Search This Blog

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Cara Nak Lebatkan Rambut Bayi

Lama kan tak share share petua ni?
huhu..

Sajalah nak kongsi cara lebatkan rambut bayi ni, sebab anak aku pun jenis rambut halus dan nipis, siap dari jauh nampak macam botak..huhu..

Kalau aku, aku sapu VCO je kat kepala dia, lepas dah lap kering-kering lepas mandi tu.
Agak-agak je letak, jangan banyak sangat sampai lencun lak..hee

Lepas tu biarlah dia kering sendiri..

Alhamdulillah, lepas tu rambut Adam boleh tahan lebatnya.

Kalau mak aku pulak, antara cara nak anak rambut lebat, masa mengandung, banyakkan makan kacang, tak kisahlah kacang ngan yin ke, kacang hazel ke.. insyaallah anak rambut lebat dan hitam..
aku dulu masa pregnant tak makan kacang, sebab aku kureng sikit kacang-kacang ni.. hehe..

Dan satu lagi petua aku terbaca kat Facebook tadi:

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan enam helai daun melur. Kesemua daun digiling. Kemudian, campurkan dengan bedak sejuk dan air. Sapukan pada kepala bayi. -SUMBER

daun asin tu, nama lainnya daun cekur manis kalau tak silap aku.

Hasil sapu VCO kat adam, inilah hasilnya..



Lebat tak?

Saturday, November 23, 2013

10 Khasiat Kelapa Kepada Manusia


1. Kelapa Mempunyai Heat Point Yang TinggiAnda boleh menggunakan minyak kelapa untuk memasak, menggoreng, dan membakar pada suhu yang tinggi . Minyak tidak teroksida dan memecahkan sehingga 450 darjah Fahrenheit atau 252 darjah Celsius. Gantikan minyak sayur-sayuran anda dengan minyak kelapa hari ini. Ia boleh digunakan sebagai pengganti yang sama dalam semua resipi anda.


2. Kelapa Sebagai PelembapSelamat tinggal kulit tidak stabil dan kering. Minyak kelapa boleh digunakan di seluruh badan dan muka. Ianya hebat sebagai pelembap semula jadi yang tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi berminyak. Ia meningkatkan pengeluaran kolagen dalam sel-sel anda dan akan menghilangkan kedutan!

3. Boleh Mebantu Metabolisme dan Penurunan Berat BadanMinyak kelapa adalah asid lemak rantaian sederhana (MCFA), juga dikenali sebagai trigliserida rantaian sederhana (MCT ). Ia adalah lemak yang sihat tanpa sebarang lemak trans. Zarah asid lemak segera pergi ke hati, meningkatkan tenaga dan metabolisme. Ini kemudiannya menghasilkan penurunan berat badan. Mula mengambil beberapa sudu sehari untuk mendapatkan tubuh anda kembali dalam bentuk yang menawan.

4. Ubat GigiOleh kerana ciri-ciri antibakteria dan anti- kulat pada minyak kelapa, anda boleh dengan mudah campurkan minyak kelapa dengan baking soda dan berus pada gigi anda. Simpan di dalam bekas di tempat yang sejuk, minyak kelapa  akan bertukar kepada cecair di atas 74 darjah Fahrenheit dan 23 darjah Celsius.

5. Perapi RambutJika anda boleh mengambil dan menggunakannya sebagai pelembap badan , ia mesti membantu rambut anda juga. Anda boleh sapu pada rambut anda dan dalam  15 minit, boleh mendapatkan kesan pelembab untuk mempunyai rambut yang sihat dan berkilat. Syampu , bilas , dan gayakan selepas menggunakan minyak kelapa itu.

6. Mempercepat Proses Penyembuhan Luka dan Selaran MatahariKerana ia adalah pelembap semula jadi , minyak kelapa, bersama-sama dengan satu atau dua titis minyak lavender, boleh sembuhkan sub burn kulit anda. Gunakan setiap hari pada kulit anda, dan ia akan sembuh dalam masa yang amat singkat . Minyak kelapa juga menggalakkan pengeluaran kolagen dan membaiki sel-sel kulit.

7. Meningkatkan Pengeluaran Susu IbuJika anda seorang ibu yang menyusukan bayi anda , anda tahu bahawa bekalan susu anda adalah penting untuk perkembangan bayi anda. Pengambilan minyak kelapa dapat meningkatkan bekalan susu anda, kerana lemak yang sihat adalah satu komponen penting kepada pengeluaran hormon, yang boleh meningkatkan pengeluaran susu.

8. Deodoran SemulajadiSapukan minyak kelapa untuk kulit ketiak anda, untuk menghapuskan bau. Asid laurik dalam minyak kelapa boleh membunuh bau yang menyebabkan bakteria.

9. Ambil Dalam Kopi

Gantikan krim dalam kopi anda dengan minyak kelapa. Ia menambah  sedikit
slight nutty taste yang kaya dan sedap. Penambahan pengambilan minyak kelapa untuk meningkatkan pengambilan vitamin dan nutrien dalam badan anda, kerana lemak penting yang sihat adalah satu keperluan.

10. Scrub Badan (Lulur)

Membuang sel kulit mati anda dengan menggunakan scrub badan ini mudah. Campurkan bersama-sama  minyak kelapa dan gula. Gunakan dalam tab mandi atau semasa mandi shower untuk kulit lembut.Seperti yang anda lihat , minyak kelapa boleh digunakan dalam pelbagai cara, dan manfaat minyak kelapa meluas di seluruh spektrum. Beli sebalang minyak kelapa hari ini di kedai runcit berhampiran! 
p/s: macam pelik je ayat, macam copy je.. hahahaha.. aah memang copy, saja nak share sebab bermanfaat sungguh minyak kelapa ni. Cuma malas nak susun ayat cantik-cantik.. korang paham je kan? haha

Saturday, September 14, 2013

Bila Bayi Mula Mengenal Bahasa?

Adam sekarang memang rancak berbunyi 'aoo' 'agoouu' 'beh' 'errr' dan macam-macam lagilah!

Seronok je tengok anak happy berborak-borak macam tu tau..hehe..


Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah bila kita berkomunikasi dengan anak kecil kita tu, dia faham apa yang kita cakap tu? Sebab seolah-olah kadang-kadang tu dia macam senyum2 bila kita kata dia comel semua tu kan..hehe

Dan ada sumber yang aku baca ni, artikel tu ada menyebut yang bayi ni sebenarnya dah mula mempelajari dan mengecam bahasa yang parents dia tuturkan sejak dari dia dalam rahim emak dia lagi.. dan apabila dia lahir nanti, dia akan mula mengenal perkataan demi perkataan.

Meh aku kongsikan artikel tu kat sini:

Bagi kebanyakan ibu-ibu mengandung yang bermain muzik atau bercakap dengan anak dalam kandungan mereka, tendangan anak dalam perut mungkin menjadi satu-satunya pengesahan bahawa kanak-kanak mendengar itu semua. Tetapi menurut satu kajian baru , kanak-kanak yang belum lahir sememangnya mendengar segala-galanya , termasuk suara orang sekeliling yang membolehkan mereka mula belajar perkataan dan mengingatinya apabila mereka dilahirkan.

"Jika anda meletakkan tangan anda ke atas mulut anda dan bercakap , itu hampir sama dengan apa yang janin anda dengar" Eino Partanen , seorang saintis saraf kognitif di Universiti Helsinki , memberitahu Majalah Sains. "Anda boleh mendengar suara, irama muzik, dan sebagainya. " Bagi janin keupayaan untuk mendengar adalah pada sekitar trimester terakhir kehamilan , ini bermakna otak berkembang dan mereka boleh mula mengenalpasti bunyi dari dunia luar.


" Tatata " vs " Tatota "


Dari minggu ke-29 kandungan, 17 ibu yang telah diberikan rakaman seorang wanita mengulangi perkataan " tatata " beratus kali. Kadang-kadang perkataan ini juga akan berubah kepada " tatota ," kata seorang subjek yang dipanggil " yang penting untuk penyelidikan. Ia mempunyai tiga suku kata, dan kita memilih apa-apa perkataan yang lama untuk membuat ia mencabar bagi otak kecil untuk mencari perubahan dan memberikan mereka sesuatu yang sukar untuk belajar, " Mina Huotilainen , penulis bersama kajian .

Ibu-ibu yang telah diberitahu untuk memainkan rakaman 5-7 kali seminggu , dalam pelbagai cara dan di tempat yang berbeza. Secara keseluruhannya, bayi telah mendengar kata-kata lebih daripada 25,000 kali pada masa kelahiran mereka. Bayi adalah tertakluk kepada electroencephalograms (EEG ), yang mampu untuk menguji ingatan mereka untuk mengenalpasti perkataan melalui elektrod yang dipasang pada kepala mereka. Mereka yang teringat kata-kata menunjukkan tindak balas yang lebih kukuh melalui imbasan, berbanding 16 bayi yang bertindak sebagai kawalan. Apa lagi , tindak balas adalah lebih kuat apabila otak mereka teringat, ". Partanen mengatakan bahawa orang dewasa juga mempunyai tindak balas saraf yang sama apabila mereka sedang belajar bahasa baru.

"Hakikat bahawa belajar dari kerap didedahkan bunyi berlaku semasa bayi masih di dalam rahim bermakna pembelajaran bahasa tidak bermula selepas lahir, tetapi ketika bayi mendengar bunyi dalam rahim. Ia benar-benar agak luar biasa bahawa otak janin mempunyai sifat itu, "Patricia Kuhl , Pengarah University of Washington National Science Foundation Sains Pusat Pembelajaran , memberitahu HealthDay . Dia tidak terlibat dengan kajian ini.


Belajar bahasa (vokal) dari dalam rahim


Penemuan membina dari penyelidikan sebelumnya , yang mendapati bahawa bayi dapat mendengar vokal dari dalam rahim , dan ingat selepas mereka dilahirkan. Untuk kajian ini, bayi mendengar bunyi vokal dalam bahasa ibunda mereka  dan kemudian bahasa asing yang lain. Para penyelidik diuji untuk pengenalpastian dengan menggunakan puting yang disambungkan kepada komputer. Apabila bayi mendengar bunyi yang mereka tidak biasa, mereka tertarik dengan bunyi baru dan cenderung untuk menghisap pada puting lagi. Kajian ini dan lain-lain , bagaimanapun, banyak bergantung kepada tingkah laku bayi dan bukannya reaksi saraf mereka.



Ha..
Makanya, kalau nak ajar anak beberapa bahasa, mulalah dari kecik kot, cuba bercakap dengan dia, tapi pastikan bahasa tu betul lah. Dan elakkan dari bercakap 'bahasa rojak' dalam satu ayat. Macam kalau korang nak cakap ayat:

"Adam, lekas habiskan susu, lepas ni kita pergi main dengan kucing kat luar"

Kalau nak inggeriskan, pastikan 1 ayat tu bahasa inggeris:

"Adam,hurry finish up your milk, after this we will go outside and play with the cat"

Gitteww.. ampunkan kesalahan grammar ku..hik3

Tapi, janganlah cakap macam ni:

"Adam, lekas drink milk, after this kita go outside play dengan cat".

hahaha..
macamlah aku cakap tak rojak kan?

Tapi aku cuba lah untuk tak rojak bila cakap dengan adam..

:D

Tata!

p/s:

Friday, August 2, 2013

Petua Rawat Bayi Batuk

Alaaa..

Betapa tak syoknya perasaan bila Adam dah 4 kali muntah sebab batuk.
Hmm..

Ingat kalau ambil dia petang nanti, pengasuh cakap dia ada muntah lagi, nak bawak dia pergi klinik lah kot. Ish risaulah mak adam.. :(

Tapi dia takde pulak nangis2 ke apa, cuma ada lah dia batuk2 sikit2..
Lepas tu bila dia nak bercakap, buat bunyi awuu aguu tu, dia macam akan tersedak sikit..

Tapi adam nampak ok je, berkayuh2 bukan main..

Satu lagi kenapa dia muntah, sebab suka sangatlah jolok jari sampai anak tekak.. haih la Adam Zuhairi..


Tapi tu lah, kalau bawak pergi klinik pun takut tak ada solution lah pulak, sebab bayi mana boleh makan ubat sangat kan. Adam pulak baru je 3 bulan lebih..

Maka tadi aku saja lah google cara-cara hilangkan kahak / batuk pada bayi, then terjumpalah ini:

1. Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!


2. Kunyit hidup atau bawang putih.

Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.


3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..


4. Kismis

Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.


5. Daun Bunga Tahi Ayam.

Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.


6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.


7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang. 

SUMBER


Bolehlah kalau nak cuba kot.. Mana tau dengan izin Allah boleh pulih.. Insyaallah.. Tapi aku tak bertanggungjawab kalau apa-apa ya.

Tapi ada satu lagi artikel aku jumpa ni, kaedah hilangkan batuk pada bayi yang dia buat macam lagi efisyen. Dia guna steam bawang putih. DIa siap letak lagi gambar dia tengah rawat bayi dia.

So, korang bolehlah KLIK SINI untuk tengok, dan boleh juga kita sama-sama cuba kot kan?

Hai lah anak.. risau!


p/s: Emak sayang Adam Zuhairi.. 

Monday, July 15, 2013

Cara Hilangkan Hidung Bayi Tersumbat

Dua tiga hari lepas, anak aku Adam kena selsema pulak.
Pertama kali handle anak hidung tersumbat sebab banyak hingus boleh bikin cuak woa.
Mesti terjangkit kat rumah pengasuh dia, sebab aku dengan Zaimi tak ada pulak selsema..
Hmm..

Itulah bahana nak kena tanggung letak anak kat pengasuh, taska, nursery dan sebagainya kan..
Nak buat macam mana adam, emakmu ini kerja..


Dahlah selsema, esoknya tu kena pergi suntik 3 bulan pulak..
Dah selsema, tambah dengan dedar pulak..

Makanya harini daku bercuti lah menjaga anak yang baru satu ni..
Takpelah, anak punya pasal..
Thank you Sarah sebab tolong jagakan makmal daku petang ni ye..

Memang masa hidung dia tersumbat tu, dia menangis bukan main..
Sebab dia lapar, nak minum susu pun tersangkut-sangkut..
Macam kita masa selsema jugak lah kan..

Ada tanya kawan-kawan, ada tak petua nak hilangkan selsema baby?
Alhamdulillah ada feedback.. Ye lah, risau juga sebab baby ni tak boleh makan ubat selsema, kena cari cara alternatif untuk menangani selsema bayi ni..

Ada kawan suruh sapu kunyit hidup yang ditumbuk dekat batang hidung anak, kesannya mungkin nanti hidung anak akan kuning lah sikit..hihi..



 Cari punya cari kunyit kat dapur, habislah pulak..hahaha nampak benor lama dah tak masak guna kunyit hidup..ngeee.. maka teknik tu dapat nak buat. Anak nangis ni..how!?

Kemudian ada pulak yang suggest suruh beli penyembur hidung. Nama dia Sterimar. Perghh..!
Spray Sterimar ni boleh tahan berkesan. Good good. Lepas sembur kat hidung adam, meleleh hingus dia keluar. Ye lah dah nama pun baby 3 bulan, manalah reti nak hembus hingus sendiri kan. Lepas spray tu baru dia lega. Bila macam tersumbat balik, kitorang sembur lagi dan keluar lagi hingusnya.. :D


Bagus spray ni. Aku recommend. heheh..

Lepas tu nurse kat Klinik Kesihatan Senawang tu pulak dia kata kalau dia, dia sedut guna mulut je hingus anak dia. Zaimi adalah cuba kat adam, tapi aku tak berani. Huhu.. Last-last selain sterimar tu, kitorang beli jugak pump hingus cap Pigeon tu, sebab pakai mulut macam tak hygenic je..

Selain cara-cara kat atas, ada jugak cara-cara lain nak hilangkan hidung tersumbat untuk anak kecil yang aku jumpa kat beberapa site. Ringkasnya:

1) Mandikan bayi dengan air suam dan urut-urut sikit belakang badang dan muka bayi.
2) Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi.
3) Tumbuk halia dan letak depan hidung anak, supaya anak boleh hidu bau halia itu.
4) Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak kelapa dara. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi.
5) Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
6) Sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi.
7) Pancutkan susu ibu yang telah diperah menggunakan syringe ke dalam hidung bayi dengan agak kuat agar susu dan hingus ditelan oleh bayi.
8) Sapu air garam pekat di batang hidung bayi.


Tapi petua-petua ni semua tak tentu boleh hilangkan hingus anak, kalau melarat kena bawa juga pergi jumpa doktor ye.

*aku tak bertanggungjawab kalau terjadi apa-apa pada anak kamu semua melalui petua-petua yang aku share tu, itu hanyalah rumusan dari pembacaan aku sahaja..aku juga tak pernah try..

p/s: anak selsema emak yang pening..

Thursday, June 13, 2013

Cara hilangkan ruam di muka bayi?

Semenjak dua menjak dah masuk 2 bulan ni, sakan pulak bintik-bintik halus ruam naik kat muka anak kecil aku ni. Kesian adam. Asalnya dia suka tonyoh tangan dia yang bersarung tangan tu kat mulut, lepas tu tonyoh2 muka dia pulak. Lepas tu bintik2 halus tu menjadi-jadi.

Sebagai emak yang baru *ecewah*, aku kaget la jugak bila muka anak aku jadi macam tu.
Memangla tak teruk sangat, tapi risaulah jugak.

Tak nak muka anak aku jadi macam ni!


Mula-mula, aku hentikan penggunaan bedak muka dia. Then, aku decide maybe enough untuk adam pakai mittens. Dah 2 bulan umur lagipun. So bukak. Lepas tu, aku ingat nak letak Drapolene. Pergilah dekat Twin Baby dekat rumah aku ni nak pergi beli. Dahlah adam termuntah kat kedai tu..haha

Masa aku belek2 drapolene tu, salesgirl dia datang. Katanya drapolene ni sesuai untuk ruam kat punggung bayi. Lagipun tak organik katanya. Bahaya bla bla bla.. Dia pun promot 1 krim lagi. Baby Nappy Rashcure Cream dari pengeluar Baby Organix. Tagline dia The Power of Nature. Haha.. Soothing & Protect with Shea Butter and Prebiotics katanya.

Budak tu kata boleh sapu kat muka sebab organik, masuk mulut pun tak apa. Aku pun dengan 'cerdik'nya pergilah beli krim tu. RM29.90 jugak kau. Sebab apa? Sebab aku kekok budak tu ikut je aku dalam kedai tu. Aku serius tak suka salesgirl jenis ikut je kau nak tengok2 barang. Macam timbul 1 perasaan kurang senang giler-giler punya. Dahlah muka budak tu macam taik je masamnya.. Kalau tak nak jadi salesgirl, pergilah jadi CEO syarikat ke, lawyer ke.. duh..

Lepas tu bila dah beli, dengan 'cerdik'nya baru nak terbaca kat kotak krim tu, "Protect baby's little booty, the gentle, natural way!" Then baru aku perasaan perkataan Nappy..arghhh...

Tapi masa adam tido, try la jugak letak kot2 jadi kan..letak nipis2.. hmm.. tak jadi pun.. ruam kat muka adam tak hilang, tapi jadi kering pulak muka dia..

Lepas tu, try pulak letak bedak merah Agnesia tu. Tak jadi jugak.. Letak baby oil baru ok sikit.

Tapi, masa bawak adam pergi kliniki untuk inject 2 bulan hari selasa haritu, muka adam adalah terkena panas sikit.. adoi.. baby oil tu macam menambah kemerahan muka adam pulak..adess..

Tanya nurse kat klinik kesihatan tu, dia kata letak losyen je. Hmm.. Aku tak try pulak letak losyen, sebab takut nanti adam tersapu dengan tangan dia, pastu termasuk mulut..

Tanya dekat kawan2, ada sorang akak ni ni kata dia letak Minyak Kelapa Dara dekat muka anak dia then menjadi. Virgin Coconut Oil ni ada jual dekat kedai2 ubat katanya.. Bincang dengan zaimi, then pergi beli dekat Taipan Senawang, kedai yang ada gambar Mak Dara tu..hehe..

Beli cap Bio-Asli. Memang ada tulis dalam kertas dalam kotak tu, khasiat minyak kelapa dara ni untuk ruam. Ok, let's sapu lepas adam mandi.



Hari pertama lepas try, nampaklah bintik2 tu macam mengecil. Harini, merah-merah dah surut tapi bintik2 tu ada lagi, tapi bila sentuh dengan jari muka dia, kesan ruam tu dah tak setebal asal. yea! Alhamdulillah, nampak macam menjadi. Thank you kak Tini :)

Bila cium adam, dia bau kelapa..haha..

Kesian anak emak..

Harapnya tak lama lagi hilanglah ruam2 muka adam.. Aku cuma mampu bertawakal..cewah..

p/s: tak bestnya selsema masa jaga anak..srot srot..

Wednesday, March 6, 2013

Cara Mengenalpasti Mood Kucing Anda

Siapa yang ada kucing peliharaan, ni ada tips untuk ketahui mood kucing korang.
Dia tengah marah ke, suka ke, annoyed ke..hehe

Kaedah ni adalah dengan memerhatikan ekor dia.


Tapi untuk kucing yang ekor kontot? Haha.. yang tu tak dapek la den nak nolong..

Dulu aku pun ada kucing ekor kontot, Boody nama dia.
Lama dia hidup, 17 tahun. Mati pun dalam tahun 2009 haritu, sebab sakit tua.
Memang ekor dia gerak sepesen je.. gedik-gedik je.. hehe

Jadi susah la nak tau mood dia melalui ekor..
Tapi Boody tu dulu kucing yang baik, manja sangat..
Emm rindu pulak kat dia..

Sekarang ni, empat betina kat rumah tu semua ekor panjang.
Senang lah nak nampak.
Kalau lapar je, time minta makan, ha mulalah yang happy tu.
Kalau tak, irritable je memanjang time orang kacau dorang bersantai..haha

Sabtu ni balik Semenyih kot insyaallah.. yea!
Dapat jumpa kucing-kucing nan empat ekor tu :D


Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me