Rentetan surprise untuk birthday abah yang ke 61 tu, esoknya sambutan bersambung lagi! Hahah!
Ala, sambil-sambil mak aku nak raikan yang kami boleh merentas negeri dah, sekali dengan qada hari raya yang kami semua beraya berjauhan hari tu. Mak ada masak pulut kuning dengan kari daging, Nana pula datang sambil bawa sebuah kek coklat untuk abah dan amir potong sempena bulan birthday diorang berdua.
Aku suka icing kek ni, terutama yang warna biru muda keliling kek tu. Nampak unik pulak warna tu. Nampak menarik dekat mata aku lah kot haha. Rasa kek dia pun sedap. Mungkin yang menambah sedap tu adalah kek ni orang yang belanja 😛
Jujurnya, dapat balik ke Kuantan kali ni, aku banyak luangkan masa dengan bersembang je. Memang tak berapa nak pegang phone. Sampai gambar pulut kuning pun tak ingat nak ambil. Kah kah.. Bukan setakat pegang phone, masa Nana dan Hafis datang bawak kek ni, aku nak tukar baju elok-elok pun malas dah. Maka jadi tukang tangkapkan gambar ajelah. Wakilkan anak-anak je bergambar sekali. Emak aku dan zaimi pun malas nak tukar baju jugak masa ni.
Ok mula-mula berdiri biasa.
1..2..3!
Ok semua tunjuk tokwan!
1..2..3!
Ok semua tunjuk kek!
1..2..3!
Masa ni Hafis gelak besar sebab aku suruh bagi arahan "Ok semua sebut paksu macam anuar zain!"
Asalnya mengusik rambut dia yang dia bela panjang tu hahaha!
Lepas tu abah dengan amir potong kek sama-sama. Birthday bulan sama, patut tarikh birthday sama, muka pun sama! Kembar tua dan muda namanya. Hehe..
Semoga sihat selalu amir dan abah 💓
14 Comments
happy family
ReplyDeletehappy besdayy utk keduanya
happy birthday to both of them. Moga sentiasa sihat dan happy kedua2nya..
ReplyDeleteWah, umur abah sama dgn saya 61. Sanah helwah buat abah. Sihat dan ceria itulah kurniaan paling berharga buat warga emas spt kami...
ReplyDeleteSanah helwah..
ReplyDeleteMeriah..hihi..
ReplyDeleteHepi birthday Amir dan Uncle. Kalau dah jumpa famili memang Hp letak tepi
ReplyDeleteAlhamdulillh .dapat juga berkumpul bersama sama keluarga . Meriah
ReplyDeleteHappynya cucu jumpa tok abah..selamat hari lahir pada abah anda ya
ReplyDeletewahh bestnya celebrate birthday..
ReplyDeletemmg nmpk menarik kek tu.. hehe
happy birthday abah n amir!
wahh..ada bang nuar celup ya di rumah
ReplyDeletebestnya dapat kumpul celebrate dekat rumah. Dapat lepas rindu dah lama tak berjumpa sebab pkp. Happy belated birthdaay tok wan & amir
ReplyDeletehappening majlis potong kek.. Happy Birthday buar Amir dan Abah syaz
ReplyDeletehappy belated birthday buat amir dan abah..
ReplyDeleteSeronok semuanya. Nak tergelak sama tengok gambar yang dikatakan rambut macam anuar zain tu. Kembar atok celebrate sama-sama :)
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)