Kucing Nahas Kapal Terbang Elmina Mati

 

Oyen dilaporkan mati ketika masih dalam proses rawatan, sebentar tadi, berikutan sistem imun badannya terganggu.


PETALING JAYA – Seekor kucing yang diselamatkan di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, dilaporkan mati, hari ini.

Kematian haiwan yang diberi nama Oyen Elmina itu dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zulerwan, di Instagram, sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini.

Punca Oyen Elmina mati

“Oyen yang didapati positif untuk virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu,” kongsinya.

Jelasnya lagi, komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.

“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan. “Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” katanya.

Sebelumnya Kosmo! melaporkan, Oyen berada keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.

Zulerwan yang merawat kucing tersebut memaklumkan ketika itu proses memulihkan kecederaan Oyen masih lagi dijalankan.

Malah, beberapa hari lalu seperti yang dilaporkan Kosmo!, Oyen turut dikunjungi pasukan penyelamatnya yang terdiri daripada pasukan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM). – KOSMO! ONLINE

SUMBER

Post a Comment

7 Comments

  1. Allahu...kesiannya...dah ajal dia, dr dia sakit..lagi kesian kan....

    ReplyDelete
  2. Kenapa oyen pun terlibat dalam nahas tu kesian nya ...

    ReplyDelete
  3. respect pd yg membantu dan penyelamat2 Oyen. apapun hanya setakat ini usia oyen. Ajalnya tiba😔

    ReplyDelete
  4. Sedihnya... tapi itu yang dah tersurat. Semoga orang2 yang menyelamatkan dan merawat Oyen mendapat ganjaran pahala yang setimpal.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.