Search This Blog

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Selamat Jalan Elin Sayang...

Hari ini adalah antara hari yang sedih dalam hidup aku..
Selain aku turut bersedih dengan:

1) Uncle Sim dibuli.. (malu sebenarnya dengan perangai Kiki Stereng Lock)
2) Gaza dibom racun..
3) Sabah darurat..
4) MH17 ditembak, meletup dan terhempas..


Dan yang paling sedih adalah, kucing kami Elin, telah mati setelah tiga hari nazak..

:(


Mungkin ada yang cakap, kucing je.
Kenapa nak sedih?

Tapi bagi kami, kucing adalah famili.
Kami bela Elin dah 10 tahun.
Dah macam adik.
Macam-macam kenangan..

Aku ingat masa aku mula-mula blogging, aku ada buat blog untuk Elin..
Masa tu aku banyak masa free..
Agak famous blog tu, di kalangan blogger kucing juga..
Bukan dalam Malaysia ye, komuniti tu dari seluruh dunia..

Lepas tu aku dapat kerja, blog Elin memang terabai..

Elin pun makin lama makin sakit..
Tapi bulan ni yang dia nampak teruk sangat.
Bulu dia tak terurus..
Dia asyik keluar.. pergi lepak rumah jiran..
Dia macam bawak diri..

Emak kata dah bawak dia pergi Vet, disahkan Elin punya buah pinggang dah rosak teruk..
Dari hari Rabu lagi mak kata, Elin dah tak boleh gerak..
Muka dia pun dah nampak lain..
Semalam dia masih bernyawa, cuma dia tak mampu bangun, tak boleh makan, minum semua tak boleh..

Pagi tadi, 8.30 pagi lebih kurang..
Elin dah pergi meniggalkan kami sekeluarga.....

:( :( :(


Sedihnya hanya Allah yang tahu..



Ini gambar terakhir Elin sebelum dia mati tadi..
Memang bersih je muka dia sebelum dia mati ni..
Mak kata, tahi mata pun dah tak ada lepas mak lap kan hari tu..


Selamat disemadikan..
Tanam kat tepi rumah mak dan abah..

Janganlah ada yang pertikai kenapa letak bunga atas kubur kucing pulak..
Itu nak bagi tanda supaya tahu kat mana tanam je..
Sebab aku dengan oboi tak ada kat rumah..
Esok baru aku balik..
So esok aku mesti tanya mak, tanam kat mana..
Senanglah nak carik nanti..
Saja nak tengok kubur ..ingatan terakhir..

:(


Dah dua kucing mati setelah lama kami bela..
Few years back, Boody.
Mati lepas 17 tahun kami bela..
Hari ni, Elin pulak..

:(



Tuesday, August 20, 2013

Kesan Bermanja Dengan Kucing



Siapa suka kucing?
Angkat jari!

AKu pun suka kucing jugak, serius.
Kalau jumpa kucing mesti nak pegang, nak usap kepala, nak gosok perut, nak peluk cium.. walaupun kucing kat kedai makan..hehe..

Tapi sejak ada Adam ni, nafsu kena kawal beb.
Sebab kalau boleh tak nak dedah kan Adam kat bulu-bulu kucing lagi.

Nanti dia besar sikit baru aku nak berkecimpung dengan kucing balik.

Memanjakan kucing ni memang ada kesan. Baik kesan buruk, atau kesan baik.

Aku tak nak cerita pasal kesan buruk bermain dan bermanja dengan kucing hari ni, aku nak kongsikan kesan2 positif jika kita sayang kucing ;)



Kucing selalunya akan membuat 'purr' iaitu getaran halus bila dipegang oleh orang yang dia rasa selesa. 'Purr' tu sebenarnya boleh bagi banyak manfaat teraputik. Ewah!

Antara manfaat bermanja dengan kucing kesayangan korang adalah:

1) Kucing boleh membantu melegakan penyakit Dyspnea. Dyspnea adalah sejenis penyakit di mana seseorang itu akan merasa seperti tidak cukup nafas dan tercungap-cungap.

2) 'Purr' kucing mampu untuk memberi kesihatan dan kekuatan kepada tulang orang yang memegang kucing tersebut.

3) Berkomunikasi dan membelai kucing juga mampu untuk merendahkan tekanan darah.

4) 'Purr' kucing juga mampu untuk melegakan jangkitan dan bengkak pada otot badan.

5) Getaran 'purr' dari kucing juga boleh menyembuhkan luka pada otot dan tendon.

6) Membelai dan memelihara kucing di rumah boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

7) Dan yang pastinya, membelai kucing mampu melahirkan ketenangan dalam diri.


Ok, pergi peluk cium gomol buah hati bulus masing2!!


p/s: Rindu kekucing kat rumah mak..

Friday, March 15, 2013

Hari Lahir Oboi, dan Etot!

Harini 15 Mac, harijadi adik lelaki aku yang ke 23.
Mak oi..
Dah 23 tahun dah aku ada adik rupanya..huhuu..



Alang-alang ada kat rumah semalam, aku belikanlah dia kek.. :)

Semoga impian kau tercapai lah tahun ni ye!

Oh, semalam aku balik Semenyih pasal pagi tu ada appointment kat Hospital Putrajaya.
Pagi tu pergi dengan mak, sebab Zaimi ada kelas.
Siap kena saman sebab parking lagi..
Sebab parking tak ada, tempat tanah lapang yang selalu orang parking tu pun diorang tutup semalam, ada lori-lori tengah ratakan tempat tu..

Maka kami si pesakit-pesakit ni parking la kat tepi2 jalan.. Habis semua kena saman.
Hmmm... sabar je lah.

Ada berita saspens jugaklah dari hospital semalam..huk3
Nak cerita ke ek?
Nantilah..

Oh, apa cerita pasal Etot?
Tak ada apa pun.. cuma semalam Etot bagi kerjasama masa aku amek gambar dia..haha!


Oh Etot kucing kami berkaki pengkau..hihi..

:)

Wednesday, March 6, 2013

Cara Mengenalpasti Mood Kucing Anda

Siapa yang ada kucing peliharaan, ni ada tips untuk ketahui mood kucing korang.
Dia tengah marah ke, suka ke, annoyed ke..hehe

Kaedah ni adalah dengan memerhatikan ekor dia.


Tapi untuk kucing yang ekor kontot? Haha.. yang tu tak dapek la den nak nolong..

Dulu aku pun ada kucing ekor kontot, Boody nama dia.
Lama dia hidup, 17 tahun. Mati pun dalam tahun 2009 haritu, sebab sakit tua.
Memang ekor dia gerak sepesen je.. gedik-gedik je.. hehe

Jadi susah la nak tau mood dia melalui ekor..
Tapi Boody tu dulu kucing yang baik, manja sangat..
Emm rindu pulak kat dia..

Sekarang ni, empat betina kat rumah tu semua ekor panjang.
Senang lah nak nampak.
Kalau lapar je, time minta makan, ha mulalah yang happy tu.
Kalau tak, irritable je memanjang time orang kacau dorang bersantai..haha

Sabtu ni balik Semenyih kot insyaallah.. yea!
Dapat jumpa kucing-kucing nan empat ekor tu :D


Friday, March 1, 2013

Kenapa Manusia Boleh Rindukan Kucing?

Rindu sangat.
Sejak mengandung, banyak sangat tentangan dari orang sekeliling tak kasi aku bela dia.
OK, aku hargai. Tapi bila tengok balik gambar-gambar dia sekarang aku rindu.

Aku tak buang dia. Gila kau? Buang dia macam buang anak ok!
Aku letak dia kat rumah mak. Aku bagi duit extra untuk makanan dia.

Balik je rumah mak, nampak yang dia dah membesar.
Dah malas main. Rindu zaman lincah dia.
Rindu pulak tiap kali balik kerja dia tunggu depan pintu ngiau ngiau manja.
Rindu pulak tiap-tiap pagi bila aku snooze alarm handphone, dia akan panjat dan gigit-gigit kaki.
Rindu pulak time dia teman aku iron baju, masak, golek sama-sama...

Memey.. akak rindu Memey..

Oh kenapa akak?
Sebab mak aku jenis bahasakan diri dengan kucing-kucing 'emak'. So, aku 'akak' lah. Kan?
Memang dari kecik kenot lagi aku bahasakan diri akak dekat kucing. Hmm..

Sekarang dia happy je duduk Semenyih. Ada Teteh, ada Etot. Tu geng dia lah tu.
Elin? Oh tu musuh. Dia suka serang hendap kucing tua tu. Haha.. Kesian Elin..

Memey.. Rindu!!



















Kenapa Manusia Boleh Rindukan Kucing?

:: Sebab Kucing Best dan Wangi. Yang tak suka kucing mesti tak faham kan? Tak faham tak apa. Tak paksa::

Rindu Memey.. :(

Sunday, February 10, 2013

Memey bergomol atas karpet

 photo 20130208_231943_zps392dca26.jpg


Hah ni nak bagitau, entry ni tak ada kaitan dengan Memey Suhaiza bininya Norman Hakim tu ye.

Ni kucing aku ni, memang saja letak nama dia Memey. Memey yang kaler nak sama dengan karpet tu. Malam sebelum aku bertolak balik kampung Zaimi tu aku tidur rumah mak, sambil-sambil tu lepas gian main kucing. Yang dalam gambar tu Memey tengah bergomol dengan Etot. Habis digigit-gigitnya muka si Etot tu.

Memey ni asalnya aku bela dengan Zaimi dekat rumah kitorang. Sebab lepas kahwin haritu cakap kat mak, teringin nak bela kucing sendiri. Maka, mak pun kebetulan ada terjumpa kucing kurus kering yang orang buang kat kedai mamak. Mak pun amek lah bawak balik. Lepas mak train kencing berak dia semua, bagi pandai una cat litter @ pasir kucing tu, aku pun amek bela.

Seronok bela Memey ni, dia baik, mulut ramah. Haha..
Aku bela as indoor cat je. Tak berani nak kasi dia keluar.

Tapi bila aku dah start pregnant awal bulan Julai tahun lepas, ramaiiiiiiiiiiiii gila yang nasihatkan untuk buang Memey. WTF? Buang? Aku ni dengan kucing, aku anggap famili tau. Sedap usus kau je suruh buang. Memanglah betul apa yang diorang cakap tu, kucing ni, najis dia boleh mengandungi protist yang akan kacau kandungan. Sebab Memey ni indoor cat, sah-sah lah berak dia aku yang kena kutip. Zaimi awal-awal dah bagi syarat kalau nak bela kucing, semua benda tu aku uruskan sendiri.

Jadi, dengan berat hatinya, sekarang ni Memey ditumpangkan dekat rumah mak. Menambahkan bilangan kucing dekat situ. Haha..

Tapi aku kan kerap jugak balik rumah mak, jadi bolehlah lepas rindu dekat budak Memey ni..

Aku dengan zaimi sayang dekat dia, sampai kitorang pergi cuci gambar dia sekeping letak dalam frame, letak kat ruang tamu rumah. Keh3..

My precious Memey.. :)

Tapi kadang-kadang aku perasan jugak yang Memey ni macam merajuk je dengan aku bila aku balik tengok dia. Dia macam lari-lari, susah nak tangkap. Bila dapat tangkap, time peluk dia, mesti mata berair macam menangis.. Apalah Memey ni.. I will always love you lah.. Don't worry ye..huhu..

Yang si Etot tu pulak, baru dalam 3-4 bulan macam tu mak bela dia. Kecik lagi tu, asalnya kucing yang hanyut dalam longkang depan rumah. Abah pun kesian, amek bela. Hanyut dua ekor, tapi abang dia mak bagi kat bibik belakang rumah.

Makanya, rumah mak sekarang ada 4 ekor kucing, yang semuanya betina sahajo..

Aih rindulah pulak dengan kucing-kucingku..
Serius, bagi aku lah, terapi yang best untuk hilangkan stress adalah dengan cium bau kucing-kucing aku. Bila dah tak ada kucing kat rumah, bau laki aku lah yang jadi mangsa..kah3.

Hmm.. harini rasa dizzy je.. penangan 12 jam dalam kereta semalam gamaknya.. Zaimi lagilah, drive kot 12 jam. Aku tidur je keje,, nasib ada adik zaimi, boleh gilir-gilir sembang..hehe..

Ok lah, ciao..

Thursday, January 31, 2013

Pangsapuri Senget di Shah Alam




Agak seram jugaklah bila baca berita ni.
Gila kau, rumah kau beli beli mahal-mahal, tolak loan tiap-tiap bulan, tiba-tiba dan senget.

Elok je condong macam Menara Pisa Italy tu.

Ish seram.

Asalnya katanya, ada kerosakan struktur kat area parking, dan lama-lama makin condong, dan kerap bergegar bila ada kenderaan berat lalu.

Penduduk situ memang kesian la kan, diorang macam redha je. Kata macam menanti ajal.
Ish.
Mintak simpang.
Teringat pulak kes Highland Tower dulu, runtuh menyembah bumi bila hujan.

Pangsapuri kot. Dahlah ada banyak unit. Sah-sah ada banyak keluarga, banyak manusia.
Bukan manusia je lah, kalau orang tu ada bela kucing? Kesian kucing. *eh macam Zohra pulak*

Harapnya ada penyelesaian lah kat pangsapuri senget ni. Tak nak lah ada malapetaka.

Tak dapat imagine macam mana lah nak tidur kat situ tiap-tiap malam, tapi nak tak nak, itulah rumah.
Kena balik situ jugak. Semoga penduduk situ bertabah ye.

Sumber berita dari Harian Metro.


Monday, May 9, 2011

Si Kucing Sedih

Terjumpa gambar ni kat internet:


Hahaha!
Serius sadis muka kucen tu..kekeke..

Monday, January 17, 2011

Muka Stim Che Putih


Dah penat main dekat bawah, main kat atas pulak.
Tup tup dah puas main kat atas, melompat atas katil..
Duduk-duduk kejap kelebek apa yang patut, 
terus menghempaskan badan atas tilam..

Mata makin kuyu..
Muka pun dah stim..


Itulah dia Che Putih saya..
Itulah rutin dia hari-hari..
Mesti nak duk menyibuk tidur atas katil..
Berlagak betul kucing sekor ni!

ps: Hari-hari gaduh dengan Elin..bilalah dua ekor ni nak berdamai...aih~

Wednesday, December 29, 2010

Terkejut Apabila Ternampak Makhluk Berbulu Atas Printer!

Selamba je melepap kat situ..
Aih..


ps: mendoakan yang terbaik untuk pasukan Malaysia di perlawanan menentang Indonesia malam ni.. :)

Friday, August 13, 2010

Aksi Betina Gedik Tangkap Lentok Sampai Terkangkang




Si betina gedik ni memang pantang nampak beg terbukak, mesti dia tangkap lentok dalam beg tu.. Lepas tu tidur sampai terkangkang..haha~! Paling buat dia tidur sampai tak nak bangun kalau kitorang bukak kan kipas.. Kadang-kadang dia berdengkur, percaya tak?

Percayalah..bahawa kucing gedik aku ni memang tidur berdengkur.. Tapi takdelah macam orang berdengkur bunyinya..bunyi dengkur dia halus je.. bila aku tengok dia tidur nyenyak sangat, aku pun rasa nak tidur..hehe..

ps: pagi yang sejuk..rasa mau tido..

Saturday, July 24, 2010

Insurans untuk Haiwan Peliharaan | Insurance For Pets

Hai =)

Sekarang, sudah boleh beli insurans untuk haiwan peliharaan!
Tadi ada kawan letak link benda ni kat Facebook, aku macam tertarik pulak.
Ada siapa-siapa tau maklumat lebih lanjut mengenai perkara ni?
Kalau ada boleh lah kongsi-kongsi =)


Ada yang berminat? Boleh lah tengok-tengok kat sini.

ps: macam comel je..hehe

Friday, April 9, 2010

Kucing pun faham bahasa


Salam semua =)

Pejam celik pejam celik dah Jumaat balik kan?
Cepatnya masa ni berlalu..emm..

Percayakah kamu semua bila aku cakap kucing pun faham bahasa dan boleh memberi respon kepada apa yang kita cakap? Sudah pasti aku cakap ni berdasarkan pengalaman keluarga kami membela kucing sudah bertahun-tahun.. Dan aku tak pula menulis jurnal untuk tajuk ini..sekadar perkongsian pengalaman sahaja..

Sesiapa yang ada membela kucing juga dirumah, mungkin akan ada pengalaman yang sama dengan aku juga..Kucing ni, sebenarnya dia faham apa yang kita cakap dan buat dekat dia.. Dia juga tau macam mana nak nak sayang tuan dia, dan berdendam kepada orang yang selalu buat dia..

Contoh macam Elin la, dia faham perkataan 'Jom!', bial dia dengar je kitorang cakap 'Jom!', dia akan bangun dan ikut kitorang.. Sama jugak dengan perkataan 'Golek', dia akan bergolek-golek manja bila disuruh.. Kalau dia kat luar, kitorang cakap 'Masuk', dia akan masuk dalam rumah..

Dia jugak pandai berinteraksi tau, macam contoh aku baru balik dari pasaraya, aku beli sepeket makanan dia.. Aku angkat makanan tu aku cakap 'Ni siapa punya ni?', dia pun datang dengan gedik2 terus je gesel2 muka dia dekat peket makanan tu.. Bila kitorang puji2 dia comel la, pandai la..dia kelip2 mata.. hehe


Elin jugak adalah seekor kucing yang sangat beremosi..huhu.. Elin ni, makan nak kena berteman.. Kiranya masa dia makan tu, kita kena usap2 belakang badan dia sikit bagi 'enjin purr purr' dia bunyi, baru dia boleh makan dengan gembira.. Yang selalu temankan dia makan adalah abah dan mak.. Makanya, dalam rumah ni dia paling manja dengan abah dan mak aku.. memang manja extra punyalah.. Dan tiap kali dia lapar pun, dia akan bodek mak dengan abah aku suruh temankan dia makan..

Berdendam? Oh dia memang kucing yang penuh emosi..haha.. Aku kadang2 suka lepuk2 dia.. kekadang dia geram, dia cakar aku balik, habis berdarah2..uhuhuhu.. Dia juga memang benci dengan orang yang pernah mengkasari dia.. Ada la seseorang yang tak suka kucing pernah datang rumah aku, dia luku kepala Elin :( sedih gila mak masa tengok Elin diluku tak pasal2.. Dan tiap kali orang tu datang rumah lagi selepas tu, memng Elin akan lari jauh2, dan yang kelakarnya, muka Elin bila nampak orang tu, macam nampak hantu~~! Ya, kucing juga tau serik.. Kucing juga pandai membenci..

Lagi 1 Elin ni cukup kaya dengan expressi muka.. Dia akan buat muka masam bila orang kacau dia time dia tak nak diganggu, dia boleh buat muka annoyed, dia juga boleh buat muka kesian, muka mengantuk.. yang paling best, bila mak dengan abah nak tinggalkan rumah bawak beg2 besar, contoh macam nak pergi umrah hari tu, dia akan buat muka sedih..

Macam Boody pulak, dia ni licik masa hayatnya.. Bila dia nampak je aku pegang botol2 syampu dia bawak masuk bilik air sebab nak mandikan dia, dia akan hilang~~! Terus je pergi menyorok..haha.. Boody ni lagi la macam2 kepandaian dia.. hmm..rindu pulak..


Mungkin ada yang tak percaya.. tapi aku tau la, kucing aku.. Haiwan jugak ada perasaan tau.. Dia jugak boleh merajuk, boleh excited, boleh menggedik, boleh dibawak berbual.. Betul..memang la dia tak boleh respon dengan kata2, tapi aku pernah, masa tu aku sedih, aku nangis2.. aku cakap dengan Boody.. Dia terus je naik atas riba aku, start enjin purr purr dia.. konon2 macam pujuk aku la..huhu.. *eh nape air mata bergenang ni?*

Sebenarnya, tak perlu geli dengan kucing.. sebab lagi kita tunjuk kegelian kita dekat dia, lagi dia datang gesel2..sebab kucing ni licik tau.. hehe.. 

ps: Kucing adalah salah satu ciptaan Allah yang HEBAT!~
ps+: Tahniah Afdlin Shauki atas kelahiran baby baru beliau pukul 3 pagi tadi [9 April 2010]

Tuesday, March 30, 2010

Kucing Biri-Biri

Salam semua =)

Bila dengar perkataan kambing biri-biri, 
apa yang akan korang bayangkan?

Kalau aku, aku akan terbayangkan haiwan yang berbulu lebat,
bulu bergulung-gulung dan haiwan tu kelihatan montel je..

Tapi dekat rumah pulak ada kucing biri-biri..
Lebih kurang dengan makhluk yang aku bayangkan tadi,
cuma gantikan kambing dengan kucing~


Badan dia semakin menjadi-jadi sejak betukar makanan ni..
DIa dah muak dah dengan biskut Friskies, sekarang ni makan Fancy Feast lak,
yang perisa Salmon + Beef + Cheese..
Memang dia suka sangat la perisa baru ni..
Badan pun macam dipam-pam..
Bulu pun semakin lebat..
Elin semakin bobok dan bertukar menjadi biri-biri jadian.. hee..

ps: cinta tanpa pengorbanan ibarat sirap tanpa gula~

Wednesday, March 24, 2010

Review: Katz Tales - Living Under the Velvet Paw

Salam semua =)

Pada hari ini, aku nak membuat review mengenai sebuah buku yang amat sesuai untuk pencinta kucing, yang bertajuk Katz Tales - Living under the velvet paw, ditulis oleh Ellen Whyte. [ISBN 978-967-3035-64-9]


Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, dimana bahagian pertama berkisahkan tentang pengalaman penulis memelihara beberapa ekor kucing tempatan Malaysia, atau lebih kita kenali dengan Kucing Kampung. Ellen memuatkan kisah-kisah mengenai kucing-kucing yang pernah menghuni rumah beliau sepanjang beliau menetap di Malaysia, bermula dengan Scoop, Mr Bones, Au dan Target. Bahagian ini banyak bermain dengan perasaan aku, penulis bijak bermain dengan emosi ketika menceritakan mengenai kisah hidup makhluk-makhluk comel itu! Ada kisah yang buat aku ketawa, tersenyum, sedih..dan selalunya membuatkan aku pergi memeluk Elin, dan teringatkan Boody. Penulis turut menekankan, bahawa kucing bukanlah sekadar haiwan peliharaan, tetapi turut berfungsi sebagai teman dan ahli keluarga. Aku setuju dengan kenyataan ini! 

Bahagian dua pula, Ellen menyelitkan beberapa tips mengenai kucing, penjagaan makhluk comel ini dan perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi pemelihara kucing. Bahagian ini amat berguna bagi mereka yang ada terfikir untuk menjadikan kucing teman di rumah, kerana disini ada dijelaskan mengenai budget yang pelu diperuntukkan untuk kucing setiap tahun, bagaimana menjauhkan kucing dari merosakkan perabot, dan penekanan bahawa kucing adalah haiwan yang mempunyai jangka hayat yang agak lama, jadi memerlukan kesungguhan dalam membela meraka, kerana mereka juga makhluk Tuhan yang tidak boleh disia-siakan.

Secara peribadi, aku merasakan buku ini sangat menarik, sebab aku sanggup untuk teruskan membaca walaupun di dalam gelap! Haha! Aku berkongsi bilik dengan adik aku, jadi bila dia nak tidur, lampu mestilah kena padam. Aku baca hanya dengan menggunakan cahaya dari lampu sinki bilik air..haha.. Buku ini juga turut menyelitkan gambar-gambar si comel itu semua, maka kita boleh lebih menghayati kisah mereka. =)

Buku ini sudah berada di pasaran Malaysia, Singapore, Brunei dan juga Indonesia dan hanya berharga RM28 sahaja! Memang berbaloi bagi buku yang setebal 200 mukasurat ini =)

Maklumat lanjut bagi buku ini boleh dibaca disini.


ps: mungkin aku akan kembali membaca buku selepas ini setelah hampir 7 tahun aku lupakan hobi itu.




  



Friday, February 12, 2010

Saya Sayang Kucing Bobok Saya





Ya..semenjak dah habis belajar ni..
Aku sangat lah boring duduk dirumah..
Berborak dengan mak..
Tengok TV dengan abah..
Borak2 ngan Nana..

Tapi yang selalunya,
bergomol-gomolan dengan si bobok berbulu ni..
Dan aku jugak dah buat sesuatu untuk dia..
Esok la aku cerita dalam blog dia.hehe


Saya sepi mungkin?
Huhuhu...

ps: awat la mata tak ngantuk lagi ni? tak tido siang pun..
ps+: Merindui beliau..mumumumu~

Wednesday, October 28, 2009

Seronotnye...

seronot nye jadi ko ye ELin..
tido je keje..

depan pintu dapur pon leh terbongkang..

Monday, October 19, 2009

Bulu-bulu halusmu memikatku

Ye, sayang cinta kucing saya ini..
dia berumur 4 tahun,
jika di convert ke umur manusia, dia berumur 35 tahun sudeh..

tapi dia mandul..haha..
tak sempat rase beranak ye Elin..
takpela..kitorg tak sanggup tengok ko memekik2 macam kucing jalang gatal je..

I blog about this cat!
For yang belom tau,
sudi2 la visit blog dia,
international ok!
banyak la kengkawan kucing dia dari US, UK, German, Belgium, Taiwan, Jepun bla bla bla...

klik sini untuk visit :)

sayangilah kucing!

ngeeeee~


Tuesday, April 21, 2009

Kerana ku bangga dia kucingku..heheh!

Wolla! aku ditagged oleh Ielamory!
disbbkan tagged ni kejap je leh siap, aku sahut!

heee!! ;)

1) Anda perlu "PrintScreen" wallpaper anda yang sedang guna sekarang, jangan dusta, kerana kurang digemari.

2) Beri tahu mengapa anda suka "wallpaper" anda itu.

:: sebab aku rase kucing aku ni potogenik & potogedik..haha! well she can make a very nice wallpaper kan?

3) Tag 10 orang

:: 10? okeh..sape 10 org ptame yg komen je leh wat..hahah!!


Friday, April 10, 2009

Mahu ketemu sama bobok berbulu..



Ya petang karang aku nak balik semenyih..
boleh la berjumpa same si bobok ini!
Elin yang mucuk2!
RIndu pulak kat dia.. :)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me