Siapa yang honk dalam entry yang ini hari tu?
Siapa?
Ya, ada juga yang teka dengan betul 👏
Yang honk masa anak-anak tengah enjoy makan kek birthday amir masa tu adalah surprise delivery! Bukan 1, bukan 2, tapi 3 bouquet terus aku order! Nak bagi adil, sebab masa birthday ayu dan adam haritu jatuh pada waktu PKP, birthday ayu pulak masa bulan puasa siap. Jadi memang ada terdetik nak bagi surprise juga, cuma tak berkesempatan. Jadi, sempena birthday amir, order terus untuk belated birthday adam dan ayu. 😁
Dahlah plan punya plan, teragak-agak nak order ke tidak. Sampailah pagi birthday amir tu, baru betul-betul yakin nak order. Kebanyakan bisnes surprise delivery dekat Seremban ni memang dah tulis siap-siap dekat FB / Ig diorang yang No Last Minute Order. Jenuh juga aku cari, scroll sana sini. Sampailah terjumpa page Bouquet3Bradik_Seremban. Dia memang ada tulis yang dia terima tempahan saat akhir, asalkan masa tu dia masih ada slot kosong.
Jadi, aku pun saja cuba nasib. Masa tu memang dah pasrah dah. Andai kata yang ini pun tak available, memang kena tangguhlah hasrat nak surprise anak-anak dulu tahun ni. Selepas sejam aku whatsapp, akhirnya ada response yang mengatakan diorang masih available! Yeayy! Tapi slot petang (3pm-8pm). Aku terus setuju dan pilih design.
Untuk ayu dengan adam, aku pilih design yang sama, cuma tulisan dan warna tema yang lain. AKu pilih set yang ada coklat dan buah-buahan campuran. Itu yang ada epal fuji korea tu!
Untuk amir, aku pilih design hot air balloon yang ada banyak coklat. Semua design ni percuma kad ucapan sekali. Dan semua gambar yang dekat atas dan masa anak-anak ambil delivery ni dekat luar rumah adalah dari runner tu.
![]() |
Dia ambil gambar anak-anak, aku curi-curi snap gambar dia hihi |
Alhamdulillah, anak-anak happy walaupun diorang tak terkejut sangat pun hahaha! Sabar je lah. Tak adalah aksi terharu ke apa ke, agaknya masing-masing malu dan segan dengan runner tu. Ayu mula-mula elok je dia kelek surprise box dia, tapi lama-lama dia tak larat. Berat buah tu. Yang runner pun punyalah lama nak ambil gambar, agaknya nak dapatkan gambar terbaik. Yang lucunya, semua gambar tu kening budak-budak berkerut. Panas kat luar masa ni haha!
Apa-apa pun, terima kasih runner! Dan memang terbaiklah sebab Bouquet3Bradik_Seremban ni ambil order surprise delivery area Seremban walaupun order last minute, walau order hari yang sama untuk kita buat surprise tu! Good job! Dahlah cantik pulak tu balloon dan box dia!
Lepas runner Bouquet3Bradik_Seremban tu balik, masuk dalam dan sambung bergambar tanpa pakai face mask pulak. Ye lah, tadi tu bergambar dapat tengok biji mata je. SOP masih kena patuh tau! Sesiapa yang berada atau nak suprise kan orang yang berada di Seremban / Senawang, especially yang saat akhir baru teringat ke kan, bolehlah contact Bouquet3Bradik_Seremban. Puas hati 😊
Bergambar kenangan, pertama kali masing-masing dapat surprise delivery sempena birthday. Memang happy lah masing-masing, asyiklah ulang baca ucapan. Coklat dan buah pun dah selamat adam amir dan ayu bedal. Tinggal kotak dan belon je sekarang ni.
Lepas tu dah petang sikit, nak bergambar dengan masing-masing punya pulak. Okey lah, jom!
Saja seronok-seronok untuk birthday anak-anak tahun 2021 ni. Tahun depan kita fikir lain pulak ya!
10 Comments
Selamat hari jadi semua. Sedap dapat makan coklat.
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat putera dan puteri anda...meriah ya gambar cantik
ReplyDeleteSeronoknya…meriah bila tiga beradik sama-sama dapat surprise delivery.
ReplyDeleteHB semua cucu atuk
ReplyDeleteNampak gembira semuanya
mesti seronok je diorang bila dapat suprise bufday macam ni
ReplyDeleteComel-comelnya.... bahagia melihat senyum gembira anak-anak kecil!
ReplyDeleteHaha masuk dlm rumah ja terus bertukar ceria wajah masing2...seronok la tu dpt suprise..
ReplyDeletekan betul..surprise delivery. seronok la masing2 dpt sorang 1.
ReplyDeletepernah guna Bouquet3Bradik_Seremban ni 2 kali dah. memang puas hati
suprise menggembirakan 3 beradik
ReplyDeleteSeronok masing masing dapt surprise. senang sekalikan je mana yang tertangguh. Baguslah dorang ada terima last minit order.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)