Hari Lahir Abah ke 61


Hari yang sama kami sampai di Kuantan tu, sebenarnya memang dah plan dengan Nana, adik aku yang ada di Kuantan tu, untuk buat surprise birthday pulak dekat abah. Birthday abah 30 Oktober, tapi disebabkan masa 30 Oktober tu aku dah ada dekat Kota Bharu, jadi kami celebrate awal sikit beberapa hari. Amir pun memang wajiblah bergambar birthday dengan tok wan dia, sebab yang pertama, dia cucu tok wan yang paling manja. Yang kedua, sebab birthday diorang jatuh pada bulan yang sama, iaitu bulan 10. Actually, masa amir dalam kandungan aku dulu, dia punya EDD memang 30 Oktober 2015. Tapi disebabkan aku ada kencing manis, maka amir harus dilahirkan awal. Kalau tak, amir dan abah memang akan berkongsi tarikh hari lahir yang sama!
Dalam pukul 6 petang, Nana pun sampai dengan suami dia bawa belon surprise tu. Dan dengan selambanya kami suruh abah tukar baju lagi haha! Sebab lepas 'bergambar raya' tu, abah dah back to his normal 'uniform' lah kan. Sementara tu Nana dengan Hafis, suami dia, tampal belon 'Happy Birthday' tu dekat dinding. 

Bila dah siap, kami minta abah bergambar dulu dengan belon tu. Mesti abah pelik je tengok belon tu, sebab tak ada pun coklat ke, bunga ke. Ahaha!

 


Tapi abah layankan jugak sesi bergambar tu. Kami yang lain memang tak masuk frame pun, sebab dah pakai 'uniform' rumah kan. Ayu pulak memang segan dengan Hafis masa tu, jadi mengepit bawah ketiak zaimi je. Dah tangkap beberapa keping gambar, Nana mula suruh abah buka ikatan reben yang di atas belon tu. Memang Nana dah siap sedia handphone untuk rakam perkara yang akan terjadi next.


Hahaha!
Abaikanlah suara kami yang riuh-rendah tu hihi.
Abah mula-mula tak perasan pun yang ada duit terikat dengan belon tu. Dia mendongak sambil membayangkan belon tu akan pecah, keluar something nak jatuh atas dia. Dia terkejut juga bila belon tu tiba-tiba terbang dia kata! Tak lama lepas tu baru dia perasan ada duit dekat situ.


Sekadar suka-suka untuk buat kenangan. Idea Nana sebenarnya. Duit tu tong-tong antara kami adik beradik + alang. Ala tak seberapa pun, jadilah nak buat surprise. Memang seronok betul semua masa ni.

 

Yang paling happy adalah dapat tengok abah happy dan mak ketawa geli hati hihi.
💓

Post a Comment

15 Comments

  1. sanah helwah abah syaz sihat sejhtera tiasa

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday pakcik.. semoga dipanjangkan usia.

    ReplyDelete
  3. mujur buka ikatan belon tu indoors...kalau kat luar harus jadi tragedi oktober. Selamat Hari Lahir kpd Abah Syaz ye...

    ReplyDelete
  4. 61 masih segak dan steady...

    Yeay! Dah terima hadiah Syaz!

    ReplyDelete
  5. mmg surprise..hihi..selalu tengok keluar dari dlm kek..

    happy tengok ibubapa happy...happy belated birthday to Abah Syaz..

    ReplyDelete
  6. happy birhdayy to abh Syaz
    semoga sehatt dan. panjang umur
    aaminn

    ReplyDelete
  7. sonok buat seprais gini kat parents kan..sonok tengok dorang gelak, ketawa2..hehe...

    ReplyDelete
  8. Hbb ke-61 buat abah syaz
    Wak lagi sinior nampaknya

    ReplyDelete
  9. Comelnya reaksi Abah awak. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  10. Abah tu nampak sihat..kuat ibadah..semoga terus sihat dan bahagia..pasti mekar hati tengok anak cucunya

    ReplyDelete
  11. bahagia wajah ibu bapa kalau anak anak sambut hari lahir mereka

    ReplyDelete
  12. sporting abah syaz.. tetiba teringat arwah ayah mama huhuu rinduuu

    ReplyDelete
  13. comel lah. Walaupun simple je tapi tetap meriah kan.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dapat membahagiakan orang yang tersayang. Dia happy kita pun happy.
    Semoga pakcik Rahim happy selalu, sihat Walafiat, dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan dan dipanjangkan usia dengan segala kebaikan. Aaaminn...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.