Oyen

Salam jumaat semua!

Entahlah kenapa, tapi banyak betul kucing suka datang bertandang dekat rumah aku ni. Ingat tak aku pernah cerita tentang ibu kucing tumpang beranak hari tu? Ini cerita pula 2 minggu lepas. Ada lagi kucing datang dan masuk sampai ke dalam rumah tanpa segan silu. Sikit pun dia tak takut 😂

Bila dah masuk lepak dalam rumah, tak nak pulak dia keluar. Taknak balik pulak. Lama jugaklah dia mundar-mandir dalam rumah. Aku yang alergik dengan kucing ni, jenuh juga tahan bersin. Berair mata, last-last pakai pelitup muka!


Dahlah muka penyek, warna cantik, manja pulak tu. Oh plus bau dia wangi. Aku syak dia kucing orang. Jadi aku pun tangkaplah gambar dia banyak-banyak, aku kongsikan dalam group whatsapp taman perumahan ni. Kot lah tuan dia pun tengah risau mencari si Oyen ni. Punya lama dia dalam rumah, sampai sempat kami namakan dia Oyen hahaha!



Memang selamba badak je dia walaupun dia bukanlah badak, tapi dia kucing kan. Ke hulu ke hilir, tak terdetik pun dia nak keluar dari rumah. Dan sepanjang dia dalam rumah kami, tak ada pula sesiapa mengaku tuan dia.


Jadi kami pun biarkan je lah dia main dalam rumah dulu. Ikut dia lah nak ke mana pun, asalkan dia tak kencing berak berterabur. Risau jugak masa tu sebenarnya, kot dia terlepas tanpa sengaja ke apa kan. Tapi alhamdulillah, bontotnya berajar. Pandai disiplin. Kihkih..






Comel kan si Oyen?
Kucing siapalah sebenarnya. Tapi, lepas dekat satu jam dia melepak dengan kami anak-beranak, dia pun terus keluar dari pagar dan tak kembali lagi. Mungkin balik rumah dia. Anak-anaklah rindu dekat Oyen, ada masanya diorang tunggu depan pintu, berharap Oyen datang melepak lagi. Tapi sejak dia pergi tu, dia tak ada datang dah. Zaimi cakap mungkin sebab dia dah pernah terlepas sekali masa tu, jadi tuan dia dah buat kawalan lebih ketat dan tak benarkan dia keluar dari rumah. Mungkinlah.  

Cerita sebenarnya wallahualam.

Cuma masa dia pergi tanpa pandang kitorang dah tu, buat aku teringat scene akhir dalam Life of Pie, masa harimau tu terus menghilang dalam semak tanpa toleh dekat hero tu lagi.

Oyen, moga di mana berada, moga selamat hendaknya. 

ps: kami tak halang dia pergi sebab aku alergik, dan risau tuan dia tercari-cari.

Post a Comment

12 Comments

  1. tetamu singgah sekejap tu...comeynya oyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, comel sangat kucing ni, manja pulak tu!

      Delete
  2. kalau tengok rupanya bersih bulunya terjaga macam kucing ada tuan,cuma dia tak pakai kolar...
    nampak bijak tu kucingnya, masuk rumah orang tak buat onar tak buat sepah...
    budak-budak terus jatuh suka kat oyen ye, oyen nanti datangla jenguk lagi ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, anak2 memang hari2 menanti Oyen datang balik

      Delete
  3. sama.la.Syaz he hzz dari xda kucing skrg dah ada 7 ekor.
    itu blm kira yg dtg singgah mkn depan dan belakag rumah.
    semoga dipermudahkan dilimpahi rezeki utk terus sediakan mereka mkan

    ReplyDelete
  4. Comel. Macam patung pulak tengok.

    ReplyDelete
  5. Cantik mata dia.

    Kucing jiran depan rumah arwah mama pun masa ammi balik haritu punyalah hyper dok lri dari rumah je rumah mama masuk dlm grill, panjat grill.

    Adik kata kucing tu dulu kalau belah siang mama yg bagi makan sbb Tuannya gi keje. Muka ammi mcm mama kot. Dia ingat mama nak bagi makan

    ReplyDelete
  6. Comel kucing ni .tertarik pada matanya .. Cantik . Kemain dia posing atas almri tu yer

    ReplyDelete
  7. pandai oyen bawa diri.. seronok dia dpt jalan2

    ReplyDelete
  8. comelnya! Walaupun tak pakai kolar boleh nampak dia ni kucing orang sebab bulu dia gebu, bersih cantik je

    ReplyDelete
  9. Cantik bersih Oyen ni. Mungkin milik orang lain sebab macam jinak tak takut orang je. Semoga Oyen baik baik je. Bila dah timbul rasa sayang, rindu pulak kan bila Oyen tak muncul.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.