Pengalaman Beli Jajan Kucing Dari TikTok

Assalamualaikum wbt

Jajan kucing dari TikTok

Dekat TikTok tu kan, segala macam benda ada dijual. Dari pakaian baru, pakaian thrift, alat solek, makanan sampailah ke jajan kucing pun ada. Jadi hari tu SR pun orderlah sikit jajan kucing ni untuk kucing-kucing emak SR yang tiga ekor tu. Sebab masa live tu, ramai gilaaa yang order. Order pula bukan sikit-sikit tau. Sampai berpuluh-puluh set.

Dekat kedai yang SR beli jajan kucing ni, dia jual ikut set. 1 set minimum 10 paket. 1 set RM2.90 sahaja. Jadi disebabkan SR tertarik, mungkin sebab keinginan tu terdorong juga sebab tengok ramai yang order, SR pun ikut order sekali. SR order 3 set. Konon seekor 1 set lah bila dah sampai nanti.

Dalam 2 hari lepas tu, emak SR bagitahu yang jajan kucing tu dah sampai. Banyak, emak kata ada lebih dari 30 paket. Seller bagi lebih. Okeylah kan, untung. Rezeki kucinglah kot.


Rupanya, bila emak SR suakan pada kucing-kucing dia, hanya seekor aje yang sudi jilat dan makan. Hahaha! Yang lagi dua ekor hanya hidu-hidu aje. Apedaa! Beria akak beli tau! Tak apalah, asalkan ada yang makan. Nanti habis boleh belikan lagi untuk yang makan tu. Yang tak makan tu, lantak!

Oh ya, kalau ada yang nak beli juga jajan kucing ni dari TikTok, boleh search Ace Pet Store. Beli masa dia buat live, boleh dapat freegift. 

Siapa pernah beli jajan kucing? 

Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇

Post a Comment

7 Comments

  1. Oooo.... ini uncle biasa beli....

    ReplyDelete
  2. Bestnya jadi kucing... dapat jajan hehehee.

    ReplyDelete
  3. ni memang antara dlm list kalau beli makanan utk tommy.. x pernah lagi try shopping kat tik tok..kira murah ni

    ReplyDelete
  4. Tak pernah...tapi macam menarik la...nak belikan la utk Oyen ngan si Papai...

    ReplyDelete
  5. hahaha entry ni teringat kat pak cik sy. dia bw blk mknn kucing sm mcm yg ni. tp kucing kat kg tu cuma cium2 je sikit pun tak mkn hehehe

    ReplyDelete
  6. yang tak makan, biorkan..hehe..sama lah kita SR, masuk kat TT tu ralit..tambah2 tgk yg jual time live..mak aihhh kuat je iman ni menahan godaan..haha...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.