulu update. Mengantuk dah update pakai henfon ni. Daa..


 

Monday, June 1, 2009

Ayam ke pensel?

Hello readers!
Lame tak lap abuk kat blog ni, ermm.. actually aku plan nak citer hal2 kebahagiaan hidup aku..
hak hak..


kengkonon nak story sal aku gi makan2 ngan future sis in law aku kat Uptown Damansara tu..


tak pun aku ingat nak citer sal tadi kitorang gi dating kat Seremban..
NAMUN !!

kejadian malam ini telah menyebabkan mood aku nak crite sal kebahagiaan aku tercantas!
sebab pe?

ha..sebab kedai kat bawah ni..
tak nampak?
gambar blur?
ye la, aku tau aku takde kamera canggihs2 tu..
kamera tepon jer..

sign board tu bertulis,
TASIK CEMPAKA NASI LEMAK AYAM KAMPUNG..

Hmm..tak penah2 lak aku makan kat sini, tetibe malam ni tergelenyar lak nak makan kat situ..
sesampai nye kat situ, kitorang pun duduk,
ingat nk makan nasi lemak ayam la konon, rupenye mmg tol2 ade nasi lemak ayam kampung je..
okey la, order la..

harge dia.. nasi lemak biasa rm2, nasi lemak ayam kampung rm6.50..
wow..macam harge foodcourt!

maknenye ayam kampung dia seketul rm4.50..

sekali mase dia hantar encik nasik lemak tu, aku trkejut tgk encik ayam tu... (*_*)
ayam kecik halus macam pensel pun rm4.50 ke?
nasib baik aku tak tercakap dgn nada menjerit kat mamat yang antar nasik tu td..

~FRUST & TERKESIMA~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.