Balik Kampung Jumpa Emak Abah!

Bila kerajaan umum dah boleh rentas negeri, kami terus beli Kit Kendiri Covid19 sebagai persiapan untuk balik ke kampung. Siapa tak nak balik kampung jumpa mak bapak oi! Lepas selesai urusan kerja yang sepatutnya dan dapat kami mohon cuti, baru kami bergerak balik kampung. Tapi sebelum balik kampung, memang kami sekeluarga buat dulu test covid kendiri tu.

 


Bila dah yakin yang kami bebas dari Covid19 ni, baru kami bertolak. Gambar di atas ni adalah hasil test kendiri kami lima beranak pagi tu. Aku, zaimi, adam dan amir guna yang AllTest Oral Fluid, ayu je guna yang swab sebab dia tak berapa pandai nak ludah. Jadi, akan bertolak balik ke Kuantan dulu then baru ke rumah mertua di Kota Bharu. Untuk mak dan abah di Kuantan pun aku ada belikan kit ni, jadi diorang pun dah buat test tu sebelum kami bertolak. Alhamdulillah kami semua negatif!

Tapi sebelum tu dah cakap dengan zaimi, memandangkan hari raya haritu tak balik raya, jadi kali ni aku merancang nak buat surprise dekat mak abah. Surprise macam mana? Haaaa..kami semua tiba di rumah mak abah dengan memakai baju raya! Idea amir sebenarnya, aku improvised hihi!

Maka gigihlah aku yang dah capek mengemas beg, menggosok pulak baju-baju raya kami berlima. Tak apalah berpenat sikit, bukan selalu. Dan yang paling menambah semangat tu adalah sebab dah lama tak balik. Hampir setahun!

  

Abaikan dedaun kering itu. Hahaha! Entahlah dah siap-siap nak balik kampung hari tu, aku malas dah nak menyapu daun kering tu. Kami betul-betul selesai bersiap untuk bertolak adalah pukul 11.30 pagi. Jadi memang hari dah mula panaslah kan. Memang silau dan berkicap jugaklah badan masing-masing sementara zaimi masukkan segala aneka beg dalam kereta. Tapi lepas tu saja nak bergambar pulak dulu sebelum bertolak. Memang lencun!

  
Tengok muka aku haa..minyak dan peluh segantang!


Perjalanan ke Kuantan memakan masa hampir tiga jam setengah. Kami ikut jalan Pilah. Alhamdulillah masa tu kereta tak banyak sangat, trafik pun agak lancar. Dan sebaik je sampai, memang terus bersalam dan peluk mak abah. Menangis emak aku..huhu.. Touching betul dia. Lepas dah cool semua, aku minta mak dan abah tukar baju pakai baju raya. Hahaha!

Ye lah, kami dah berbaju raya, rugi pulak rasanya kalau tak bergambar raya kan. Tak kan mak dan abah nak bergambar raya pakai baju basahan 😝

Mak dan abah aku memang sporting, terus je diorang masuk bilik laju-laju dan bertukar! Jadi terus kami semua dalam setting mood raya! Apa lagi, jomlah sesi photoshoot raya! Ha inilah potret-potret raya kami yang tertangguh!

  
 

 
 











Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan bersama mak abah untuk feel raya bersama walaupun dah tertangguh. Dan kami spend empat hari di Kuantan. Nanti cerita di entry lain. Kemudian, sebelum bertolak balik ke Kota Bharu, kami berlima sekeluarga buat sekali lagi test covid. Untuk sedapkan hati kami yang kami ni tidak menjadi asbab sekiranya terjadi apa-apa ke kan. Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga negatif.


Maka perjalanan ke Kota Bharu pula kami teruskan. Akan bersambung kisahnya di entry yang lain (harap rajin) hahaha!

Post a Comment

17 Comments

  1. wahh..seronoknya balik kpg pakai baju raya...terharu mak abah..

    good idea Amir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak nohas, memang mak abah suka idea tu <3

      Delete
  2. Bagus ada kesedaran nak cek sendiri...

    Wah! Manjanya dengan atuk & nenek!

    ReplyDelete
  3. seronoknya, suasana raya gitu kan...
    akak ni pun tak sabar nak balik kampung minggu depan, dok la kira-kira hari je nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga dipermudahkan urusan balik kampung ya Kak Dana ;)

      Delete
  4. Alhamdulillah dapat juga jumpa mak dan ayah yea...uishhh..nampak sangat rindu bebenor atok dan nenek dengan cucu-cucunya....
    Selamat sentiasa dalam perjalanan yea..drive and stay safe

    ReplyDelete
  5. Wahhhh, bestnyaaaa...pulang ke kampung halaman jumpa yang tersayang..Selamat Hari Rayaaa ye! Hehee..Moga rajin tulis cerita holiday kalini..

    ReplyDelete
  6. Sebak part mak syaz nangis..
    Gitulah arwah mama kalau cucu2 dia yg di KL ni lama tak balik. Cucu nak balik KL semula pun arwah nangis juga.

    ReplyDelete
  7. Subahanallah, alhamdulillah..syukur semoga selamat pergi dan balik ya

    ReplyDelete
  8. Keluarga bahagia..suporting semua

    ReplyDelete
  9. sama lah kita Syaz, buat test dulu sebelum balik kampung. tak nak jadi carrier tanpa sedar..wahhh sakan photoshoot raya. hehe. gigih pakai baju raya..haha...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah . Rasa bersyukur sangat bila dah boleh rentas negeri dpt jumpa parents di kampung

    ReplyDelete
  11. nikmatnya bila dpt balik kampung jumpa keluarga kan

    ReplyDelete
  12. ayu sengih sampai ke telinga dapat balik kampung haha comel

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah akhirnya dapat balik kampung juga. Lain macam bila lama tak balik ni. Rasa mood raya pulak tengok gambar gambar ni. Seronok semuanya dapat bersua muka.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.