Mango Cheese Cake Ayubelyna Kuala Pilah

Assalamualaikum wbt

Mango Cheese Cake Kuala Pilah

"U name it, we make it." Aha begitulah tagline kedai bakeri Ayubelyna di Kuala Pilah. SR selalu juga beli kek dan pastry dari Ayubelyna ni. Antaranya masa birthday zaimi tahun lepas. Ala kek dia yang ada rama-rama tu. Kedai Ayubelyna ni terletak di Melang Point. Sederet dengan Little Caliphs Kuala Pilah.
Selain dari Melang Point, SR selalu beli produk Ayubelyna ni dari Petronas Gentam. Ala, Petronas yang sebelah simpang nak masuk ke UiTM Kuala Pilah tu. Antaranya Mango Cheese Cake ni lah. Sebenarnya lama dah SR beli, kek pun dah jadi humus dah dekat tangki rawatan 😂 Hari ni baru terjumpa gambar ni. Haha!

Produk Ayubelyna ni senang ceritanya, kalau bagi SR, sedap, dan harga dia taklah kayangan sangat. Harga yang mampu dibeli. Gittew... Rasa dia bolehlah, untuk tekak kita. Sebab ada sekali tu SR beli kek beshe-beshe ni dekat tempat lain, ada aje yang tak sedap. Kalau dia punya ni sedap, okeylah tu kan? Tak payah pergi Pavilion atau KLCC kalau nak makan kek.

Merapu aje SR hahaha...


Apa-apa pun, selamat hari Isnin semua! Jangan blues blues ya. Semoga minggu ni lebih baik dari minggu sebelumnya. SR rasa minggu ni okey kot kan? Sebab minggu ni:

1. Gaji
2. Penjawat awam dapat duit 'bonus'
3. Long weekend Chinese New Year

Selamat bergembira bersama keluarga! Eh, selamat bekerja!

Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇

Post a Comment

18 Comments

  1. Tp betul ada je baker biasa tp cakenya mmg setanding kek yg mahal...jenis kek premium kampung gitu.. hehehe... sukalah yg perenggan akhir tu.. hihi

    ReplyDelete
  2. Saya boleh makan cheese, tapi dalam keadaan yang biasa. Kalau banyak² saya dah kurang selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa saya pun macam tu. sebab tu beli yang kotak2 gini je, sikit cukuplah kan :)

      Delete
  3. wahh sedapp nampaknya tu
    cheese manggo ,bekas kecik camni ok mkn x abis blh simpan kan
    slmt bekerja🥰✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, boleh simpan dan makan kemusian. Tapi kalau stress sekat ofis, sekejap aje saya bedal haha

      Delete
  4. Sedap mango cheese cake.
    Pilah yang maju, macam2 ado. Tak macam zaman akak duk Pilah dulu, kehidupan kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilah semakin moden sejak 5 tahun kebelakangan ni :)

      Delete
  5. kami suami isteri kalau kek cheese2 macam ni mmg suka sgt..

    ReplyDelete
  6. Sungguhkan.. kita kalau dapat makan kek yang sedap di anak tekak tu.. puas hati sungguhlah. Sanggup ulang beli.

    ReplyDelete
  7. Cheese boleh dimakan seadanya...lebih saya tidak berani pulak..btw ia memang sedap kalau dh jadi kek

    ReplyDelete
  8. jarang beli bila bab cheese2 ni..kalau choc..yess....

    ReplyDelete
  9. mango..wah favourite..ni kalau jumpa, confirm tanpa was-was sis beli...hehe

    ReplyDelete
  10. SA kureng skit tapi boleh la layan...dah tengok gambar ni nampak nak makan plak...

    ReplyDelete
  11. x minat cheese tp klu kek tu menarik saya sanggup beli sebab nak rasa...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.