Aku ni memang peminat Doraemon dari umur aku 6 tahun lagi. Aku memang dari umur 6 tahun tu dah mula membaca, mengumpul komik dan menonton siri kartun Doraemon ni. Walau umur aku dah 35 ni pun, aku masih suka dengan Doraemon. Memang selalu sangat join anak-anak tengok Doraemon yang ada kat Astro. Selalu cakap dengan anak-anak,
"Korang untung boleh tengok Doraemon ni bila-bila je yang korang nak. Mak dulu memang kena tunggu setiap hari Sabtu, pukul 7 malam. Kalau terlepas, memang sendu lah seminggu sementara nak tunggu Sabtu seterusnya!"
And the rest is history lah kan. Jumaat hari tu, adam minta aku belikan Stand By Me 2 yang dah ada di Astro First. Apa lagi, tanpa dolak-dalih terus je aku tekan phone dan beli. Haha!
Sebab aku pun nak tengok!
Seperti Stand By Me yang pertama tu, cerita dia memanglah klise je, himpunan beberapa cerita pendek Doraemon yang dia gabungkan jadi satu filem. Kalau yang pertama tu dia lebih kepada hubungan Nobita dan Doraemon, di mana memang aku meleleh air mata bila tengok terutama part nak habis tu kan. Stand By Me 2 ni pula, hubungan antara Nobita dengan diri dia sendiri, serta orang-orang yang dia sayang. Terutama mendiang nenek dia.
Aku bergenang juga air mata untuk beberapa scene, tapi tak sampai menangis macam Stand By Me 1. At first! At first aku ingat cerita ni tak setouching yang pertama. Tapi aku silap weh. SILAP BESAR. Towards the end, masa Nobita sedang bagi ucapan masa wedding dia, ada satu scene yang Ya Rabbi sangat menumbuk-numbuk pundi air mata aku!
Aku bukan setakat menangis, aku teresak-esak siap. Sampai anak-anak aku pelik, kenapa omak sedih sangat?
"Suatu hari nanti, korang akan faham kenapa mak sedih sangat dengan scene tu", tu je aku jawab sambil lap air mata yang penuh satu muka. Serius bagi aku, scene tu unexpected. Dan aku rasa sangat sedih bila relate dengan diri aku. Di mana orang yang kita sayang sangat, yang kita nak sangat dia ada selalu dengan kita selamanya, dah tak ada. Dan dia tak dapat tengok hari-hari besar dalam hidup kita.
Aduh tengok kartun pun menangis aku ni..kikiki..
By the way, cerita ni aku bagi 5/5 bintang!
15 Comments
nk layan jgk cite ni! xsabarrrr..
ReplyDeleteyg first dh tgk.. nobita comel smpai ke besar.. haha
Bintang penuh tu! Mesti best!
ReplyDeletedoreman ..kesukaan ramai kanak2 hingga kini
ReplyDeleteada part 2? part 1 pun sedih..
ReplyDeletesaya suka sebut Doraemon tapi tengok belum ada feel setelah tua begini
ReplyDeleteOk lah nak tengok jugak. Yang first tu sedih. Kalau second kena standby tisu
ReplyDeleteTengok sikit je ahritu, nanti sambung lagi..hehehe
ReplyDeleteDulu2 layan juga cerita doraemon ni
ReplyDeletehahaha sama lah kita nangis jugak masa tengok doraemon part 2 ni
ReplyDeletepenah tgh stand by me no 1, tapi dah tak ingat pula pasal apa.. ni dah ada no 2 pula boleh layan juga ni.
ReplyDeleteade kat netflix ni. pernah bukak sulu tapi tak tgk. pasni kene layan lah..
ReplyDeletedah lama sangat ccl tak layan kartun doremon .
ReplyDeleteeh...apsal ammi pun tetiba jadi sebak baca posting ni?? tak shuke la
ReplyDeleteYang first pun boleh tahan sedih jugak. Yang 2 ni belum tengok lagi. kena sediakan tisu siap siap ni.
ReplyDeleteAda babak babak yNg menyedihkan .
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)