Bolehkah Solat Jika Ada Bulu Kucing di Pakaian dan Badan?




Soalan: 

Saya ingin bertanya mengenai hukum bulu kucing yang tertanggal. Saya ada terbaca banyak pendapat yang mengatakan bulu kucing yang tertanggal dikira sebagai najis atas dasar kucing tergolong dalam kategori haiwan yang haram dimakan. Pendapat ini berdasarkan Mazhab Shafie. Dan ada juga yang berpendapat bahawa bulu kucing yang tertanggal adalah bukan najis atas dasar kucing itu sendiri bukanlah haiwan yang najis. Jadi soalan saya, adakah bulu kucing yang tertanggal adalah najis? Dan adakah tidak sah solat jika terdapat bulu kucing pada anggota badan ketika bersolat?


JAWAPAN 

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda ﷺ: “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah) Imam al-Turmuzi berkata hadith ini hasan sahih dan pendapat kebanyakan ulama di kalangan sahabat Nabi, tabiin dan selepas mereka seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bekasan kucing tidaklah mengapa. Sebenarnya isu ini menjadi khilaf di kalangan ulama. 

Mengikut kenyataan Ibn Qudamah “Setiap haiwan hukum bulunya, kulitnya, peluhnya, air matanya, dan air liurnya adalah hukum berdasarkan jilatannya pada bersih atau najis”. Lihat al-Mughni 1/48. Terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa siapa yang solat dan terdapat pada pakaiannya lebih daripada 3 helai bulu kucing maka solatnya tidak diterima. Sebenarnya pendapat tersebut tidaklah kuat kerana tidak diasaskan kepada dalil sebaliknya dalil bersama pendapat yang menyatakan tidak batal.


+++


👇👇👇

Post a Comment

3 Comments

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.