Petua Rawat Bayi Batuk

Alaaa..

Betapa tak syoknya perasaan bila Adam dah 4 kali muntah sebab batuk.
Hmm..

Ingat kalau ambil dia petang nanti, pengasuh cakap dia ada muntah lagi, nak bawak dia pergi klinik lah kot. Ish risaulah mak adam.. :(

Tapi dia takde pulak nangis2 ke apa, cuma ada lah dia batuk2 sikit2..
Lepas tu bila dia nak bercakap, buat bunyi awuu aguu tu, dia macam akan tersedak sikit..

Tapi adam nampak ok je, berkayuh2 bukan main..

Satu lagi kenapa dia muntah, sebab suka sangatlah jolok jari sampai anak tekak.. haih la Adam Zuhairi..


Tapi tu lah, kalau bawak pergi klinik pun takut tak ada solution lah pulak, sebab bayi mana boleh makan ubat sangat kan. Adam pulak baru je 3 bulan lebih..

Maka tadi aku saja lah google cara-cara hilangkan kahak / batuk pada bayi, then terjumpalah ini:

1. Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!


2. Kunyit hidup atau bawang putih.

Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.


3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..


4. Kismis

Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.


5. Daun Bunga Tahi Ayam.

Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.


6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.


7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang. 

SUMBER


Bolehlah kalau nak cuba kot.. Mana tau dengan izin Allah boleh pulih.. Insyaallah.. Tapi aku tak bertanggungjawab kalau apa-apa ya.

Tapi ada satu lagi artikel aku jumpa ni, kaedah hilangkan batuk pada bayi yang dia buat macam lagi efisyen. Dia guna steam bawang putih. DIa siap letak lagi gambar dia tengah rawat bayi dia.

So, korang bolehlah KLIK SINI untuk tengok, dan boleh juga kita sama-sama cuba kot kan?

Hai lah anak.. risau!


p/s: Emak sayang Adam Zuhairi.. 

Post a Comment

0 Comments