Showing posts with label belon. Show all posts
Showing posts with label belon. Show all posts

Tuesday, November 16, 2021

Mickey Mouse and Friends Bubbles


Dulu, sebelum covid, kalau bosan-bosan dekat rumah masa hujung minggu, boleh bawa anak-anak pergi ke Taman Tasik Seremban 2 tu untuk beriadah. Selalunya anak-anak mesti minta nak main buih belon tu. Memang ramai sangat-sangatlah orang yang bawak anak untuk main buih belon dekat sana. Memang penjual buih belon ni senang-senang dapat untung hanya dengan jual sebekas air sabun, dia sewakan dua batang peniup belon tu.

Saturday, November 6, 2021

Hari Lahir Abah ke 61


Hari yang sama kami sampai di Kuantan tu, sebenarnya memang dah plan dengan Nana, adik aku yang ada di Kuantan tu, untuk buat surprise birthday pulak dekat abah. Birthday abah 30 Oktober, tapi disebabkan masa 30 Oktober tu aku dah ada dekat Kota Bharu, jadi kami celebrate awal sikit beberapa hari. Amir pun memang wajiblah bergambar birthday dengan tok wan dia, sebab yang pertama, dia cucu tok wan yang paling manja. Yang kedua, sebab birthday diorang jatuh pada bulan yang sama, iaitu bulan 10. Actually, masa amir dalam kandungan aku dulu, dia punya EDD memang 30 Oktober 2015. Tapi disebabkan aku ada kencing manis, maka amir harus dilahirkan awal. Kalau tak, amir dan abah memang akan berkongsi tarikh hari lahir yang sama!

Wednesday, October 20, 2021

Surprise Balloon Delivery Untuk Birthday!

Siapa yang honk dalam entry yang ini hari tu?
Siapa?

Ya, ada juga yang teka dengan betul 👏
Yang honk masa anak-anak tengah enjoy makan kek birthday amir masa tu adalah surprise delivery! Bukan 1, bukan 2, tapi 3 bouquet terus aku order! Nak bagi adil, sebab masa birthday ayu dan adam haritu jatuh pada waktu PKP, birthday ayu pulak masa bulan puasa siap. Jadi memang ada terdetik nak bagi surprise juga, cuma tak berkesempatan. Jadi, sempena birthday amir, order terus untuk belated birthday adam dan ayu. 😁

Monday, October 18, 2021

Balloon Garland Strip

 Previous post aku tentang persiapan untuk sambutan hari lahir amir tu, aku ada sebut tentang aku  dan zaimi ada tiup dan ikat belon-belon tu untuk gantung di dinding.


Tapi disebabkan aku noob dan aku tak rajin nak buat pembacaan masa tu, aku memang tak tau apa namanya pengikat belon tu, dan nama gugusan belon tu. Sampailah tadi blogger Mummy Ayu tanya di bahagian komen. Baru aku terasa nak cari nama sebenar gugusan belon tu, dan tali pengikat plastiknya.

Sunday, October 17, 2021

Ulangtahun Hari Lahir Amir Ke 6

Seperti yang aku cerita malam tadi, semalam kami sekeluarga ada buat sambutan ulang tahun kelahiran amir yang enam tahun. Buat kecil-kecilan antara kami lima beranak aje. Beli kek dari Harold's Bread sebagai kek birthday dia, kami beli Rainbow Cake. Lepas tu zaimi rancang untuk deco-deco sikit dinding rumah, buat space untuk celebrate birthday amir tu. Siap beli lagi set birthday decoration tu dari shopee tau! Hehe!

Saturday, October 16, 2021

Persiapan Sambutan Ulangtahun Hari Lahir Amir

 Hari ni, 16 Oktober 2021 adalah ulangtahun kelahiran amir yang ke enam tahun.

Dari pagi lagi aku dengan zaimi dah menjalankan rancangan kami untuk buat sambutan kecil-kecilan dalam rumah ni. Ala, buat anak-beranak kami lima orang aje. Tapi nak buat yang meriah sikit.

Untuk tahun ni, semua anak-anak tak ada kek custome made. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku tempah kek dari satu bakeri favourite kami dekat Paroi tu. Tapi disebabkan daripada birthday adam hari tu kami hanya beli saja kek yang ready made dekat kedai, lepas tu birthday ayu pun sama macam tu juga, maka untuk adil, giliran amir pun kita beli aje kek dari Harolds Bread.

Thursday, October 14, 2021

Taman Riadah di Taman Bandar Senawang | Throwback Thursday | 2019

Cerita zaman pra Covid-19 dulu.
Kisahnya setiap hujung minggu, kalau tak ke mana-mana, kami mesti akan pergi jalan-jalan untuk ambil angin di taman riadah dalam taman perumahan kami ni.

Tak jauh pun, dalam lima minit berjalan kaki.
Lepas asar macam tu, kami akan gerak ke sana.
Sejak anak-anak dah boleh berjalan sendiri, memang lagi mudahlah kami ke sana.
Tap payah nak sorong stroller dan sebagainya.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot